in ,

Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton Drama NUR

TERJALIN PERASAAN DALAM MENCARI JAWAPAN

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d:11)

Merujuk kepada Surah Ar-Ra’d, ayat 11 di atas menjelaskan bahawa hanya seseorang individu itu yang mampu mengubah nasibnya. Siapa menyangka bahawa Amyra Rosli pernah menuntut ilmu agama daripada Syafiq Kyle?

Drama NUR

Hanya kerana Amyra ingin mendekati agama, mereka telah menjalinkan hubungan. Sejauh manakah kebenaran situasi itu? Amyra dan Syafiq menceritakan kisah mereka dalam drama Samarinda: Nur yang bertemu penonton setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Menurut Shahrulezad Mohameddin, pengarah drama Nur, “Bersempena dengan menyambut Ramadan Al-Mubarak, pihak produksi memperkenalkan drama Nur ini yang mengetengahkan tema ‘Kebaikan Jalan yang Lurus’. Watak-watak utama memperjuangkan nilai yang amat murni, iaitu mencari keredhaan Tuhan, namun hubungan mereka ditentang masyarakat kerana latar belakang yang berbeza. Saya berharap agar drama ini dapat dijadikan teladan para penonton agar tidak putus asa mencari jalan kebenaran.

Sebuah dakwah melalui karya seni, saya turut berharap agar para penonton dapat memberikan sokongan ke atas drama ini sehingga tamat.”

Drama Nur ini diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Selain daripada Syafiq Kyle dan Amyra Rosli, drama Samarinda: Nur ini turut dibintangi Riena Diana DFKL, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Laila Nasir, Zaidi Omar, Kuna Muzani, Elmy Moin dan Raja Atiq.

Bertemu para penonton bermula hari Isnin, 14 Mei 2018 yang lalu, drama 19 episod ini mengisahkan Adam (lakonan Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah (Noorkhiriah) yang menjadi pengurusnya.

Dengan bantuan Siti Aisyah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberikan soalan-soalan sukar kepadanya adalah Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang ingin mendekatkan diri dengan agama Allah SWT.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka mula jatuh cinta. Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian dan dugaan ini? Apakah pengakhiran kehidupan Nur bersama Adam? Saksikan drama Samarinda: Nur, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam.

Drama NUR

Drama NUR

Drama NUR

Drama NUR

Drama NUR

Drama NUR

Drama NUR

Drama NUR

Drama NUR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celaka Tees By Tarik Jeans Launched At Malam Celaka

Penny Tai THIEF Asia Tour Live in Malaysia 2018