in

Drama Maruah Lakonan Adam Shah

Membariskan pelakon handalan tanah air Wan Maimunah, Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Fadhil Dani, Datuk Zulkifli Zain dan Rahim Omar selain dibantu oleh wajah-wajah baru yang berbakat seperti Adam Shah, Fatin Afeefa dan Zeema Din, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot popular Panggung RTM dengan sebuah drama ‘berat’ bertajuk “Maruah” menerusi saluran TV1.

Slot Panggung RTM Khas Menjelang Aidilfitri : Drama “Maruah” Terbitan Unit Drama TV RTM Di TV1

Mengangkat persoalan utama simbolik ‘maruah’ dalam memperjuangkan sawah dan harta pusaka yang ingin digadaikan oleh sebahagian pihak yang berkepentingan semata, drama arahan Adie Aziz yang dihasilkan naskhah skripnya oleh A.Wahab Hamzah yang menemui penonton pada 30 Julai ini, pukul 9.00 malam pastinya turut membuka mata sebahagian besar daripada masyarakat kita tentang bermulanya kemajuan negara kita yang pada mulanya sukar diterima.

“Maruah” berkongsi kisah tentang kekuatan dan semangat mempertahankan sawah pusaka dari hanyut dalam arus kerakusan sebilangan orang. Kisah ini nyata bakal mengembalikan kekitaan kita kepada sawah dan tanah pusaka, perjuangan yang sekian lama dilupakan kerana arus pembangunan yang semakin rakus menelan apa yang sekian lama diwarisi.

Ia berlatarkan situasi yang berlaku di Kampung Kertau yang terletak di kawasan penanaman padi di sebuah negeri di Utara. Bersawah merupakan kerja tradisi di kampung itu dan sebahagian penduduknya memilih untuk membanting tulang mengusahakan sawah.

Namun konflik mula timbul dengan wujudnya usul projek pembangunan komersil yang dicadangkan oleh sebuah syarikat pemaju yang mendakwa telah disetujui kerajaan. Situasi itu telah menimbulkan pelbagai masalah baru di kalangan penduduk kampung.

Hijrah, Azmi dan Cah merupakan individu yang paling kuat menentang keras cadangan tersebut yang digerakkan oleh Pak Long Derani pengerusi JKKK Kampung Kertau. Malanganya akibat penentangan tersebut, Hijrah telah ditahan polis atas tuduhan tindakannya cuba mengugut dan mengancam keras pekerja syarikat. Hijrah juga terpaksa berdepan dengan abangnya, Sulaiman yang nyata memihak kepada Derani dan syarikat pemaju. Nyata Sulaiman hanya mengimpikan wang dan keuntungan yang bakal diperolehi hingga menyebabkan hubungan mereka adik-beradik mulai retak dan berpecah-belah.

Peristiwa dalam cerita ini berlaku di hujung tahun 1980-an dan baru mahu memasuki era 90-an. Ketika itu juga kereta Proton Saga baru dikeluarkan dan mempunyai kereta itu menjadi kebanggaan dan memberikan taraf baru kepada pemiliknya. Telefon bimbit pula masih belum digunakan.

Kemajuan baru hendak menjengah Kampung Kertau, tetapi sebahagian penduduk masih belum terbuka minda dengan pembangunan dari luar.

Tetapi mereka semua mempunyai kekuatan dan semangat mempertahankan sawah pusaka dari hanyut dalam arus kerakusan sebilangan orang. Kisah ini akan mengembalikan kekitaan kita kepada sawah dan tanah pusaka, perjuangan yang sekian lama dilupakan kerana arus pembangunan yang semakin rakus menelan apa yang sekian lama diwarisi.

Adakah kemenangan berpihak kepada mereka yang berjuang semata-mata atas dasar menjunjung maruah? Atau pun pihak syarikat berjaya mendapatkan hak meneruskan projek pembangunan seperti yang dirancangkan?

Saksikan lakonan hebat Wan Maimunah Aziz sebagai Mak Cah, Wan Hanafi Su (Pak Azmi), Adam Shah (Hijrah), Fatin Afeefa (Habibah), Zamarul Hisham (Sulaiman), Fadhil Dani (Hj Zakaria), Datuk Zulkifli Zain (Pak Kassim), Rahim Omar (Pak Derani) dan Zeema Din (Suraya) terbitan Unit Drama TV RTM ini khas menjelang Aidilfitri hanya di TV1.

Wan Maimunah pegang watak Chah

Adam Shah pegang watak Hijrah

fateen Afifa ... turut membantu

pelakon utama drama ini

Wan Maimunah bergandingan dengan Adam Shah pegang watak utama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video & Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Universal Music

Mila Jirin & Atilia Kongsi Tips Cantik di Aidilfitri