Kehilangan orang yang tersayang sememangnya amat pahit untuk ditelan. Cinta bukan paksaan namun cinta juga membawa satu permulaan satu hikmah demi sebuah harapan. Johan yang telah lama melakar cinta bersama buah hatinya kini terpaksa aku dengan ketentuan Ilahi. Senario ini begitu jelas buat diri dua orang sahabat karib yang merantau jauh ke negara Korea.
Mereka ialah Intan Ladyana sebagai Maria dan Faralyna sebagai Natasya dua bintang yang semakin menyinar yang berkongsi tentang kisah cinta dan persahabatan menerusi drama bersiri “Mencintaimu” yang bakal bersiar menerusi slot Selekta Prima bermula 3 Oktober 2013, setiap hari Khamis jam 9.00 malam di TV2.
[pullquote align=”right”]Intan Ladyana Dan Faralyna Kongsi Pengalaman Cinta dalam drama Seoul drama bersiri 26 episod “Mencintaimu” menerusi slot Selekta Prima pada setiap hari khamis, mulai 3 oktober 2013, jam 9.00 malam di TV2.[/pullquote]
Bagi pelakon Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, tawaran untuk berlakon ke luar negara merupakan rezeki buatnya yang bakal bergelar bapa. Namun tanggungjawab memegang watak utama sebagai Johan semestinya mengharungi pelbagai cabaran terutamanya apabila berdepan dengan cuaca sejuk serta angin. Beliau juga cukup teruja dapat digandingkan dengan para pelakon hebat terutama isterinya Linda Hashim juga turut memainkan peranan memegang watak dalam drama ini, ujar Beego.
Drama bersiri arahan Azizi Chunk Dato’ Adnan turut menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Azhar Sulaiman, Mustafa Kamal, Wan Nor Azlin, Raja Emma, Amar Baharin, Linda Hashim, Mahmud Ali Basha, Ema Akma, Amran Ismail, Raja Nor Baizura, Fathil Dani serta Rashidah Jaafar
Sinopsis Drama Mencintaimu Lakonan Intan Ladyana
[dropcap]M[/dropcap]encintaimu mengisahkan tentang cinta tiga segi antara dua sahabat Natasya (Faralyna) dan Maria (Intan Ladyana) demi memenangi cinta dari Johan (Beego). Maria mengalah demi persahabatan mereka. Namun cinta yang di semai antara Johan dan Natasya tidak kesampaian kerana mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa bakal pengantin perempuannya ketika mereka berada di Malaysia. Sejak insiden tersebut, Johan hilang ingatan. Kehadiran Maria mengubah persepsi Johan terhadap erti cinta. Maria menjadi teman setia Johan bagi memulihkan ingatannya.
[pullquote align=”right”]Drama bersiri Mencintaimu yang bakal bersiar menerusi slot Selekta Prima bermula 3 Oktober 2013, setiap hari Khamis jam 9.00 malam di TV2.[/pullquote]
Maria merasakan dia akan mendapat kembali cinta Johan walaupun selama ini Johan tidak tahu tentang perasaannya.
Tuhan maha kuasa, Anisa wanita misteri yang mirip dengan wajah arwah Natasya muncul dalam hidup Johan dan diambil bekerja sebagai pembantu peribadi Johan. Hadirnya Anisa mengubah segala galanya. Johan berperang dengan emosinya dan tidak berdaya melawan perasaan rindu dendamnya terhadap Anisa yang disangka Natasya. Namun bagaiman pula dengan Maria yang sudah lama menyimpan cinta terhadap Johan ? Adakah usaha Maria akan membuahkan hasil dengan kewujudan Anisa sebagai pesaing? Adakah Anisa juga memendam perasaan terhadap majikannya Johan?
Mampukah Johan mengingati kisah silamnya dan mendapatkan cinta sejati? Saksikan drama bersiri 26 episod “Mencintaimu” menerusi slot Selekta Prima pada setiap hari khamis, mulai 3 oktober 2013, jam 9.00 malam di TV2.