in

Drama Pelangi Ada Tujuh Warna

Pernikahan Misyar Dalam Drama Pelangi Ada Tujuh Warna Menarik Khas Maulidur Rasul Di TV2

Perkahwinan misyar didefinisikan dari sudut istilah/terminologi sebagai perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut.

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. Hakikatnya perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

TELEMOVIE PELANGI ADA TUJUH WARNA

Membawakan mesej berat yang dapat menjelaskan lagi maksud perkahwinan secara poligami dan atas dasar nikah Misyar yang hanya diamalkan di negara-negara Arab dan timur tengah, saksikan drama Pelangi Ada Tujuh Warna lakonan Lydiawati, Rosnah Johari, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Jessie Lim, Aida Othman, Hisham Ahmad Tajuddin dan Zulkifli Ismail dalam slot Sinema Sabtu pada 4 Februari 2012 (Sabtu), jam 2.00 petang di TV2.
Cerita ini mengisahkan Fahda, wanita berusia awal 40an yang sangat berjaya didalam kerjaya E- dagangnya dan telah pun menjadi seorang jutawan. Namun dia masih belum berkahwin. Sahabat baiknya, Manisah berusaha mencarikan jodoh untuk Fahda namun Fahda menolak atas alasan tidak bersedia lagi.

Tidak lama selepas itu, Fahda dipertemukan jodoh dengan seorang ilmuan ekonomi bernama Dr Mahadi. Dr Mahadi sangat terkenal di dalam jurusan ekonomi dan sering keluar negara mengadakan persidangan. Fahda berkahwin dengan Dr Mahadi secara poligami dan atas dasar nikah Misyar yang hanya diamalkan di negara-negara Arab dan timur tengah.

Perkahwinan Fahda secara Misyar ini sebenarnya tidak dapat membahagiakan Fahda kerana dia hanya diberikan nafkah batin sahaja ditambah pula dengan keadaan Dr Mahadi yang sering berurusan keluar negara dan memang senantiasa tiada di sisi Fahda apabila diperlukan.

Pelbagai konflik timbul dan akhirnya atas desakan keluarga dan sahabat, Fahda akhirnya bercerai dengan Dr Mahadi dan berkahwin pula dengan suami sahabat baiknya sendiri, Manisah. Berjayakah Fahda meraih bahagia dalam perkahwinan seperti yang diimpikan? Saksikan kesudahannya dalam Pelangi Ada Tujuh Warna di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slot Cuti-Cuti Ada Drama Komedi

Review HOTEL H2O Manila