Untuk berjaya kita perlu berubah bermula dari saat ini apatahlagi pada bulan Ramadan yang penuh berkah di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka serapat-rapatnya.
Gambaran ini nyata begitu dekat dengan watak Asraf yang dibawakan wataknya oleh Fezrol Khan dalam sebuah drama khas bertajuk “Kalam†yang mengangkat kisah pergolakan dalam diri seorang lelaki yang jauh tersasar daripada landasan agama Islam didorong oleh sikap isterinya yang gemar bersosial. Sebaliknya teman baiknya bernama John yang berasal dari United Kigdom pula memeluk Islam dan menjalankan kehidupan seharian sebagai seorang muslim yang sejati.
[dropcap]M[/dropcap]engisi slot Citra pada 30 Julai, jam 10.00 malam di TV2, drama sarat pengajaran penuh keinsafan ini turut menampilkan lakonan penuh penghayatan Leez AF, Mubarak Majid, Aznah Hamid, Eddy Khan, Taib b. Mahmod, Yasmin Khanif, Syean, Linda Bangs dan Putri Fatin.
Ia berlegar sekitar kisah watak Asraf kontraktor Kelas A yang bertauliah dan pemilik syarikat Mega Holdings dengan pelbagai projek besar yang menjadi kebanggaannya. Isterinya Rozana pula mempunyai sebuah syarikat mengeluarkan produk kecantikan yang terkenal hingga namanya turut tersenarai sebagai seorang usahawanita yang berjaya.
[pullquote align=”right”]Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra’d:11-â€.[/pullquote]
Dengan pendapatan yang lumayan mereka mampu memiliki kediaman yang mewah di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun Rozana masih belum bersedia untuk mempunyai cahayamata dengan alasan sentiasa sibuk dan masih muda. Rozana yang sentiasa menjaga penampilan dan kecantikan diri tidak mahu bentuk badannya berubah setelah mempunyai anak. Walaupun teringin mempunyai anak Asraf terpaksa akur dengan kehendak isterinya. Asraf sering merasakan yang dia telah memiliki segalanya tetapi jiwanya sentiasa kosong dan sunyi.
Pada zahirnya rumah tangga mereka kelihatan sangat bahagia, tetapi hakikatnya sebagai seorang muslim mereka terlalu jauh dari landasan agama Islam. Bukan sahaja dari segi amal ibadat tetapi juga penghayatan terhadap al-Quran itu sendiri. Malah, Rozana juga jarang balik ke kampung menziarahi ayahnya dengan alasan ayahnya telah berkahwin lain dan mempunyai kehidupan sendiri. Asraf pula anak jati Kuala Lumpur dan keluarganya juga adalah dari golongan orang korporat yang sudah biasa dengan budaya barat dan moden hinggakan anak-anak jauh dari didikan agama. Hubungan Asraf dan Rozana dengan masyarakat sekeliling khususnya dari kalangan jiran-jiran mereka sangat renggang apalagi yang melibatkan majlis-majlis agama seperti kenduri doa selamat dan majlis Yasin.
Hingga suatu hari seorang sahabat lama Asraf yang bernama John yang berasal dari United Kigdom telah menghubunginya. Apa yang mengejutkan Asraf ialah, John sudah pun memeluk Islam dan telah menukar namanya kepada Johan dan berkahwin dengan rakyat Malaysia. Johan adalah seorang peguam dan mempunyai syarikat guamannya sendiri di Terengganu. Sejak tiga tahun kebelakangan Johan sering mengikuti kelas-kelas agama melalui tenaga pengajar yang bertauliah di Kuala Lumpur. Isteri Johan pula adalah penuntut tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa. Johan mengambil peluang untuk bercuti selama beberapa bulan sementara menanti isterinya menamatkan pengajiannya.
Pada ketika inilah Johan banyak memahami masalah yang dihadapi oleh Asraf dan berniat untuk membantunya kembali ke landasan agama yang sebenar. Selain mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang Islam, Johan juga boleh membaca ayat Al Quran dengan baik dan lancar. Johan cuba membawa Asraf kembali ke landasan agama sebenar tetapi Asraf sering memberi alasan.
Suatu hari Asraf dengan tidak sengaja terpaksa menghantar setiausahanya yang tiba-tiba sakit hendak bersalin, dengan takdir Allah Laila bersalin di dalam kereta Asraf. Ketika memegang bayi tersebut perasaan Asraf sangat tersentuh. Peristiwa itu memberi keinsafan kepada diri Asraf dan membuka ruang kepada dirinya untuk berfikir.
Namun adakah niatnya untuk bertaubat turut disertai oleh isterinya? Apa pula yang berlaku ke atas perniagaannya apabila muncul musuh dalam perniagaan yang bersungguh-sungguh mahu menjatuhkannya hingga sanggup menggunakan Rozana? Kongsikan kesudahannya dalam “Kalam†hanya di TV2.