in ,

Drama My Family, My Love 200 Episod di 8TV

200 episod drama bersiri ‘My Family, My Love’ mula bersiaran di 8TV.

Sebuah drama Hokkien bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang.
Hokkien Drama
My Family, My Love
Tarikh Siaran: setiap Isnin – Jumaat, 6pm – 7pm, bermula 30 December 2009
Bahasa : Mandarin
Jumlah episod : 200 x 60 minitBarisan pelakon : Liao Jun, Fang Wen Lin, Liu Zhi Han, Chen Guan Lin

My Family, My Love, 200 episod drama bersiri Hokkien yang mengisahkan tentang kesusahan seorang wakil rakyat yang dihormati, yang mendapati dirinya mempunyai seorang anak luar nikah dan bergelut untuk menyatukan kembali keluarganya. Drama ini akan menemui anda hanya di 8TV mulai 30 Disember 2009 dan ke udara bermula pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang.

Drama yang sarat dengan mesej ini membawa anda menyelami erti sebuah keluarga dan kehidupan mereka yang penuh dengan dugaan dan penderitaan. My Family, My Love pastinya menyentuh perasaan anda dengan jalan cerita yang cukup menarik.
 
Drama ini menceritakan kemuliaan seorang wakil rakyat yang diugut untuk meletakkan jawatannya demi menyembunyikan kewujudan anak gadisnya yang dilahirkan secara tidak sah suatu ketika dahulu.

Setelah beliau meletak jawatan, wujud perebutan kuasa di antara ahli keluarganya. Bekas wakil rakyat itu sedar bahawa dirinya harus bertanggungjawab untuk menyatukan kembali perbalahan yang telah berlaku antara ahli keluarganya dan pada masa yang sama beliau sentiasa berperang dengan perasaan tentang anak gadisnya itu. Namun begitu,bagaimana caranya untuk beliau menyimpan kisah hitam masa silamnya?

 “My Family, My Love ialah sebuah epik yang akan menjadi tontonan anda semua. Tentunya ia adalah sebuah lagi drama Hokkien yang semestinya akan menemani anda setelah anda penat pulang dari bekerja.” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Drama bersiri ini dibintangi oleh Liao Jun, Fang Wen Lin, Liu Zhi Han and Chen Guan Lin.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fotokopi Lakonan Shereen Ibrahim, Hairul Azreen Di TV2

Quotes of the Day: Saya Bukan Gay – AKIM