in

Drama Semerah Angpau Seputih Arnab

SEMERAH ANGPAU SEPUTIH ARNAB : TELEMOVIE MENARIK SEMPENA TAHUN BAHARU CINA DI TV1

Kedatangan Tahun Baharu Cina 2011 yang juga tahun arnab di kalangan kaum Buddha yang menyambut perayaan ini turut dikongsi sama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang membawakan sebuah drama menarik bertajuk Semerah Angpau Seputih Arnab yang mengharapkan tuah kepada semua tahun ini.

Disiarkan pada 3 Februari 2011 (Khamis), jam 3.00 petang di TV1, drama lakonan Kenji Sawahii, Angeline Tan, Pekin Ibrahim, Mandy Chong, Amir Raja Lawak, Ong Tee Chuan dan Joelin Wong ini mengisahkan Sinseh (pengamal perubatan tradisional Cina) Lee yang begitu taksub dengan perniagaan ini.

semerah-angpau,-seputih-arnab-

Sinseh mewarisi kemahiran ini daripada nenek moyangnya dan yakin bahawa ubat-ubatan tradisional Cina adalah yang paling mujarab. Dia amat sensitif sekiranya ada yang memperlekehkan ubat-ubatnya. Namun begitu, Sinseh Lee mudah mesra dengan pelanggan-pelanggannya yang terdiri daripada pelangan-pelanggannya. Para pelanggan setianya sentiasa memberikan sokongan kepadanya agar meneruskan perniagaan ini.

Hasil daripada perniagaan tradisional ini, Sinseh Lee telah berjaya menghantar anak perempuannya iaitu Joelin untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Amerika Syarikat. Dia dan isterinya, Lim amat gembira apabila mendapat tahu Joelin akan pulang lebih awal sebelum kedatangan Tahun Baharu Cina. Jiran puan Lim pula, Loi yang juga mempunyai anak perempuan melanjutkan pelajaran di Jepun, iri hati dengan puan Lim. Loi berhajat bertanding kemeriahan dan gaya dengan Lim.

Semasa Sinseh Lee berada kedai ubatnya, Johnny dan Ah Tam datang dan memaklumkan bahawa ramai orang mencari cicak gecko atau “Pok Kher” dan harganya telah melambung. Sinseh Lee tertarik dengan binatang tersebut dan memaklumkan kepada Johnny dan Ah Tam bahawa dia juga berhajat membelinya. Berita tentang kepopularan “Pok Kher” yang dikatakan dapat merawat penyakit AIDS dan barah telah tersebar luas. Harganya semakin meningkat.

Kerana tamak dengan wang ringgit, maka ramailah pemuda berebut-rebut memasuki hutan untuk menangkap “pok kher”. Tempat mereka semua berbincang adalah di kopitiam milik Loi. Kenny yang mendenggarnya hanya memberi nasihat bahawa aktiviti itu salah di sisi undang-undang. Kadangkala perbincangan mereka mencetuskan pergaduhan kecil bagi merebut kawasan pencarian “phok ker”. Masalah timbul kerana kedai-kedai kehilangan para pekerja. Para pemilik kedai terpaksa mengangkat sendiri barangan memandangkan perayaan semakin dekat dan ramai pelanggan datang membeli belah. Ia membuatkan ramai peniaga pening kepala.

Johnny dan Ah Dam membawa gambar “Pok Kher” dan berbincang dengan Sinseh Lee. Mereka memaklumkan bahawa penternak “Pok Kher” di pekan Golok mahu menjual “Pok Kher”nya dengan harga RM80,000. Sedangkan harga pasaran semasa adalah RM130,000. Sinseh Lee berminat mendapatkan “Pok Kher” tersebut. Johnny dan Ah Dam meminta deposit sebanyak RM50,000 untuk membawa “Pok Kher” itu. Kerana tamak dan tanpa berfikir panjang, Sinseh Lee menyerahkan sejumlah wang yang diminta.

VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

Persiapan perayaan Lim dan jirannya, Loi semakin rancak. Masing-masing mahu tunjukkan mereka lebih meriah dan bergaya. Maka berlakulah perang mulut antara mereka.

Mereka tidak mahu mengalah. Kenny cuba menjadi orang tengah tetapi dia dimarahi begitu sahaja. Kenny merupakan teman lelaki kepada Joilen anak perempuan kepada Lim. Dia sendiri pun tidak sabar menanti kepulangan Joelin.

Namun apa yang menjadi kerisauan kepada Kenny ialah hubungan di antara Joilen dan seorang lagi pemuda kampung bernama Ahmad. Ahmad merupakan kawan baik Joelin. Mereka dilahirkan dalam tahun yang sama, tahun arnab usia mereka 24 tahun tahun pada kedatangan tahun baru cina ini. Mereka juga belajar di kelas yang sama di sekolah menengah. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam STPM, Joilen melanjutkan pelajaran ke Amerika manakala Ahmad ke univerisiti tempatan, dalam bidang pertanian.

Sinseh Lee gelisah menunggu “Pok Kher” yang dipesannya belum tiba. Dia cuba menghubungi Johnny dan Ah Dam, tetapi gagal. Puan Loi hanya buat tidak kisah. Masalah keluarga Sinseh Lee tidak mahu diambil tahu olehnya, cuma Kenny saja yang sentiasa mengambil peluang berbual dengan Lee. Dia pun tertanya-tanya apa punca hubungan emaknya dan Sinseh Lee sentiasa renggang.

2 minggu sebelum tahun baru, Joelin pulang ke kampung. Namun begitu, sinseh Lee dan Lim tidak seceria orang lain. Ditambah dengan satu berita buruk yang membuatkan sinseh Lee gelisah. Ahmad datang ke rumah sinseh Lee dan menyampaikan berita bahawa Johnny dan Ah Dam telah ditangkap oleh polis di sempadan Malaysia-Thai kerana terlibat dalam aktiviti penyeludupan ‘pok kher’.

Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Adakah sinseh Lee berjaya mendapatkan wangnya semula? Bagaimana pula hubungan tiga segi antara Ahmad, Kenny dan Joelin? Siapakah yang menjadi pilihan Joelin?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Filem Blockbuster di TV2 Tahun Baru Cina