in

Drama Pendek SOALAN Sempena Hari Raya Aidilfitri

Drama Pendek “Soalan” terbitan KS Entourage sempena Hari Raya Aidilfitri…

A story about the love of a mother for his son. A sad story that will bring tears and remind you the importance of appreciation of our loved ones.

Like, Comments and Share!! —-> https://youtu.be/rgiLz5MIgdU

Lakonan mantap Pelakon Terbaik Festival Teater Selangor, Saudara Azerai Azemi arahan Faizal Suparkhon!!

Enjoy and make sure you have tissue with you!!

Jom baca rebiu ikhlas jujur dari Firdaus

REVIEW INI TIDAK BERBAYAR!! 

“Soalan” sebuah filem pendek sempena Hari Raya 2016 adalah sebuah CSR Project terbitan KS Entourage Sdn Bhd !! Setelah menonton secara teliti dan berulang lebih dari 10 kali… Ini pendapat ikhlas saya:

1) Lakonan – Saya tidak puas melihat watak Shad lakonan Azerai Azmi !! Emosi dan permainan watak melalui ekspresi muka adalah kelebihan beliau.. Kehebatan tersebutlah yang membuat saya tidak puas.. Rasa terlalu singkat kemunculan beliau.. Pun begitu, kemunculan singkat itulah yang meletakkan “Soalan” sesuatu yang sangat istimewa.. Tidak kurang juga dengan lakonan Shad kecil dan Ibu kepada Shad.. Bersahaja dan tidak kelihatan bergantung dengan skrip membuat saya kagum dengan pelakon yang bukanlah pelakon terkenal pun.. Apa pun, pelakon pembantu terbaik saya berikan kepada kakak “cashier” semasa Ibu Shad ingin membayar harga topi.. Jelingan mata semasa interaksi beliau dengan ibu Shad membuat anda “geram” dengan mainan watak beliau walaupun saya difahamkan beliau bukanlah pelakon dan sememangnya pekerja di kedai tersebut.. Wow!!
2) Jalan Cerita – Ramai memberi komen dengan mempersoalkan beberapa persoalan seperti Shad sakit apa? Mak dia hidup ke mati? Kenapa mak dia jalan kat lopak air walaupun ada laluan kering? Kenapa bendera koyak? Dan pelbagai lagi.. Bagi saya inilah keistimewaan “Soalan”!! Sebuah Filem Pendek memerlukan anda menonton dan memahami setiap saat bermula dengan saat yang pertama.. Bermula dengan “scene” Shad duduk di birai Katil yang saya percaya kamar ibunya (lihat setiap pelusuk bilik) sehinggalah saat terakhir di mana Shad berhalusinasi berseorangan tanpa ada ibunya disisi (ini boleh menjadi pelbagai jawapan – dan jawapan saya adalah ibunya sudah “tiada”). Cuma alangkah baiknya scene akhir itu dipanjangkan mungkin 10 saat dan apa yang dikatakan oleh Shad selari dengan skrip untuk memberi lebih impak kepada penonton.. Fade voice “Mak.. mak..” nescaya akan membuat anda bukan sahaja menitiskan air mata tetapi meremang segala roma yang ada…
3) Teknik penggambaran / shot – Filem pendek ini adalah gabungan masa kini dan imbas masa lampau iaitu flashback.. Adalah lebih cantik seandainya ada elemen masa lampau seperti kalendar atau surat khabar atau apa sahaja yang boleh menunjukkan garis masa.. Serta pencahayaan atau visual secara hitam putih atau noir boleh digunakan untuk menyerlahkan lagi visual garis masa ini.. Penggunaan dron amat minima dan tidak memberi impak yang lebih dasyat..
4) OST Bejana Kasih – ini meletup Sebab saya tak pernah dengar Filem pendek ada OST!! Dan OST ini muzik dan liriknya sangat well-blend dengan jalan cerita!! Kudos to GeeBa Ahmad yang menghayati dan menyampaikan lagu ini dengan baik!! 
5) Keseluruhan – sebagai Filem Pendek yang pertama terbitan KS Entourage, pengarah Faizal Suparkhon berjaya menghasilkan sesuatu yang boleh memberi impak kepada masyarakat.. Tonton 2 – 3 kali dan hayati setiap scene, dialog yang dilontarkan dan ekspresi wajah pelakon yang boleh menusuk terus ke dalam hati anda.. 
Tahniah dan 4.5/5 dari saya…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem ANAK MAMI NASI KANDAQ di Pawagam Aidilfitri Ini!

Selebriti Popular Jayakan JURASSIC WORLD Dalam Bahasa Malaysia di HBO