Bagaimanapun, itu semua hanyalah sekadar lakonannya menerusi drama terbaharu berjudul Scammer yang ditayangkan di Astro. Menceritakan tentang drama berkenaan, Saleha menjelaskan bahawa dia membawakan watak seorang peguam bernama Amy.
Ujarnya, dia tertarik untuk membintangi drama berkenaan kerana tidak pernah membawakan watak sebegitu sebelum ini.
“Boleh dikatakan watak Amy ni antara karektor yang belum pernah saya lakonkan sebelum ini dan itu yang buat saya tertarik.
“Kalau melihat pada karektor watak ini, ia adalah satu watak antagonis dan saya terus bersetuju selepas membaca skrip dan jalan ceritanya,” ujarnya.
Drama Scammer mengisahkan tentang Amy, seorang peguam bela penjenayah yang terkemuka dan dia mahu gunakan kepakaran Joe (Kamal Adli) yang juga bekas kekasihnya dalam selok-belok perbankkan dan ‘money laundering’ untuk memindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi.
Tergoda dengan tawaran gaji yang tinggi, Joe setuju bekerja dengan Amy. Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar KL yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong mengarahkan mereka ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan.
Dalam pada itu, Siti Saleha berkata, dapat berlakon dalam drama bersiri ini juga telah memberi kebaikan buat dirinya.
Jelasnya, sebelum ini dia kurang pemahaman tentang scammer ini serta aktiviti money laundering yang sering diperkatakan.
“Apabila mula berlakon drama Scammer ini, banyak benda yang saya tahu mengenainya, terutama sekali berkenaan cuci duit haram, penipuan secara online dan ia memang sering berlaku dalam masyarakat.
“Bagi saya jalan cerita sebegini harus diketengahkan supaya lebih ramai orang yang tahu tentang isu-isu sebegini,” ujarnya.
Drama yang diarahkan Norhanisham Muhammad itu juga menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Didie Alias.
Diterbitkan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd, Scammer sudah mula ditayangkan pada 24 Mei lalu pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria sebanyak 20 episod.
Sinopsis Drama SCAMMER
Johari atau Joe, ialah seorang Anti Money Laundering Analyst di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerjanya ialah memantau dan melapor kegiatan ‘money laundering’ di kalangan pemegang akaun bank tempatnya bekerja. Selepas dibuang kerja, Joe mula terdesak untuk mencari duit. Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy, seorang peguam bela penjenayah yang terkemuka.
Amy mahu gunakan kepakaran Joe dalam selok belok perbankkan dan ‘money laundering’ untuk pindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi. Tergoda dengan tawaran gaji yang tinggi, Joe setuju bekerja dengan Amy. Melalui kepakaran Joe, klien mereka dapat pindahkan duit keluar negara tanpa dikesan oleh Bank Negara.
Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar KL yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong arahkan Joe dan Amy ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan. Joe dan Amy terima ‘job’ itu. Mereka mula terima dan ‘cuci’ duit-duit haram itu.
Genre : Siri aksi
Pengarah : Norhanisham Muhammad/ Labu
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Jumlah episod : 20 episod
Jumlah Hari Penggambaran: 65 hari
Lokasi Penggambaran : Kuala Lumpur dan Selangor
Tarikh Mula Tayangan di Astro Ria: 24 Mei 2021
Info tayangan:
MULAI 24 Mei 2021, ISNIN, 11 malam, Isnin hingga Khamis
Astro Ria 104 atau strim di ASTRO GO/ Ultra Box
WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Joe
Siti Saleha sebagai Amy
Fasha Sandha sebagai Nisa
Arash Mohamad sebagai Razman
Hasnul Rahmat sebagai Darus
Jay Iswazir sebagai Fawaz
Didie Alias sebagai Lina
Brian Chan sebagai Leon
Chew Kin Wah sebagai Wong
Muaz Fitri sebagai Kahar
Megat Sharizal sebagai Jay Rahman
Tony Eusoff sebagai Malik
Faizul Syaharin sebagai Naim