LUCKY BOWL Drama Tahun Baru Cina hebat Saluran Ceria Anda menampilkan para pelakon terkenal
ntv7 memang terkenal dan telah terbukti secara konsisten menghasilkan drama telemovie blokbuster sempena Tahun Baru Cina. Malah kesemua drama yang diterbitkan sejak beberapa tahun lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kini sebuah lagi drama hebat menanti para penonton buat tahun 2013 yang bakal tiba.
[pullquote align=”right”]ntv7 dengan bangganya membawakan telemovie Tahun Baru Cina Lucky Bowl yang dibintangi oleh para pelakon terkenal seperti Adrian Tan, Karena Teo, Leslie Chai, Debbie Goh, Frederick Lee, Lim Ching Miau, Ong Ai Leng, Aenie Wong, Jack Yap, Jan Chin, Kyo Chen, dan Lawrence Wong.[/pullquote]
Saluran Ceria Anda yang berjaya mendapat kedudukan no.1 untuk Rancangan TV yang Paling Ditonton ketika Tahun Baru Cina tahun ini serta mendapat respon baik daripada penonton mengambil langkah yang lebih besar dengan memperkembangkan lagi jalan ceritanya kali ini.
[dropcap]T[/dropcap]elemovie Lucky Bowl itu akan disiarkan selama dua hari yang mencakupi keseluruhan bahagian drama itu pada 10 dan 11 Februari 2013 – yang juga merupakan hari pertama dan kedua hari perayaan tersebut. Peminat drama tempatan pastinya gembira mendengar berita ini kerana mereka berpeluang menonton para pelakon idola mereka dengan lebih lama selama dua jam buat kedua-dua hari bermula jam 8.30 malam.
Penonton pastinya bakal terpaku dengan sentuhan pengarah Kethsvin Chee yang bakal membawakan jalan cerita menarik dan sinematografi yang mengagumkan apatah lagi dengan keselesaan menontonnya di rumah anda sendiri. Lucky Bowl ditaja oleh Yeo’s dan disokong oleh stesen radio one FM membawakan kisah dramatik yang menghidupkan watak-watak dongeng zaman dahulu kala ke alam nyata.
[pullquote]Ini merupakan salah sebuah telemovie yang bakal mengetengahkan elemen fantasi yang kuat, cinta dan komedi yang bakal memberikan pengalaman baru buat para penonton.[/pullquote]
Penggambaran yang dilakukan di Tanjung Karang merupakan tempat yang terkenal dengan aktiviti memancing dan kawasan jelapang padi. Kisah bermula dengan watak Shen Tang Tang lakonan Debbie Goh, seorang tuan tanah wanita yang mementingkan diri dan kedekut dan memiliki sebuah pangsapuri yang disewakannya kepada Ah Hun (Adrian Tan) yang tinggal bersama ayahnya. Tang Tang amat bertuah kerana memiliki mangkuk bertuah ajaib yang diwarisi oleh nenek moyangnya di mana setiap apa yang diletakkan di dalam mangkuk itu akan berganda. Tidak menyedari akan keajaiban mangkuk itu, Tang Tang tidak mengendahkan mangkuk yang dianggapnya sudah berkarat dan menjualnya kepada ayah Ah Hun – Pak Cik Lao Tao – yang merupakan seorang pengutip sampah.
Pada suatu hari, Ah Hun dipecat dan kegagalan mereka melunaskan duit sewa menyebabkan mereka diusir keluar oleh Tang Tang. Rasa dimalukan, Ah Hun bersumpah untuk menjadi seorang hartawan suatu hari nanti. Sementara itu, jiran Ah Hun, Ah Tian (Frederick Lee) merupakan seorang pelakon yang kurang dikenali mengalami masalah merundum dalam kerjayanya.
Dia berharap dengan pembedahan plastik yang dilakukannya mamp u meningkatkan tawaran sebagai teraju utama di dalam dunia lakonan. Bagi mendapatkan sumber kewangan, Ah Tian mempergunakan Tang Tang yang terdesak dan keseorangan.
Tang Tang bukan sahaja bakal mendapat ancaman daripada Ah Tian malah saudara-maranya – adik-beradik Ke (lakonan Lim Ching Miau, Aenie Wong, dan Lawrence Wong) – yang ingin mendapatkan mangkuk ajaib milik Tang Tang. Ketika Tahun Baru Cina, adik-beradik ini mengambil kesempatan untuk melawat Tang Tang dengan rancangan jahat mereka. Walaubagaimanapun, niat jahat mereka berjaya dihidu Tang Tang.
Ah Hun yang cuba menyelamatkan keadaan adik beradik Ke berjaya menemukan rahsia mangkuk bertuah itu dan amat teruja mengetahui mangkuk itu kini di dalam tangan ayahnya. Melihat keajaiban itu, Ah Hun berharap dapat mengejar cita-citanya untuk menjadi kaya-raya. Adik-beradik Ke yang mengetahui rancangannya menyebabkan Ah Hun terpaksa melarikan diri.
Di dalam bahagian kedua telemovie itu, jalan cerita diteruskan dan ditumpukan kepada sepasang pasangan dewa yang sedang bercinta – Jiang Lang (Leslie Chai) dan Meng Po (Ong Ai Leng) – yang tinggal di sebuah pondok gunung di syurga. Jiang Lang merupakan penulis beribu kisah rakyat termasuklah kisah “Lucky Bowl” yang melibatkan Tang Tang, Ah Hun dan adik-beradik Ke.
Ketika malam Tahun Baru Cina, adik perempuan Meng Po, Meng Xiao Mei (lakonan Jan Chin) membacakan kisah sambungan “Lucky Bowl” kepada Jiang Lang dan terperanjat mengetahui kisah itu ditulis tanpa kebenarannya. Marah dengan tindakan adik iparnya itu, Jiang Lang mengubah penamat cerita itu. Jiang Lang menetapkan Ah Hun mati dilanggar kereta dan mati di tempat kejadian. Baginya, kesudahan cerita itu sesuai dengan peraturan kisah rakyatnya – karma – apa yang berlaku pasti akan dibalas semula dengan setimpalnya. Dalam masa yang sama, Xiao Mei yang gagal menghentikan perubahan itu melihat watak protaganisya sedang menemui pengakhiran hidupnya.
Sementara itu, Ah Hun yang sebenarnya merupakan salah satu watak dalam cerita rakyat itu terpaksa meneruskan kisah hidupnya seperti yang ditulis Jiang Lang dan Xiao Mei. Takdir menemukan Ah Hun dan seekor tikus emas yang boleh berkata-kata, Jin Shu (Karena Teo) yang mengubah hidupnya. Ah Hun kini mengetahui kisah hidupnya dicipta dari dunia dewa. Tidak rela hidupnya dikawal, Ah Hun memasuki dunia dewa dan cuba merampas halaman yang terdapat di dalam buku tersebut yang mengandungi hayat hidupnya. Dalam cubaannya untuk mengoyakkkan halaman buku itu, Jin Shu menyedari bahawa tindakannya akan memusnahkan segalanya dan membunuh kesemua watak yang berada di dalam buku tersebut.
Ah Hun yang berkeras untuk mengawal sendiri hidupnya berazam untuk meneruskan takdir dan nasib di dalam tangannya sendiri. Dengan keputusan yang di ambilnya. Apakah yang bakal terjadi kepada Ah Hun dan watak-watak yang lain?
Cik Airin Zainul, Pengurus Besar kumpulan ntv7 & 8TV berkata:
“Lucky Bowl sememangnya merupakan telemovie Tahun Baru Cina yang harus ditonton yang dibawakan khas oleh ntv7 yang sering menerima rating yang amat baik ketika sambutan Tahun Baru Cina. Kami amat percaya Lucky Bowl bakal menerima kejayaan sama yang telah kami kecapi sejak dua tahun lalu apabila kami memperkenalkan rancangan Tahun Baru Cina hasil produksi tempatan di mana penonton bakal menonton kandungan yang berkualiti dengan keselesaan di rumah mereka sendiri.”
“Dengan barisan pelakon Cina terkenal dan jalan cerita yang menarik, kami yakin Lucky Bowl akan mendapat sambutan baik ketika disiarkan semasa hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina. Kami berharap seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan sendiri hasil produksi hebat ini dan perkembangan terhadap industri hiburan melalui telemovie ini.”
Saksikan Lucky Bowl di ntv7 yang bakal menemui anda pada 10 dan 11 Februari ini, jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.
Penerbit Eksekutif: Felix Tan
Pengarah: Kethsvin Chee
Tarikh siaran: 10 & 11 Februari 2013, 8.30 malam
Durasi: 2 jam + 2 jam
Rumah produksi: Dreamteam Studio
Penaja: Yeo’s
Radio rasmi: one FM