[dropcap]R[/dropcap]antai Kunci Reban Ayam. Mendengarkan saja tajuknya tentu anda beranggapan ianya sebuah drama komedi namun hakikatnya telemovie mengisi slot Panggung Aahad ini sarat dengan mesej nya yang tersendiri bila mana seseorang individu itu berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mengubah nasib sendiri setelah gagal meraih kejayaan hidup tinggal di kota.
[pullquote align=”right”]Slot Panggung Ahad : Drama Rantai Kunci Reban Ayam Lakonan Bill Azali & Shiha Mentor pada 9 Jun 2013, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV1[/pullquote]
Menemui penonton pada 9 Jun 2013, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV1, drama menggandingkan pasangan pelakon baru Bill Azali dan Shiha (Mentor) juga dibantu oleh Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Lydia Ibtisam, Farihah Abdullah, Kapt (K) Khir Matnor dan Din Belon dan Ben Hafiz ini berkongsi kisah berlaku kira-kira 8 tahun dahulu, ketika Tasha dan Alfi masih bersekolah, Tasha merupakan remaja yang berbadan gempal. Tasha menaruh minat kepada Alfi tetapi dia sering diejek oleh Alfi. Tidak berapa lama kemudian, Tasha telah berpindah dari kampung itu mengikut bapanya yang bekerja sebagai guru.
Pada hari perpisahan mereka, Tasha telah menghadiahkan seutas rantai kunci kepada Alfi. Alfi pula telah menghadiahkan sekeping lencana kecil kepada Tasha. Alfi telah meletakkan rantai kunci itu pada anak kunci reban ayam bapanya.
12 tahun kemudian, syarikat tempat Alfi bekerja telah ditutup, Alfi kembali pulang ke kampung membantu bapanya menjalan usaha menternak ayam. Bekerja tanpa kerelaa hati membuatkan Alfi tertekan.
Pada suatu hari, keluarga Tasha, telah pulang semula ke kampung. Cikgu Ramli, ayah Tasha menempah ayam dari Pak Hamid untuk membuat majlis pembukaan rasmi perniagaan ‘home-stay’nya. Ketika Alfi pergi menghantarkan ayam-ayam ke rumah Cikgu Ramli, ayam-ayam itu telah diserahkan kepada Murni, pembantu rumah Indonesia Cikgu Ramli yang berbadan gempal. Alfi menyangkakan pembantu rumah itu adalah Tasha.
Pada majlis perasmian yang diadakan oleh Cikgu Ramli, Tasha telah menunggu kedatangan Alfi. Namun Alfi tidak juga muncul-muncul. Murni juga sibuk mengintai akan kemunculan Alfi sehingga kerap kali lalai menjalankan kerjanya.
Petang itu juga, Tasha terpaksa kembali ke ibukota. Ketika Tasha memandu keretanya untuk meninggalkan kampung itu, dia berselisih dengan Alfi yang sedang menunggang motosikalnya menuju ke rumah Tasha. Semasa berselisih itu, mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Alfi kagum melihat kecantikan wajah perempuan yang memandu kereta itu sehinggakan motosikalnya terbabas.
Apabila tiba di rumah Tasha, Alfi telah dilayan oleh Murni. Murni cuba berlagak seperti wanita tempatan dengan menyembunyikan dialek Indonesianya. Ibu Tasha muncul dan menyuruh Cikgu Ramli menelefon Tasha agar berpatah balik kerana kunci rumahnya tertinggal. Semasa menyerahkan kunci rumah itu pada Cikgu Ramli, Alfi ternampak guli yang diberikannya dulu telah diikat menjadi rantai kunci. Barulah Alfi sedar gadis yang memandu kereta tadi adalah Tasha.
Mendengar Tasha akan berpatah semula, Alfi cepat-cepat pulang ke rumahnya untuk mencari-cari rantai kunci yang diletakkan pada kunci reban ayam bapanya. Akhirnya Alfi terjumpa kembali rantai kunci yang dicarinya itu. Malangnya ketika bergegas hendak meninggalkan reban ayam itu, Alfi telah terjatuh dan rantai kunci itu telah tercampak ke dalam bekas najis ayam. Alfi terus mengambil rantai kunci yang bergelumang dengan najis ayam.
Ketika Alfi tiba di rumah Cikgu Ramli, kereta Tasha sedang bergerak meninggalkan rumah Cikgu Ramli. Alfi menunjukkan rantai kunci yang diberikan sewaktu mereka kecil dahulu dengan harapan Tasha ingat kepadanya. Tasha sangat kecewa apabila dilihatnya rantai kunci yang ditunjukkan oleh Alfi itu. Tasha terus meninggalkan kampung itu tanpa sebarang kata. Alfi berasa kecewa kerana menyangka Tasha sombong kerana dia seorang penternak ayam.
Keesokkan harinya, sewaktu membuka reban untuk memberi ayam makan, Alfi terpandang akan seutas rantai kunci reban ayam yang hampir sama dengan rantai kunci yang ditunjukkan kepada Tasha kelmarin. Barulah Alfi sedar akan kesilapannya.
Sejak dari hari itu, Alfi telah berubah menjadi penternak yang telah berjaya. Dia telah mengambil alih usaha ternakan itu dari Pak Hamid sepenuhnya.
6 bulan selepas itu, Iqbal bercerita kepada Alfi tentang hubungannya dengan Tasha semakin rapat. Alfi menjadi cemburu mendengarkan cerita dari Iqbal itu. Iqbal mengajak Alfi pergi berkunjung ke rumah Tasha. Namun bagaimanakah kesudahannya? Masihkah ada ruang untuk mereka kembali bersatu?