SAJIAN ISTIMEWA DI LAYAR TV3!
Bagi penggemar drama-drama melayu khususnya pasti ternanti-nantikan drama-drama menarik sepanjang bulan Mei ini. TV3 tidak akan menghampakan para peminat setianya dengan menyediakan rancangan-rancangan yang akan akan disiarkan melalui 3 slot istimewa iaitu Widuri, Cerekapilihan dan Pesona 3.
Sambil beristirehat tontonilah kisah-kisar berkisarkan pengorbanan seorang isteri, keperihan seorang guru sebagai pendidik, nasib seorang pembantu di dalam drama-drama seperti Isteri Seorang Lelaki, Najiha, Cikgu Nadia dan Orang Gaji Sementara mengisi slot Widuri. Manakala menerusi slot Cerekapilihan pula bakal menyiarkan lima drama yang menjanjikan kepuasan iaitu Good Morning Cikgu, Good Afternoon Cikgu, Selimut Putih, Maafkan Aku Mama dan Kalam Cinta Rabiah.
Di hujung minggu pula luangkan masa anda bersama keluarga sambil menonton rancangan-rancangan yang mampu mengimbaukan kenangan lama dan semestinya masih segar walaupun di telan masa. Saksikan drama Bertunang, Janda Meletop, Driving School dan Keluarga Comat yang akan mengisi slot Pesona 3.
Nikmati kegembiraan, tontoni TV3!
WIDURI, ISNIN & SELASA, JAM 11.02 PAGI
Isteri Seorang Lelaki (5 & 6 Mei 2008)
Salmi merupakan mahasiswi lulusan perakaunan di sebuat institut pengajian tinggi dan anak perempuan tunggal Mak Besah dan Pak Dollah. Salmi berkenalan dengan saiful, pemuda di kampungnya lalu mereka jatuh cinta. Selepas berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan, Fatin, perniagaan Saiful semakin merosot. Semenjak itu, Saiful sering pulang lewat dalam keadaan mabuk dan sering memukul Salmi hingga lebam dan calar di seluruh muka dan badan Salmi. Saiful berjumpa dengan Pak Dollah dan Mak Besah untuk meminjam wang namun Pak Dollah enggan membantunya kerana hutang lama masih belum dijelaskan. Apabila tidak memperolehi wang tersebut, Saiful memarahi isterinya dan bertindak ganas terhadapnya. Salmi meminta bantuan Amira untuk mencarikan kerja tetapi Saiful tidak mengizinkan Salmi untuk bekerja. Apakah kesudahan nasib malang Salmi ini?
Pelakon: Azizah Mahzan, Hilmi Husaini, Aziz Singah, Norlia Ghani, Sheila Mambo, Sulaiman Sahid.
Najiha (12 & 13 Mei 2008)
Najiha berkahwin dengan Kamal di negara jiran tanpa restu ibunya, Mak Biah. Najiha rela berkahwin dengan Kamal walaupun mengetahui Kamal sudah mempunyai isteri. Oleh kerana sentiasa sibuk bekerja, dia hanya sekali-sekala menziarahi ibunya di kampung. Nasib baik ada Mak Hendon yang selalu menjengok ibunya yang kurang sihat. Najiha juga aktif dalam kebajikan dan politik. Kamal selalu bertengkar dengan isteri pertamanya, Faridah, kerana menuduh dia lebih mementingkan isteri keduanya, Najiha. Kamal mempunyai dua orang anak dengan Faridah tetapi masih tidak mempunyai anak bersama Najiha. Mereka mengambil anak angkat bernama Suriaty. Najiha terpaksa membawa ibunya tinggal bersamanya di bandar kerana ibunya cedera semasa terjatuh dari tangga dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda. Keadaan Najiha mula berubah apabila Kamal meninggal dunia selepas diserang sakit jantung. Tidak lama lepas itu, ibunya pula meninggal dunia.
Pelakon : Azean Irdawaty, Shaharuddin Thamby, Rosnani Jamil, Aznah Hamid
Cikgu Nadia (19 & 20 Mei 2008)
Cikgu Nadia seorang guru lepasan universiti tempatan telah diarahkan bertugas di sebuah sekolah menengah. Cikgu Nadia amat terkejut dengan murid-murid di sekolah itu yang mempunyai masalah disiplin yang teruk. Dalam menangani masalah displin tersebut, dia terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran. Badrul merupakan anak kepada Pengerusi PIBG sekolah, juga merupakan ketua kumpulan murid-murid nakal. Badrul banyak menimbulkan masalah kepada sekolah. Pihak sekolah cuba menyembunyikan kesalahan yang dilakukan oleh Badrul kerana ayahnya banyak berbakti kepada pihak sekolah. Dengan rasa tanggungjawab, Cikgu Nadia telah berjumpa sendiri dengan Encik Kassim (ayah Badrul) menceritakan tentang perilaku Badrul. Segala pandangan dan nasihat yang ikhlas dari Cikgu Nadia telah menyedarkan Encik Kassim. Cikgu Zahari adalah guru displin yang banyak memberi kerjasama dalam menangani usaha murni Cikgu Nadia. Berjayakah Cikgu Nadia mendidik dan membawa perubahan kepada sekolah tersebut?
Pelakon : Vanida Imran, Benji, S Sahlan, Lokman Ghani, Baharuddin Hj Omar, Rahim Jailani
Orang Gaji Sementara (26 & 27 Mei 2008)
Zurina yang berkelulusan ijazah ekonomi membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai orang gaji. Dia diterima bekerja untuk menjaga seorang Datin yang lumpuh akibat kemalangan. Sikap Datin itu berubah selepas ditinggalkan oleh suaminya dan Zarina terpaksa melayan kerenah Datin itu dengan sabar. Zurina bertekad mahu memulihkan kehidupan Datin itu dan ternyata usahanya berjaya apabila hubungannya dengan Datin menjadi semakin rapat.. Pada masa yang sama, anak Datin, Zarin telah mengikat tali pertunangan bersama anak orang berada, Azila. Pada suatu hari semasa Datin membawa Zurina bercuti, Zarin telah membuka surat tawaran Zurina untuk menyambung pengajian. Pada masa inilah Zarin mendapat tahu bahawa selama ini Zurina merahsiakan bahawa dia berkelulusan ijazah. Zarin dan Datin membenarkan Zurina meneruskan cita-citanya. Ketika Zurina bersiap-siap untuk ke maktab, Datin dan anaknya datang untuk melamar Zurina. Adakah Zarin mahu memutuskan pertunangannya bersama Azila dan mahukah Zurina menerima kehadiran Zarin di dalam hidupnya?
Pelakon: Melissa Saila, Sofia Ibrahim, Rosli Idris, Zainab Othman
CEREKAPILIHAN, JUMAAT, 1.00 TENGAHARI
Good Morning Cikgu (2 Mei 2008)
Akibat kegawatan ekonomi yang berlaku sewaktu Alice pulang ke tanahair selepas menamatkan pengajian luar negeri, sukar untuk Alice mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Akhirnya, Alice memohon untuk menjadi seorang guru dan permohonannya mendapat respon yang positif. Alice mengalami kejutan budaya setelah dihantar bertugas ke kawasan pendalaman di kawasan utara. Namun Alice terpaksa juga menghadapi kerenah anak-anak muridnya yang tidak tahu mengunakan bahasa Inggeris. Sikap orang-orang kampung juga kadangkala memeningkan kepala Alice. Dia mula menyukai pengembala lembu di kampung itu bernama Budin yang kerap berada disamping lembunya yang digelar Rahul. Kebaikan dan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan Budin berjaya menambat hati Alice. Namun, Alice terpaksa berpindah mengajar di sekolah bandar. Mampukah Budin memiliki Alice yang amat dicintainya itu?
Pelakon : Zizie Ezzette, Sheila Rusly, Radhi Khalid, Hamidah Wahab, Zaidi Omar
Good Afternoon Cikgu (9 Mei 2008)
Cikgu Alice selamat melahirkan anak perempuan. Semasa di dalam pantang, Cikgu Alice tinggal bersama keluarganya di bandar. Cikgu Tipah masih belum berkahwin dan apabila melihatkan keadaannya, Mami merasa kasihan. Dia mengajak Cikgu Tipah bertemu bomoh untuk supaya cepat mendapatkan jodoh. Semasa sedang mandi bunga, bomoh memberikan satu syarat. Cikgu Tipah harus menerima lamaran orang pertama yang masuk meminangnya dan Cikgu Tipah setuju dengan syaratnya tersebut. Suatu hari, Shah Rukh (lembu Muis) berkeliaran di sekitar rumah Cikgu Tipah. Muis terus jatuh cinta apabila melihat kelibat Cikgu Tipah. Setiap hari dia menyuruh lembunya ke rumah Cikgu Tipah agar dia mempunyai alasan untuk ke sana. Hari demi hari Cikgu Tipah pun turut jatuh hati kepada Muis. Tetapi malangnya seorang posmen di dalam kampung tersebut telah masuk meminangnya dulu. Cikgu Tipah merasa serba salah mahu menolak pinangannya kerana takut terlanggar pantang. Apakah kesudahan cinta Cikgu Tipah dan Muis ini?
Pelakon : Sheila Rusly, Kartina Aziz, Radhi Khalid, Jalil Hamid, Zaidi Omar, Hamidah Wahab
Selimut Putih (16 Mei 2008)
Drama ini mengisahlan penderitaan seorang ibu yang diabaikan oleh anaknya kerana hasutan menantu. Mak Teh tinggal di belakang rumah anaknya, Najib dan hubungannya bersama menantunya, Mona tidak baik. Najib dan Mona berjanji hendak membawa Mak Teh tinggal sebumbung dengannya sebelum mendapat tanah arwah bapanya, tetapi mereka telah mungkir I janji tersebut. Manakala Mak Nona juga mengalami nasib yang sama dengan Mak Teh yang dihalau dari rumah oleh anak perempuannya, Minah. Minah sanggup menghalau ibunya apabila Mak Non mengusir teman lelaki Minah, Usop yang membuat maksiat di rumahnya. Di dalam kesedihan, Mak Non pergi mengadu nasib di rumah Mak Teh. Mona berpura-pura berlaku baik dengan Mak Teh untuk mendapatkan rantai. Selepas mendapat apa yang diinginkannya dia menfitnah Mak Teh mengambil duitnya.
Pelakon : Norlia Ghani, Rusdy Ramli, Rita Rudaini, Noor Khiriah, Roslan Salleh, Zaidi Mohd Nor
Maafkan Aku Mama (23 Mei 2008)
Mengisahkan penyesalan seorang anak yang tidak dapat meminta maaf buat kali terakhir terhadap perbuatannya sebelum ibunya meninggal dunia. Aiman kehilangan bapanya semasa dia masih lagi kecil. Sue, ibu kepada Aiman berkahwin dengan Zarul setelah kematian suaminya, Malik. Perkahwinan itu bukanlah atas kehendak Sue tetapi di atas kehendak bapa mertuanya yang tidak mahu Aiman kehilangan rasa kasih sayang seorang ayah. Tetapi perkahwinan itu tidak direstui oleh Aiman. Sejak dari kejadian tersebut, Aiman merajuk dengan perbuatan ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Aiman mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama dengan atuknya. Aiman mempunyai adik beradik tiri bernama Zamarul dan Amirul. Mereka teramatlah dengki dengan kemewahan yang dimiliki oleh Aiman. Mereka juga selalu memarahi Sue kerana menyebelahi Aiman. Aiman membantu keluarganya dalam diam-diam tanpa diketahui oleh mereka. Pada suatu hari, berita tentang perkahwinan Aiman telah dihebahkan oleh seluruh penduduk kampung. Tetapi Aiman tidak menjemput ibunya. Sue berkecil hati terhadap perbuatan Aiman sehingga menyebabkan dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Aiman akhirnya menyesal dengan perbuatannya dan berbaik semula dengan Zamarul dan Amirul.
Pelakon : Hairi Othman, Azizah Mahzan, Jalil Hamid, Sabrina Ali
Kalam Cinta Rabiah (30 Mei 2008)
Datuk Johari masih mengharapkan supaya Rabiah berhenti sebagai jururawat dan menerima tawarannya bekerja di Nilam Holding sebagai Pengarah Projek. Namun, Rabiah tidak berganjak dari keputusannya. Rabiah berjaya memujuk Julia yang mempunyai anak luar nikah untuk terus belajar demi masa depannya. Datuk Johari yang kecewa dengan Rabiah sanggup menggugurkan nama Rabiah sebagai penerima harta warisannya. Di tempat kerjanya, Rabiah berkawan rapat dengan Zakuan. Zakuan mencadangkan Rabiah terima sahaja permintaan ayahnya. Rabiah tidak mahu Kamal mengambil kesempatan darinya. Datin Suliza mahu Rabiah mengalah kerana dia sayangkan kedua-duanya. Kamal membuat fitnah bahawa Rabiah mempunyai anak. Amir mahu penjelasan dari Rabiah. Selagi tak mendapat RM250,000 untuk bayar hutang, Kamal akan terus mengganggu Tasha. Rabiah masih berhubung dengan Prof Siti Nor iaitu kakak iparnya yang banyak mendorongnya dalam bidang kejururawatan. Datin Suliza dan Rabiah mahu Amir berbaik semula dengan isterinya demi anak-anaknya Adam dan Haris. Sebulan selepas berhenti, Rabiah berjaya memujuk Zakuan untuk menyertai syarikatnya. Rabiah mahu abangnya menerajui Nilam Holding dan membantunya untuk menubuhkan Kolej Kejururawatan yang diidamkannya.
Pelakon: Wardina Saffiyah, Zamarul Hisham, Benji, Faizal Hussein, Dian P Ramlee, Hafizzuddi , Fiza
PESONA 3, AHAD, 2.00 PETANG
Janda Meletop (11 Mei 2008)
Rosnah ialah seorang janda muda yang tinggal di sebuah kampung. Semenjak dia menjadi janda, ramai orang tergila-gila padanya termasuk seorang pemuda kampung itu yang bernama Kamil. Kamil meminta pertolongan dari seorang bomoh dan bomoh itu juga ada menaruh hati pada Rosnah. Kamil beranikan dirinya untuk berjumpa dengan Rosnah dan mencurahkan perasaan hatinya. Ternyata Kamil tidak bertepuk sebelah tangan. Tidak lama selepas itu Encik Samad dan isterinya dari Kuala Lumpur datang ke kampung itu untuk mencari pembantu rumah. Setelah berbincang dengan bapa saudara Rosnah, Rosnah bersetuju untuk bekerja di rumah Encik Samad. Ini membuat Kamil berasa sedih dan mengambil keputusan pergi ke Kuala Lumpur untuk menemui Rosnah. Pada suatu hari, Encik Samad telah diculik oleh sekumpulan gangster dan meminta wang tebusan dari isterinya. Rosnah dengan pertolongan Kamil berjaya mengesan tempat persembunyian mereka dan berjaya menyelamatkan majikannya. Akhirnya Rosnah dan Kamil berkahwin. Sebuah cerita masyarakat bercorak komedi.
Pelakon : Salleh Yaacob, Rozie Rashid, Zami Ismail, Norlia Ramli, Yahya Sulong, Rosnah Mat Aris, Acappan
Driving School (18 Mei 2008)
Helmi bekerja sebagai instruktor yang berdedikasi di sebuah sekolah memandu. Sally, seorang pengurus club, mendaftar di sekolah memandu tersebut dan mendapat Helmi sebagai instruktornya. Bos di sekolah memandu itu mempunyai perasaan terhadap Sally dan menawarkan jawatan sebagai setiausaha sulit kepada Sally.
Pelakon : Azmil Mustapha, Ziela Jalil , Julia Rais, Yusoff Haslam , Yusni Jaafar, Imuda, Julie Dahlan, Raja Nor Baizura
Keluarga Comat (25 Mei 2008)
Comat tinggal dengan bapanya yang membuka perniagaan membaiki kereta. Pada suatu hari, Borhan menghantar keretanya ke bengkel bapa Comat untuk dibaiki. Di sana Borhan bertemu Comat dan mencadangkan kepada bapa Comat supaya membawa anaknya ke Kuala Lumpur kerana Borhan berminat menjadikan Comat seorang penghibur. Di Kuala Lumpur, pelbagai perkara lucu berlaku.
Pelakon : Aziz Sattar, Ibrahim Pendek, Junaidah M Amin , S Shamsuddin, Deddy M Borhan
[tags]agent 007, aston martin, auto, bmw, Aziz Sattar, Ibrahim Pendek, Junaidah M Amin , S Shamsuddin, Deddy M Borhan, biggest, blogger, bloggers, coolest, engadget, gadgets, geek, gizmo, hi-tech, it, liew cf, problogger, smallest, strangest, stuff, tech blog, technology, unusual, weirdest, world, bonds girl, car, Dilla, teknologi, kecantikan,wanita, vitamin c, plasenta, sihat, casino royale, cool, drift, exotic, fast, ford mustang, furious, gallery, image, james bond, lotus esprit, photo, sex, sexy girl[/tags]