Setelah terselamat dari zaman kanak-kanak yang bermasalah, Shaun rasa keseorangan dalam dunianya sendiri dan sukar menyesuaikan diri dengan orang-orang di sekelilingnya. Begitu pun dia kemudiannya menyedari kelebihan dimilikinya dan mahu menggunakan kemahiran perubatan dan intuisi yang luar biasa untuk menyelamatkan nyawa dan mencabar rakan-rakan yang selalu merendah-rendahkannya.
Kisah menarik drama perubatan ini dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam siri Inggeris bertajuk THE GOOD DOCTOR mulai 3 Februari ini, setiap Ahad, pukul 10.30 malam di TV2.
Siri 18 episod ini dibintangi oleh Antonia Thomas, Nicholas Gonzalez, Beau Garrett, Hill Harper, Richard Schiff, dan Tamlyn Tomita.
SINOPSIS THE GOOD DOCTOR
Drama ini bercerita tentang Dr.Shaun Murphy diletakkan untuk bergabung dengan bahagian pediatrik di Hospital Sant Jose St.Bonaventure. Shaun dilatih oleh Presiden Hospital St. bonaventure iaitu Dr. Aaron Glassman yang dikenali sejak kecil.
Zaman kanak-kanak Shaun amat menyedihkan kerana ibu dan ayah kandungnya tidak dapat menerima dirinya seadanya. Namun Shaun beruntung kerana ada adik bernama Steve yang selalu melindunginya termasuklah menyelamatkannya daripada dibuli teman sebaya. Malangnya Steve meninggal dunia akibat terjatuh ketika bermain dengan Shaun.
Sejak itu Shaun dijaga oleh Dr. Aaron Glassman, doktor haiwan yang pernah membedah arnab belaannya. Ketika itu juga Dr. Aaron menyedari kelebihan luar biasa yang dimiliki oleh Shaun.
Perjalanan kerjaya Shaun untuk menjadi doktor bedah di Hospital Sant Jose St.Bonaventure tidak mudah walaupun hubungannya dengan presiden hospital itu rapat. Pengurus dewan hospital berdebat tentang kemampuan Shaun untuk menjadi residen hospital dan cuba mengungkit penyakit yang dideritai Shaun. Ada yang setuju begitu juga sebaliknya. Sedangkan Shaun disahkan sudah sembuh ketika usianya 17 tahun dan sedang menjalani pemulihan.
Aksi Shaun menjadi penyelamat seorang kanak-kanak tersebar melalui internet dan menjadi viral di alam maya. Shaun berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang mengalami kecelakaan dengan menggunakan alat bantuan. Aksi Shaun sebagai perwira tersebar hingga dia dipanggil oleh pengurusan hospital.
Mendengar jawapan Shaun yang mengagumkan tentang tindakannya itu membuat semua orang yang berada di situ terharu. Shaun diterima di Hospital St, Jose Bonaventure dan menyertai kelompok pakar bedah yang diketuai oleh Dr. Neil Melendez.
Awalnya Dr Neil sering mengetepikan Shaun hingga adakalanya menyebabkan Shaun kecewa. Namun seiring masa berlalu segalanya berubah. Apakah tindakan yang dilakukan Shaun hingga berjaya mengubah persepsi doktor lain terhadapnya?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.