in

Drama Kancil Mana Pelanduk

Telemovie Khas Cuti Sekolah : Kancil Mana Pelanduk Kongsi Kisah Berlaku Dalam Kem Bina Semangat Di TV2

Bermulanya musim cuti sekolah maka banyaklah kem-kem bina semangat yang dibuka untuk menyalurkan motivasi kepada murid-murid sekolah sepanjang cuti penggal persekolahan ini. Pastinya ia cara terbaik bagi pihak ibu bapa membina kembali semangat, kekuatan emosi dan perilaku seseorang.

Perkhemahan bina semangat berupaya menghidupkan semangat terpendam di dalam diri pesertanya serta mengembalikan semangat dan keyakinan yang mungkin telah hilang. Ia juga berperanan untuk memberikan visi dan misi yang jelas kepada diri peserta tentang peranan, tanggungjawab serta persiapan menghadapi cabaran masa depan yang pelbagai.

aksi dalam Kancil Mana Pelanduk

Cuba membangkitkan semangat kepada murid sekolah yang bercadang mengikuti kem bina semangat cuti sekolah nanti, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 menyiarkan sebuah drama menarik bertajuk Kancil Mana Pelanduk pada 25 November 2011, jam 10.00 malam mengisi slot tontonan ramai, Citra.

Kisahnya berlatarkan lokasi berlaku pada watak Amran dan kawan-kawannya berlari merentasi pelbagai halangan yang disediakan di sebuah kem bina semangat. Ada yang terjatuh dan ada yang keletihan tetapi dipaksa oleh Cikgu Latif dan Cikgu Saleha supaya mereka meneruskan latihan.

Plot cerita ini berkembang sebaik menghabiskan sessi latihan merentas halangan, Cikgu Latif mengumumkan yang mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Amran dan dianggotai oleh Manjit, Rama, Tini serta Mandy. Mereka akan diawasi oleh Cikgu Saleha. Manakala kumpulan kedua diketuai oleh Sabri dan dianggotai oleh Raymond, Iwan, Surya serta Dewi. Kumpulan ini diawasi oleh Cikgu Latif sendiri.

Pada sebelah malamnya pula, Cikgu Latif mengumunkan satu permainan akan diadakan pagi esok yang dikenali dengan permainan `kancil, kancil, di mana pelandok? Dua kumpulan ini dikehendaki mencari dan menyelamatkan pelandok yang kononnya telah terperangkap dalam perangkap pemburu. Kumpulan mana yang terlebih dahulu dapat menemui dan menyelamatkan pelandok berdasarkan peta dan petanda-petanda yang telah diletakkan, akan berpeluang mewakili sekolah untuk menyertai Perkhemahan Pengakap Kebangsaan.

Mereka juga dikehendaki sentiasa berada dalam kumpulan sama ada ketika mencari pelandok mahupun ketika pulang semula ke khemah. Jika salah seorang tidak mematuhi peraturan, secara automatik kumpulan tersebut akan gagal. Mereka juga diingatkan, ketika jika ada ahli kumpulan yang tidak berada dalam kumpulan, kemungkinan mereka akan diculik dan ini juga akan menggagalkan mereka.

Berjayakah mereka menjayakan misi tersebut? Saksikan babak-babak mendebarkan lakonan Arman Graseka, Bienda, Azhari Azizan dan Fieqa Malek ini dalam drama Kancil Mana Pelanduk di TV2.

Arman Graseka dan Bienda

babak dalam Kancil Mana Pelanduk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drive Of Life

Teater Bangsawan Merong Mahawangsa