in

Drama Komedi Cici & Roy Lakonan Fouziah Gous & Ungku Ismail

Pelakon cantik Fouziah Gous dikenali dengan watak-watak komedi mencuit hati yang bersahaja. Terbaharu Fouziah Gous muncul membintangi drama komedi bertajuk “Cici & Roy” yang menggandingkannya dengan pelakon Ungku Ismail Aziz sebagai watak utama di samping Arash Mohd, Zarina Zainuddin, Liza Zain dan Aisya Hasnaa.

aksi dalam drama ini

[pullquote]Drama Komedi Cici & Roy Lakonan Fouziah Gous Dan Ungku Ismail Hiburan Hujung Minggu Di TV1 arahan Haris Kadir ini bakal menemui penonton pada 16 Februari; pukul 10.00 pagi di TV1 ini berkongsi kisah bila mana kehendak orang tua jadi keutamaan si anak hingga mengetepikan kepentingan sendiri yang akhirnya menyuntik kebahagiaan kedua insan yang dijodohkan tersebut.[/pullquote]

Saksikan plot kisah watak Cici dan Roy dimana mereka kedua-duanya telah dikahwinkan secara paksa oleh kedua orang tua masing-masing atas alasan persahabatan kedua orang tua mereka yang terlalu erat. Cici merupakan seorang gadis yang gemarkan gaya hidup yang lasak dan mempunyai hobi membawa motorsikal berkuasa besar sementara Roy adalah eksekutif muda disebuah syarikat swasta yang sangat terkenal dengan ketegasannya dan mementingkan kesempurnaan dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak hairanlah sehingga kini, Roy masih lagi tidak berkahwin dan digelar bujang tua oleh kawan-kawan seangkatan dengannya sementara Cici yang sememangnya tidak lagi bersedia malah tidak pernah langsung terlintas difikirannya mengenai kehidupan berumah tangga.

Kedua perwatakan yang berbeza ini telah mengundang masalah besar kepada pasangan ini selepas mereka dikahwinkan dimana Cici dan Roy langsung tidak dapat menerima diri masing-masing sebagai pasangan suami isteri. Roy menganggap Cici adalah wanita yang tidak layak untuk menjadi isterinya berikutan sifat Cici yang kasar sementara Cici berpendapat dia adalah perempuan yang malang kerana berkahwin dengan Roy yang dianggap kolot, buruk dan membosankan.

Lantaran itu, perbezaan pendapat membuatkan mereka sering bertelagah sehingga menyebabkan kekecohan sering berlaku didalam rumah tersebut begitu juga dikawasan kediaman mereka. Setiap hari, pasti ada masalah yang ditimbulkan mereka sehingga membuatkan jiran-jiran tetangga pening kepala. Kak Lola yang tinggal berjiran dengan mereka adalah antara orang yang sering naik angin dan tidak suka terhadap pasangan ini yang dianggap telah menganggu kedamaian hidupnya. Setiap kali pergaduhan Cici dan Roy tercetus, pasti Kak Lola juga akan turut sama menambahkan kekecohan di situ.

Sekali lagi Cici dan Roy dikejutkan dengan ayah Roy, En Bront yang disahkan doktor mengidap penyakit kanser dan dijangka hayat hidupnya yang tidak lama membuatkan pasangan suami isteri ini bertambah tersepit. Ini kerana, En Bront telah membuat permintaan terakhirnya sebelum dia meninggal dunia iaitu untuk menimang cucu pertamanya. Memandangkan Roy adalah anak tunggal dan bapanya telah lama keseorangan, maka dia tidak mempunyai pilihan lain selain cuba untuk mengabulkan permintaan ayahnya yang dianggap gila. Cici juga yang telah dimaklumkan perkara itu bertambah tertekan namun ibu bapa Cici juga bersungguh mahu Cici menunaikan permintaan tersebut demi mereka.

Bermulalah episod memaparkan bagaimana Cici dan Roy yang terpaksa mengubah keadaan rumah tangga mereka dan menyelesaikan kemelut pada diri bagi semata-mata mahu menunaikan permintaan En Bront. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan konflik diri namun berlandaskan satu tujuan yang sama iaitu untuk memulihkan perasaan benci dan ego yang menebal didalam diri masing-masing. Pelbagai insiden lucu akan diselitkan dalam drama ini dan pastinya penonton akan terhibur melihat telatah dan kerenah kedua pasangan ini yang terpaksa mengharungi hidup demi membahagiakan orang lain.

Namun di akhir cerita, saat Cici disahkan mengandung dan Roy telah menjadi suami yang mithali terbongkar cerita bahawa sebenarnya En Bront tidak sakit dan laporan perubatannya telah tertukar dengan pesakit yang lain sewaktu dia ke klinik mendapatkan rawatan cirit birit.

Perkara ini telah membuatkan Cici dan Roy sakit hati namun akhirnya mereka mengakui mengenai perasaan cinta yang mula terbit pada hati masing-masing dan mereka telah merelakan. Sebaliknya, apa yang lebih mengharukan, sewaktu En Bront sering ke rumah Roy, dia dan Kak Lola telah berkenalan sekaligus menjalin hubungan dalam diam.

ungku ismail dan Fouzih Gous watak utama

antara babak

babak di cafe

babak drama ini

babak mencuit hati

babak drama ini 2

babak kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Mr. Peabody & Sherman

Ada Sebab Ajai Terpaksa Bedah Hidung