in , , ,

Sinopsis Drama PENGANTIN UNTUK DIJUAL

“Sedangkan cinta boleh dijual beli, kenapa tidak sebuah perkahwinan?” kata-kata Puan Izzatie yang menyentap jiwa Indah – si gadis cantik pemilik kedai bunga. Indah Amilea Mansur terpaksa berdepan dengan dugaan paling berat dalam hidupnya.

aqasha2

Pengarah: Feroz Kadir & Noorsyahida

Drama Bersiri Pengantin Untuk Dijual (13 Episod)

Pelakon:
Rita Rudaini (Indah), Aqasha (Firdaus), Fahrin Ahmad (Daniel), Rahim Jailani (Dato’ Farouk), Rosnah Johari (Puan Izzatie), Sabrina Ali (Kasih), Nabila Dally (Cinta), Dian P.Ramlee (Datin Mahani), Zain Ruffedge (Taufik), Shahz Jaszle (Iskandar), Betty Rahmad (Betty), Natasha Hudson (Suzana), Zila Bakarin (Azlina), Nadia Mustafar (Shakila), Riezman Khuzaimi (Azril)

Synopsis Drama Pengantin Untuk Dijual:

Dia harus memilih, samada mempertahankan cintanya pada Iskandar atau memperjuangkan nasib keluarganya dengan berkahwin dengan hartawan pilihan ibunya.

Sayangnya kesetiaan Indah rupanya sis-sia. Ini terbukti apabila Indah menyaksikan sendiri bagaimana Iskandar sanggup mencurangi cinta mereka. Namun sanggupkan Indah memperdagangkan dirinya semata-mata kerana harta?

Firdaus Dato’ Farouk – kacak, berkarisma, berharta, maka tidak hairanlah dia digilai ramai wanita namun tidak mahu menerima mana-mana wanita selagi cinta tidak hadir dalam hatinya. Sayangnya apabila dia jatuh cinta pandang pertama pada Indah, cintanya tidak berbalas. Namun dia redha dan terus sabar menantikan gadis pujaannya.

Bagaikan bulan jatuh ke riba apabila yang diharapkan terjadi. Namun, dia dikejutkan dengan berita bahawa keluarga kekasihnya hanyalah memburu hartanya. Wajarkah dia melepaskan cinta yang telah sekian lama ditunggu-tunggu hanya kerana takut kehilangan harta?

Puan Izzatie menjadi ahli perniagaan secara terpaksa, ini kerana arwah suaminya meninggalkan bebanan hutang jutaan ringgit yang terpaksa ditanggungnya sendiri. Namun wanita ini sentiasa tampil bergaya sehingga membuatkan tiada siapa dapat menduga dilemma yang dialaminya. Dia yang sememangnya tidak cekap berniaga, tidak dapat menyelamatkan keadaan malah membuatkan hutangnya bertambah besar.

Akhirnya, Puan Izzatie nekad dan harus segera bertindak dengan satu-satunya asset yang dia ada. Iaitu mengahwinkan anak daranya yang jelita, Indah, dengan seorang jutawan. Maka pemburuan bermula!

Pada dasarnya, Daniel Luqman bukanlah seorang yang kejam namun kegagalan bapanya dalam perniagaan sehingga mengakibatkan keluarga mereka hidup susah sekian lama, membuatkan dia menjadi seorang pendendam. Dendamnya tidak lain ditujukan kepada Dato’ Farouk dah seluruh keluarganya.

Lebih menambah amarah di hati apabila dia juga telah jatuh cinta dengan Indah dan merasakan keluarga Dato’ Farouk seakan-akan merampas semua kebahagiaan hidupnya. Dengan dendam dan cinta yang membara dalam hati, mampukan Daniel membezakan keduanya dan bertindak rasional? Dapatkan dia merebut cinta Indah?

…Segalanya akan terungkai dalam Pengantin Untuk Dijual!

fahrin2
rita rudaini2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meet Uncle Hussain Masih Cari Vokalis

AIZDEAN Artis J-POP Malaysia pertama di Jepun