Siapa kata hanya ibu tunggal berdepan dengan fitnah dituduh menjalinkan cinta dengan suami orang? Pendekatan sama cuma dengan jalan cerita yang berbeza ditonjolkan dalam drama bertajuk ‘Munajat Cinta Ayahanda’.
Bakal disiarkan mengisi slot Pilihan Jumaat pada 2 Oktober ini, pukul 2.00 petang di TV2, bezanya watak utama menampilkan pelakon utama seorang lelaki bergelar lelaki bapa tunggal lakonan berkesan pelakon berpengalaman Aman Graseka.
Konflik dalam berlaku dalam diri seorang lelaki yang kematian isteri mengakibatkannya kesunyian. Hidup sendiri tanpa anak-anak membuatkan dia cekal untuk mengumpul kekuatan berdepan dengan fitnah dilontarkan orang kampung.
Masyarakat di sekeliling menuduhnya menjalinkan hubungan dengan wanita bergelar janda di kampung tersebut sedangkan hakikat yang sebenar sebaliknya. Cuba berdepan dengan situasi tersebut, mampukah dia membersihkan nama baiknya semula? Bagaimana dengan penerimaan anak-anaknya pula?
Drama penuh konflik ini selain menampilkan pelakon utama Aman Graseka, ia turut dibantu oleh Husairi, Sheera Iskandar, Fikree Bakar, Nik Marini dan Shaffiq.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.