in , ,

Sentimen Kekeluargaan Dan Erti Pengorbanan Jadi Nadi Dalam ‘Lockdown 2’

Drama bersiri ‘Lockdown 2’ yakni terbitan U2 Media Sdn Bhd memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi cabaran-cabaran selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan setiap manusia.

Drama terkini keluaran Astro Ria ini merupakan kesinambungan daripada musim pertama yang mengimbau kembali kesusahan serta pengorbanan barisan ‘Frontliners’ dalam usaha menghentikan penularan wabak ini.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza. Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang perlu menghadapi cabaran disebabkan kerenah anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata sepanjang pandemik berlaku serta keadaan ibunya yang sudah larut usia. 

DRAMA LOCKDOWN 2

Penceritaan drama ini disambung pula dengan kisah pengorbanan sebuah pasangan suami isteri, Fitrah dan Ramadhan yang bertugas sebagai frontliner ketika pandemik.

Dengan peningkatan kes-kes Covid-19, Fitrah dan Ramadhan perlu menghadapi cabaran apabila kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang dijangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah sendiri. Keadaan menjadi lebih serius apabila Fitrah yang juga sedang hamil dijangkiti wabak ini sehingga meragut nyawanya. 

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi, seorang peniaga yang mementingkan diri hanya untuk keuntungan dirinya sendiri. Radhi telah dijangkiti  Covid-19 tetapi dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya. Malah, dia masih pergi ke pasar malam untuk berniaga dan berjumpa dengan ‘Reseller’.

DRAMA LOCKDOWN 2

Oleh kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab, rakan seniaganya, Kamarul juga dijangkiti wabak ini. 

Kamarul menjaga SOP dengan ketat walaupun berkuarantin di rumah kerana tidak mahu berjauhan dengan isterinya yang sarat mengandung. Namun, takdir tidak dapat diubah apabila ia akhirnya membawa kematian kepada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu lagi. 

Drama yang penuh dengan pengisian kisah benar ini mengangkat nama-nama barisan pelakon yang hebat seperti Janna Nick sebagai Lola, Rozita Che Wan sebagai Kak Sal, Shera Aiyob sebagai Fitrah, Zahiril Adzim sebagai Ramadhan dan Amerul Affendi sebagai Kamarul yang mampu membuka mata masyarakat tentang usaha pihak frontliners kita yang sudah bersusah-payah menyelamatkan negara.  

Drama ‘Lockdown 2’ ini merupakan arahan sutradara yang berbakat besar, Izuan Mokhtar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Mimi Ernida, Wan Maimunah, Dini Schatzmann, Zulaika Zary dan Sabhi Saddi. 

Drama ‘Lockdown 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 11.00 malam bermula 6 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Norzeha Mohd Salleh

Pengurus Saluran Astro Ria

“Selepas negara kita dilanda wabak Covid-19, pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat kita. Sebagai sebuah platform yang ditontoni semua, kami ingin membawa kandungan yang mampu membuka mata semua rakyat tentang isu-isu yang dihadapi bukan sahaja kepada sebuah keluarga, tetapi juga kepada mereka yang berada di barisan hadapan yang menjaga keselamatan kita semua. 

Penceritaan drama ini diambil daripada kisah benar yang berlaku kepada masyarakat kita. Menerusi drama ini, kami berharap agar para penonton menghargai pengorbanan-pengorbanan mereka yang penat lelah mengawal penularan wabak Covid-19. Malah tatkala kita berada di rumah bagi menghentikan penularan wabak ini, ada yang masih berjuang untuk terus hidup. 

Selain itu, drama ini memaparkan situasi-situasi yang berbeza dengan memberi penekanan terhadap setiap pihak yang mengharungi pandemik ini. Ada yang berjuang untuk keselamatan keluarga, ada yang hilang punca mata pencarian, ada juga yang terkesan dengan kehilangan ahli keluarga dan sebagainya. 

Keaslian yang ditunjukkan oleh pengarah serta penerbit harus diberikan pujian kerana mampu membangkitkan rasa tanggungjawab dan rasa cinta terhadap negara serta masyarakat di kalangan penonton. Inilah antara mesej yang kami ingin terapkan dalam drama ini. 

Kisah yang menarik hati inilah yang kami ingin jadikan paparan untuk para penonton di platform kami. Dengan penceritaannya yang penuh dengan nilai-nilai murni, kami berharap agar para penonton lebih menyedari akan usaha-usaha yang dimainkan oleh pelbagai pihak untuk keselamatan dan keharmonian negara kita.” 

DRAMA LOCKDOWN 2

Pengarah Drama ‘Lockdown 2’

Izuan Moktar

“Dalam negara dilanda wabak Covid-19 pada akhir tahun 2019, ramai orang terkesan dengan impak-impaknya sehingga meragut nyawa orang yang tersayang. Penerbitan drama ini adalah salah satu usaha saya untuk membuat negara sedar akan pengorbanan-pengorbanan mereka yang telah terkesan dan juga mereka yang bersusah-payah ingin menghentikan penularannya. 

Antara cabaran dalam menghasilkan drama ini adalah apabila saya dan ahli produksi bekerja di dalam keadaan pandemik. Kami semua perlu patuhi pelbagai prosedur sehingga membuatkan kerja-kerja kami di dalam kawalan yang ketat dan terhad. Namun, saya sangat bersyukur kerana sepanjang kami bekerja, tiada seorang pun yang dijangkiti wabak merbahaya ini sehingga selesai penggambaran.

Selain itu, saya juga bersyukur apabila dapat bekerja dengan semua pelakon-pelakon yang hebat. Penceritaan drama ini sangat serius tetapi mereka semua memberi komitmen yang penuh dan menghidupkan setiap watak yang diberi dengan baik, lantas ia lebih memudahkan perjalanan penggambaran drama ini. 

Penceritaan ‘Lockdown 2’ juga adalah berbeza dengan ‘Lockdown 1’ kerana untuk episod-episod kali ini, kami bukan sahaja menonjolkan apa yang masyarakat kita telah lalui di sepanjang lockdown, malah kami juga menceritakan pengorbanan setiap frontliners yang terpaksa dihadapi ketika waktu-waktu getir. Oleh itu, penceritaannya kali ini penuh dengan pengajaran. Saya juga banyak mengetengahkan setiap perkara yang disarankan oleh kerajaan kita pada rakyat Malaysia agar rakyat Malaysia lebih sedar bahawa semua yang disarankan sebenarnya banyak kebaikannya kepada kita. 

Drama ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua bahawa dalam negara kita sedang pulih, banyak pengorbanan-pengorbanan yang kita tidak mengetahuhi. Saya sarankan agar semua yang tonton drama ini untuk patuhlah dengan segala SOP yang telah ditetapkan walaupun kita sudah berganjak ke fasa endemik kerana nyawa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Banyak yang saya pelajari daripada bekerja di dalam keadaan pandemik ini kerana kita terpaksa bekerja dalam skala yang kecil dan terhad demi mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak ini. Jadi, saya berharap penonton juga dapat belajar untuk menyesuaikan diri dengan menjadi lebih berdisiplin serta sentiasa mengambil berat terhadap orang sekeliling kita. Marilah kita bersama-sama membantu frontliners menghentikan penularan wabak ini supaya negara dapat pulih seperti sebelum ini.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘LOCKDOWN 2’: 

Penggambaran drama ini dilakukan selama dua bulan, daripada awal Disember 2021 hingga Januari 2022 di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. 

Drama ini mempunyai gabungan ramai barisan pelakon-pelakon berbakat dan popular seperti Rozita Che Wan, Janna Nick dan Zahiril Adzim. 

Penceritaan drama ini mengimbau kembali susah payah masyarakat menghadapi dugaan pandemik Covid-19.

Membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai usaha dan pengorbanan ‘Frontliners’.

Pengisian drama yang berbeza dengan Lockdown 1 di mana kali ini lebih banyak mempamerkan pengorbanan-pengorbanan ‘Frontliners’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Setiap kisah yang diceritakan oleh watak-watak dalam drama ini penuh dengan pengajaran yang ingin disampaikan. 

Skrip ‘Lockdown 2’ ditulis oleh pengarah hebat, Erma Fatima. 

DRAMA LOCKDOWN 2

PECAHAN WATAK DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

Janna Nick sebagai Lola  

Rozita Che Wan sebagai Kak Sal

Shera Aiyob sebagai Fitrah

Zahiril Adzim sebagai Ramadhan

Amerul Affendi sebagai Kamarul

Mimi Ernida sebagai Mariam

Wan Maimunah sebagai Tok Ma

Dini Schatzmann sebagai Kimie

Zulaika Zary sebagai Akila

Sabhi Saddi sebagai Hadi

Rosdeen Suboh sebagai Radhi

Ellie Suriaty Omar sebagai Lisa

LOGLINE DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

Mengisahkan tentang kelangsungan hidup masyarakat tempatan selama dilanda pandemik Covid-19  dan impak yang dihadapi oleh mereka selama di dalam kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang sengsara tiada pekerjaan, hilang punca mata pencarian, stres, hilang ahli keluarga dan sebagainya.

SINOPSIS DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

Drama ini mengisahkan kisah Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua. 

Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif Covid. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.  

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Karim Nafi Desas Desus Sudah Nikah Dengan Datuk Z

Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung, Ini Keadaan Terkini Beliau