in , ,

Drama Original iQIYI ‘Sorry Naik Lori’ Meraih Drama Melayu No. 1

Siri komedi romantik yang dilancarkan pada suku tersebut juga menduduki 3 tempat teratas antara semua bahasa di platform penstriman iQIYI

Drama original tempatan kedua iQIYI, Sorry Naik Lori yang diterajui Nazim Othman, Ruhainies dan Tajul menamatkan musim siarannya dengan mengungguli carta sebagai drama Melayu #1 yang dihasilkan pada suku terakhir 2022 di platform penstriman berkenaan. 

Drama ini menyusuli kejayaan kandungan original pertamanya, Rampas Cintaku, sekali gus menunjukkan minat kukuh terhadap kualiti produksi original tempatan dalam kalangan penonton.

Meskipun kadar penggunaan OTT di Malaysia lazimnya didominasi oleh kandungan Bahasa Inggeris dan Korea, namun iQIYI telah menyaksikan permintaan dan kehendak yang semakin meningkat untuk kandungan tempatan di kalangan rakyat Malaysia. Menurut tinjauan “iQIYI 2022 Year in Binge”, 50 peratus responden dari Malaysia aktif mencari kandungan Melayu tempatan di platform terbabit tahun ini.

Drama Original iQIYI ‘Sorry Naik Lori’ Meraih Drama Melayu No. 1

Mengulas mengenai kejayaan Sorry Naik Lori, Dinesh Ratnam, Pengurus Negara iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, “Kami sangat teruja kerana Sorry Naik Lori telah meraih maklum balas yang memberangsangkan, sama seperti kandungan pertama kami yang dilancarkan beberapa bulan sebelum ini. 

Drama komedi romantik ini ialah penerbitan “dari skrip ke skrin” original pertama yang kami hasilkan dengan kerjasama foodpanda. Ia menampilkan jalan cerita yang sangat relevan dengan gaya hidup moden rakyat Malaysia hari ini iaitu komuniti yang terlibat secara aktif di media sosial. 

Di samping itu, siri ini juga turut membawakan perkhidmatan penghantaran yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita dengan lebih dekat menerusi rider penghantaran foodpanda yang merupakan antara watak utama dalam drama ini. Ia menunjukkan minat yang tinggi terhadap kandungan tempatan yang diberikan kelainan dari segi cara penyampaiannya.”

Tinjauan sama juga telah menunjukkan minat dan selera yang tinggi terhadap kandungan Melayu tempatan dalam kalangan penonton antarabangsa. Dua produksi original tempatan pertama platform iQIYI, Rampas Cintaku dan Sorry Naik Lori, telah dipilih untuk mengungguli carta 3 teratas drama Melayu wajib tonton oleh responden dari Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Bercakap mengenai strategi penyusunan kandungan iQIYI, Dinesh berkata, “Orang ramai secara semula jadi ingin tahu tentang budaya dan tertarik dengan cerita dari seluruh dunia. Fokus kami adalah untuk lebih berani membawa jalan cerita unik yang mewakili intipati komuniti tempatan serta mewujudkan ekosistem kandungan tempatan yang kukuh bagi menawarkan karya yang terbaik dari Malaysia.”

Selaras dengan komitmennya untuk menjadi hab hiburan Asia yang digemari, iQIYI melihat ke arah perubahan inovatif dalam membentuk model perniagaan mampan yang unik untuk ekosistem kandungan Asia, seterusnya mempamerkan yang terbaik dari Malaysia dan Asia Tenggara kepada khalayak yang lebih luas. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Nikah Cerai Rujuk Lakonan Dynas Mokhtar

JOHAN ISHAK AWESOME TV

Berjaya Rangkul Anugerah, Awesome TV Jadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia