in

Drama Melukut Yang Ganteng Lakonan Haliza Misbum, Jehan Miskin

DRAMA MELUKUT YANG GANTENG PAPAR KISAH IMPIAN BERGELAR EDITOR MALAJAH DI TV2

Azman adalah lulusan Ijazah Sarjan Muda Media Massa. Dia terlalu bercita-cita untuk menjadi seorang editor di salah sebuah majalah atau akhbar yang berpengaruh di negara ini. Satu hari dia dikejutkan dengan sepucuk surat dari Media Karisma, sebuah syarikat media cetak gergasi yang menerbitkan pelbagai majalah dan akhbar berpengaruh di negara ini.

Tetapi malangnya jawatan yang ditawarkan bukanlah dalam bidang kewartawanan atau penulisan yang diminatinya. Jawatan yang ditawarkan kepadanya adalah pembantu peribadi kepada Pengarang Eksekutif di situ bernama Wanda Hashim. Lalu apakah yang akan berlaku seterusnya apabila Azman memutuskan untuk menerima jawatan tersebut? Plot drama menarik ini mewarnai Melukut Yang Ganteng pada 14 Julai 2010 (Rabu), jam 1.30 petang menerusi slot Sutera On 2 di TV2.

Drama lakonan Haliza Misbun, Jehan Miskin, Mustapha Kamal, Abby Abadi dan Julia Zigler ini bermula dengan watak Azman yang dipegang Jehan Miskin mula memasang angan untuk menjadi editor majalah. Namun tiba-tiba tawaran yang tiba mahukannya menjadi pembantu peribadi.

Keseronokan menjadi pembantu peribadi Wanda Hashim begitu sementara sifatnya. Kerenah Wanda begitu ekstrim kerana pembantu peribadi silih berganti sejak 5 tahun lalu. Malah masing-masing hanya bertahan paling lama sebulan bekerja di bawahnya.

Waktu kerja Azman juga tidak seperti pekerja yang lain. Selagi Wanda masih celik mata selagi itulah Azman perlu bersedia berkhidmat untuknya. Dari tugas tugas pejabat sehingga tugas tugas peribadi Wanda Hashim perlu dilunaskan oleh Azman dengan cemerlang dan tepat.

Wanda Hashim pada zahirnya seorang wanita yang amat disegani oleh seluruh kaum wanita. Namun pada hakikatnya dia seorang wanita yang kesunyian. Kesibukan antara dia dan suaminya Hashim seorang pemilik syarikat hartanah antarabangsa membuatkan hidup mereka terpisah dek tugas. Banyak masa Hashim dihabiskan di luar rumah dan luar negara dan membataskan masa mereka untuk bersama. Hanya anak-anak mereka, Karisa dan Que Harie permata hati Wanda yang tidak ternilai. Mereka dilimpahi dengan kesenangan material dan peluang pendidikan yang lengkap. Sedangkan mereka begitu dahagakan perhatian dari ayah mereka.

Pada masa sama, satu insiden berlaku apabila Azman terdengar perbualan sulit antara Hashim dengan seorang wanita lain yang begitu romantis bunyinya. Azman merujuk kepada pembantu rumah Wanda yang kemudiannya mengaku dia selalu mendengar perbualan mesra Hashim dengan wanita lain. Namun dia takut untuk campur tangan.

Azman tidak berlengah lagi, dia segera memberitahu Wanda tentang tembelang Hashim. Wanda naik darah, dia tidak boleh menerima berita yang akan memalukan diri dan reputasinya sebagai wanita contoh. Akhirnya dia memecat Azman kerana dia juga tahu Azman punya perasaan terhadapnya. Dia menuduh Azman memfitnah Hashim hanya opotunis dengan cita citanya menjadi editor di situ.

Akhirnya Wanda sendiri pergi ke rumah wanita tersebut setelah Azman menghantar SMS kepada Wanda. Dia tahu dan faham kini Azman benar benar ikhlas padanya. Justeru saksikan kesudahan Melukut Yang Ganteng pada 14 Julai 2010 (Rabu), jam 1.30 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pengacara Duduk Tak Senonoh

Private Whizz Lancar Album Kepong Garden Setiawangsa City