in ,

Drama Omputeh Lakonan Zalif Sidek di Hari Raya

“Omputeh”. Mendengar tajuknya sahaja mampu membuatkan penonton membayangkan kisah komedi santai dalam drama berlatarkan sambutan Aidilfitri ini. Apatahlagi drama menarik mengisi slot popular Panggung Khas Raya di RTM ini menggandingkan pelakon utama Zalif Sidek dengan pelakon yang juga penyanyi kecil molek, Elyana. Pastinya kemunculan semula Elyana memegang watak sebagai isteri yang ditagih semula perhatiannya oleh bekas suami bakal mencuit hati penonton.

zalif-sidek

[pullquote]Turut dibintangi pelakon Illya Buang, Pak Lah Cecupak, Ropie, Zulkifli Ismail, Danial Iman, Amirul Iman dan Imran Abu, drama arahan Ade Hasnoor Ibrahim, Unit Drama TV RTM disiarkan 29 Julai, 9.00 malam di TV1 ini membawakan jalan cerita kisah bila mana seorang suami itu berusaha melakukan penyamaran untuk mendapatkan kembali perhatian bekas isteri dan anak-anak walau dengan apa cara sekalipun.[/pullquote]

Mengambil keberkatan bulan Syawal, plot kisahnya bermula dengan situasi bagaimana suami isteri yang memiliki dua (2) orang cahayamata, telah bergaduh disebabkan si suami, Omar sibuk dengan urusan kerjanya. Akibat tidak sabar dan tahan dengan gelagat si isteri bernama Puteh, Omar telah lafazkan cerai dan hak penjagaan telah diberi kepada Puteh.

Dengan penceraian tersebut, Puteh mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Dalam proses tersebut, mahkamah memberi hak penjagaan kepada Puteh. Omar berasa serba salah kerana dia amat rapat dengan anak-anaknya.

Ketiadaan anak-anaknya, Omar tidak dapat fokus kepada kerjanya. Akhirnya, Omar mengambil keputusan untuk cuti tanpa gaji bagi menyelesaikan permasalahan keluarganya. Beberapa minggu sebelum Ramadhan menjelang, Omar telah ke kampung Puteh untuk menyamar sebagai Raymond pelancong asing dengan memakai rambut palsu dan mengubah perlakuan. Segala rancangan sulit Omar telah diketahui awal Penghulu dan ayahnya dan mereka memberi sokongan padu.

Omar menyamar sebagai orang pelancong asing yang ingin membuat kajian tentang makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu lemang dan ketupat. Hasil pakatan dengan Penghulu, Omar telah mendapat rumah berdekatan dengan rumah bekas isterinya, tujuannya untuk memudahkannya berjumpa anak dan bekas isterinya.

Pada bulan Ramadhan, Puteh membuka gerai menjual lemang. Puteh membuka gerai lemang untuk menampung perbelanjaan hari raya anaknya. Dalam pada itu, Sameon Kudung merupakan kepala samseng di kampung itu telah menaruh hati pada Puteh. Sameon Kudung sering mencari peluang untuk menarik perhatian bekas isteri Omar itu tetapi tidak di layan. Puteh lebih selesa melayan dan mengajar Raymond daripada Sameon Kudung.

Sameon Kudung agak marah apabila melihat kemesraan yang di tunjukkan oleh Raymond dan Puteh. Sameon Kudung telah merancang untuk membakar gerai lemang Puteh. Ketika gerai itu hampir dibakar pada ketika itulah, satu perkara tidak diduga berlaku. Saksikan apa kesudahannya nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Pelakon Ezany Nizariff Hilang

Senarai Drama Wajib Tonton di TV3 Sempena Syawal