Slot Best of the East
Isnin – Jumaat @ 8:30PM – 9:30PM
Tarikh Siaran: 28 APRIL – 27 MEI 2008
Berita gembira bagi peminat drama Korea apabila 8TV membawakan kepada anda sebuah lagi drama bersiri Korea hebat bertajuk Oh Su Jung Vs Karl di dalam slot Best of the East. Oh Su Jung Vs Karl akan mula ditayangkan di 8TV pada 28 April 2008 jam 8.30 malam.
Diarahkan oleh Park Hyeong-Gi, siri drama komedi romantik Korea ini menampilkan para pelakon yang hebat dan berbakat seperti Oh Ji Ho (yang pernah membintangi siri My Wife is a Gangster 3), Uhm Jung-Hwa (Changing Partners) dan juga Kang Sung-Jin (One Fine Day).
Pengurus Besar Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim:
“Oh Su Jung Vs Karl merupakan sebuah siri drama yang pastinya akan membuat para peminat dan penonton tidak kering gusi. Ianya sesuatu yang melucukan apabila melihat seorang wanita yang kadangkala membuat permintaan yang tidak masuk akal dan bagaimana seorang lelaki sanggup melakukan apa saja demi wanita yang dicintainya. Tetapi untuk membuatkan sesebuah hubungan cinta berjaya, sikap tolak ansur perlu ada dalam diri masing-masing. Saya pasti ramai penonton dan peminat akan menyukai siri drama yang menarik ini.”
Sinopsis Drama Oh Su Jung Vs Karl
Sepanjang hidup Man Soo (lakonan Oh Ji Ho) dia hanya jatuh cinta pada seorang gadis yang juga merupakan teman sepermainannya iaitu Su Jung (lakonan Uhm Jung-Hwa). Setelah bertahun-tahun mencuba tanpa mengenal putus asa memikat hati Su Jung, akhirnya dia berjaya membuatkan Su Jung bersetuju mengahwininya.
Bagaimanapun segala usaha untuk memikat hati Su Jung sewaktu di sekolah dan kini bakal menjadi isterinya tidak pernah mudah untuk dilakukan. Sewaktu di sekolah menengah, Man-soo merupakan seorang pemain golf yang mana dia turut bercita-cita menjadi seorang pemain golf profesional.
Tetapi demi menggembirakan hati Su Jung, Man-Soo tekad melupakan cita-citanya dan mengejar impian yang dicipta Su Jung untuk dirinya iaitu menjadi seorang peguam dan diterima masuk ke sekolah perundangan di Universiti Nasional Seoul. Lima tahun berlalu dan Su Jung akhirnya bersetuju untuk mengahwini Man-Soo. Tetapi malangnya, pada hari perkahwinan mereka, Man-Soo mengetahui bahawa dia gagal dalam peperiksaan BAR. Man-Soo ingin merahsiakannya dari pengetahuan Su-Jung tetapi malangnya Su-jung telahpun mengetahuinya lebih awal dan bertindak membatalkan perkahwinan mereka.
Kini setelah lapan tahun berlalu, Su Jung yang berusia 34 tahun masih bujang dan masih bekerja sebagai pengurus di kedai barang kemas yang sama sewaktu dia mula bekerja. Cemburukan nasib teman-temannya yang berjaya mendapat suami yang kaya dan hidup senang-lenang, Su Jung menjadi seorang yang pendiam dan tidak gembira dengan hidupnya.
Walaubagaimanapun, tanpa di ketahuinya dia berjumpa semula dengan Man-soo yang sekarang ini menjadi pemain golf teratas dalam carta U.S PGA Tour.
Akan berjayakah Su Jung untuk mencairkan hati Man-soo semula setelah dikecewakannya dulu? Adakah Man-soo akan memaafkan Su Jung?
Untuk mengetahui kesudahan drama komedi romantik ini, jangan lupa untuk menonton 8TV dari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam bermula 28 April 2008. 8TV juga boleh ditonton disaluran 708 Astro.
[tags]drama korea, Oh Su Jung Vs Karl, 8tv, Best of the East, Park Hyeong-Gi, Oh Ji Ho, ainul aishah azizun, air asia, budak penang, harajuku girls, histeria, hotels in kuala lumpur, hotels in penang, jetstar, sex drama, line clear, manjalara 2, multimedia university malaysia, nana tanjung, pelajar mmu, skrip 70771, Uhm Jung-Hwa, synopsis drama[/tags]