Malah persoalan dan jawapan yang dipaparkan dalam drama arahan Hadith Omar ini amat sesuai difahami dan tekuni oleh pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin.
Persoalan ‘istilah rogol dalam perkahwinan’
Rujukan: nbc ep 4 clip rape 1 emma ngo
Jawapan: Wujud tapi bukan di sini. Di sini pengecualian takkan dimansuhkan.
Persoalan ‘selepas berkahwin, seorang isteri tidak boleh menafikan kerelaan untuk mengadakan hubungan intim dengan suami. Kerana setelah perkahwinan disahkan wanita itu terikat kepada sumai yang dikahwininya termasuk hal seksual.
Jawapan: Kita ada 375 A untuk suami yang aniaya isteri dia.
Persoalan: Pernah dengar “suami rogol isteri sendiri’
Jawapan: Bab rogol dan rumahtangga masih tak dapat dibuktikan. Sebagai seorang suami, dia berhak dapat layanan dari seorang isteri.
Persoalan “kita masih dalam iddah. Saya memang ada niat nak rujuk dengan awak. Maksudnya kita tak berzina”
Jawapan: Rujuk ketika iddah perlu dilakukan mengikut cara yang betul. Di Malaysia yang mengikut mazhab syafie, seorang suami perlu menyebut lafaz rujuk sebelum boleh bersama semula dengan isteri. Rujuk tak sah tanpa lafaz
Persoalan: Hakikatnya kau dah ceraikan dia, walaupun dalam iddah, kau tak lafaz, kau terus serang (rogol) Safi (isteri)
Jawapan: Mazhab syafie memerlukan suami melafaz lisan untuk rujuk dengan bekas isteri ketika iddah. Mazhab Hanafi boleh terus rujuk dengan perbuatan tanpa perlu lafaz. Tapi di Malaysia kita ikuti mazhab Syafie.