Sebuah drama yang berjudul Jangan Main Belakang akan diterbitkan Metrowealth Movies Production. Tajuknya semacam satu gimik di mana bunyinya sendiri telah mencetuskan tanda tanya dan kontroversi. Adakah drama ini memaparkan cerita pasal gay? Apakah orang Malaysia sudah bersedia untuk menonton drama bergenrekan homoseksual atau cinta sesama jantina sekiranya ada produksi yang mahu merealisasikannya?
Sekali baca tajuknya, sudah tentu orang akan merujuk kepada tegahan atau melarang manusia daripada melakukan perbuatan meliwat yang dikutuk oleh Tuhan. Jangan Main Belakang… sebenarnya tidak membawa maksud begitu. Pada Budiey, tajuk ini boleh juga boleh dikaitkan dengan subjek-subjek lain. Contohnya, jangan main di belakang rumah, jangan bermain di belakang tandas, jangan tikam kawan anda dari belakang atau sebagainya.
Tetapi itulah, apabila fikiran luar sedar kita sudah tertanam dengan pemikiran ‘kotor’ sebegitu, sudah tentu akan menelah perkara yang negatif. Drama yang akan disiarkan di Astro Ria ini sebenarnya mengisahkan tentang masyarakat kita yang suka menikam dari belakang, mengutuk dan mengata seseorang tidak secara berdepan. Drama ini bukan drama homokseksual kerana memang agak taboo untuk masyarakat Malaysia.
Tajuk Jangan Main Belakang turut dipersetujui oleh Astro. Pengambaraan akan bermula pada bulan Mac untuk memberikan laluan kepada pengambaran sebuah lagi drama berjudul Tentang Bulan.
[tags]cerita gay, homoseksual malaysia, cerita lucah, sinopsis drama, one night stand, lyric, drama jangan main belakang, cinta sejenis, lesbian pictures, aksi liwat, sabul blog, rumah tumpangan, isu pelacur, 360, 999, tv3, astro prima[/tags]