in , ,

Drama Korea ‘Something In The Rain’, Kisah Perasaan Cinta Tak Kenal Jarak Usia Di TV2

Dalam kebanyakan komuniti Asia, jika anda tidak berkahwin pada usia tertentu, ibu bapa anda menganggapnya sebagai kegagalan peribadi. Lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita.

Mereka akan berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik dan sesuai menurut pandangan mata mereka. Selain itu, bagi golongan yang dibesarkan tanpa kehadiran ibu ayah juga tidak dianggap sebagai calon yang sesuai untuk berkahwin. 

Menerusia drama bersiri Korea, “Something In The Rain” yang menemui penonton mulai 3 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.00 malam di TV2, pengarah Ahn Pan-seok mengetengahkan isu yang pastinya dekat di hati penonton dan dalam kalangan masyarakat kita.

Drama Korea 'Something In The Rain', Kisah Perasaan Cinta Tak Kenal Jarak Usia Di TV2

Menampilkan gandingan pelakon utama Jung Hae‑in, Son Ye‑jin, Joo Min Kyung dan Jeong Yoo‑jin, kisah kekeluargaan dan percintaan ini bermula dengan memperkenalkan watak utama iaitu Yoon Jin Ah merupakan seorang gadis yang sudah berumur tetapi masih belum berkahwin. Kekasihnya, Lee Gyu Min meninggalkannya dengan alasan dirinya seorang yang membosankan. Rupa-rupanya Lee Gyu Min merupakan seorang ‘playboy’. 

Kerana marah, Yoon Jin Ah merancang untuk memisahkan Lee Gyu Min dengan kekasih barunya dan dia berjaya. Lee Gyu Min kemudiannya cuba untuk kembali bersama dengan Yoon Jin Ah namun tidak diterima. 

Perkara tersebut membuatkan Lee Gyu Min menjadi obses terhadap Yoon Jin Ah dan mula mengganggunya. Yoon Jin Ah yang bekerja sebagai Supervisor di sebuah syarikat kopi turut berdepan dengan masalah di tempat kerja. 

Drama Korea 'Something In The Rain', Kisah Perasaan Cinta Tak Kenal Jarak Usia Di TV2

Hidup Yoon Jin Ah mula berubah dengan kehadiran Seo Joon Hee yang merupakan adik kawan baiknya, Seo Kyung Soon yang baru saja pulang dari luar negara. Yoo Jin Ah telah lama mengenali Seo Joon Hee dan menganggapnya seperti adiknya sendiri. Ibu bapa Yoon Jin Ah juga turut menganggap Seo Joon Hee dan kakaknya seperti keluarga. 

Walaubagaimanapun selepas pulang dari luar negara, Yoon Jin Ah mendapati Seo Joon Hee sudah banyak berubah. Dia kini lebih kacak dan matang berbanding dulu. Rupa – rupanya Seo Joon Hee juga telah lama menaruh hati kepada Yoon Jin Ah. 

Maka bermulah episod cinta mereka berdua. Namun, semuanya tidak mudah. Jarak umur antara mereka menjadi halangan utama. Adakah bahagia menjadi milik mereka? ikuti kesudahannya di TV2.    

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HUAWEI Super Device Fiesta

MARGOSA

Lagu Finalis AJL36 Pernah ‘Ditumpaskan’ Oleh Margosa? Ini Sebenarnya Yang Berlaku…