Selepas terjawabnya segala persoalan cinta antara Emelda dan Aeril Fatah dalam drama “Cinta Buat Emelda”, sebuah lagi siri drama terbaru, SEINDAH SAKURA bakal mengisi slot Akasia pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin sehingga Khamis pada jam 7.00 malam.
Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah.
SEINDAH SAKURA memaparkan kisah sedih kehidupan Shakira yang telah ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil. Walaupun membesar dalam keadaan daif namun, Shakira tetap tabah menempuh segala onak duri kehidupan seorang diri sehinggalah kehadiran Cikgu Airil yang berjaya membawa sinar kebahagiaan setelah sekian lama.
Namun, panas tidak berpanjangan hingga ke petang. Kepulangan mengejut ibunya setelah bertahun-tahun meninggalkannya mengubah segala-galanya. Shakira sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang lain.
Adakah pengorbanan yang dilakukannya akan menjanjikan sebuah kebahagian untuknya?
Jangan lupa ikuti kisah selanjutnya dalam Seindah Sakura yang akan bermula 7 Mei ini.
Fahrin Ahmad
Fasha Sandha