Tidak kira dalam apa-apa hubungan sekali pun, manusia pasti tidak dapat lari dari perasaan kasih atau pun benci. Bulan ini, kami bawa kepada anda dua drama menarik sarat dengan pengajaran yang melibatkan unsur kasih sayang, ikatan kekeluargaan dan perasaan benci hasil dari kisah lampau. Jurang perbezaan dalam status sosial seperti kaya dan miskin turut ditekankan dalam drama baru ini.
Drama ‘RINDU YANG TERINDAH’ pula merupakan arahan Emi Sufian hasil produksi OrangeTree Production Sdn Bhd. Drama ini menceritakan tentang perkahwinan yang berlangsung antara Hazil Wafiy, lakonan Redza Rosli dan Airis, lakonan Amelia Henderson tanpa rasa kasih dan sayang. Hazil telah melayan isterinya Airis dengan perasaan benci sedangkan Airis berusaha mengambil hati suaminya.
Semuanya bermula setelah pemergian tragis Haziq, tunang Airis yang telah meninggal dunia sebelum tarikh perkahwinan mereka. Kehidupan Airis yang dahulu bahagia menjadi satu penyeksaan yang tak pernah diduga apabila tempat Hazieq sebagai teman hidup terpaksa digantikan oleh abangnya, Hazil.
Adakah Airis dapat bertahan dalam perkahwinan tanpa cinta ini? Atau mungkinkah Hazil akan mula mencintai Airis meskipun dendam menyelubungi jiwa?
Drama ini banyak memberi pengajaran kepada semua di mana menyelitkan unsur kesabaran, hubungan kasih sayang dan keikhlasan dalam menjalani kehidupan seharian.
Drama hasil dari adaptasi novel ‘Derita Terindah’ karya Eshal Nuranis ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nur Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle dan Zaefrul Nordin.
Nantikan drama ini bermula dari 16 Mac, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di slot Samarinda.