in

Drama Hari Ibu Payung Kasih Lakonan Watie di TV2

KHAS HARI IBU : DILEMA PESAKIT HIV MENGISI DRAMA MENARIK PAYUNG KASIH PADA 14 MEI 2009 (KHAMIS)

Kasih sayang seorang ibu tiada penghujungnya meskipun terpaksa berkorban nyawa demi mempertahankan kebahagiaan anak tersayang. Bergelar pesakit HIV lantaran kecurangan suami dan dihimpit kenyataan menanti saat untuk menghembuskan nafas terakhir, seorang ibu berusaha untuk mendapatkan penjaga untuk memastikan anaknya mendapat perhatian dan kasih sayang sepenuhnya setelah kematiannya kelak. 

 

Begitu kisah yang melatari drama menarik khas Hari Ibu, Payung Kasih mengisi slot Citra@2 pada 14 Mei 2009 (Khamis), jam 8.30 malam di TV2 yang membawakan plot berbeza dengan mengetengahkan watak Maria, seorang doktor yang disahkan menghidap penyakit HIV yang dijangkiti daripada hubungan sulit Rudi, suaminya dengan seorang wanita asing yang ditidurinya. Rudi memohon maaf daripada Maria tetapi hingga Rudi menghembuskan nafasnya yang terakhir, Maria tetap enggan memaafkannya.

Kini Dr Maria sudah 9 tahun disahkan sebagai penghidap HIV positif. 2 tahun yang lalu, Maria disahkan mengidapi AIDS. Peringkat HIVnya telah menjangkaui clinical stage 4 diman antibody di dalam tubuhnya sudah habis dimamah oleh virus HIV, ‘hadiah’ dari arwah suaminya.

Kini Maria membuka sebuah farmasi untuk terus berbakti kepada manusia sejagat. sebagai seorang bekas doktor, Maria menjaga dirinya sebaik mungkin sehingga dia tidak kelihatan sakit. Namun begitu, Maria sedar bahawa ajal semakin menghampirinya. Maria tidak takut akan kematian tetapi dia takut untuk meninggalkan anak gadisnya, Melati yang baru berusia 11 tahun.

Maria berterus terang tentang jangkamasa hayatnya kepada Melati tetapi dia merahsiakan bahawa dia menghidap AIDS. Melati terlalu muda untuk memahami tentang AIDS, tentang kecurangan arwah bapanya. Maria ingin melindungi Melati. Maria tidak mahu Melati tertekan. Maria tidak mahu Melati disishkan atau diejek oleh kawan-kawannya sekiranya mereka tahu ibu bapa Melati adalah pesakit AIDS. Namun begitu, Melati tetap tertekan. Dia menangis kerana tidak mahu berpisah dengan Maria.

Cuti sekolah semester terakhir bermula dan bermulalah juga ekspedisi Maria dan Melati mencari keluarga angkat buat Melati. Persinggahan pertama mereka adalah di rumah ibu Maria yang sudah bersuami lain setelah ayah Maria meninggal dunai 5 tahun lalu. Ibu Maria, Maisarah, gembira untuk menerima kehadiran Melati di dalam hidupnya tetapi bapa tiri Maria, Rashid ternyata hanya berpura-pura. Maria dapat menghidu ketidak ikhlasan hatinya. Maria tidak sanggup meninggalkan Melati di situ.

Maria ke rumah ibubapa bekas suaminya. Terang-terangan kedua-duanya tidak mahu menerima Melati kerana di dalam hati mereka, mereka yakin Melati mewarisi penyakit Maria dan Rudi. Ada yang sanggup menerima Melati tetapi Maria tidak yakin dengan ketulusan mereka. Maria dan Melati meneruskan ekspedisi ‘pencarian kasih’ mereka dan terus berhadapan dengan kegagalan. Sebelum keputusan itu, Maria dan Melati menghabiskan hari-hari berikutnya berdua di rumah banglo ditepi pantai.

Ketika Melati sedang membuat istana pasir dia didatangi oleh Intan dan Azhar yang menyangka Melati adalah anak mereka dan cuba untuk mendapatkan Melati menyebabkan Melati lari mendapatkan Maria. Siapakah pasangan suami isteri itu? Apakah hubungan keduanya dengan Maria? Berjayakah usaha Maria untuk mendapatkan perlindungan dan penjaga untuk anaknya setelah kematiannya kelak?

Kepada anda yang ingin mengetahui kesudahan kisah pilu menyayat hati itu, usah ketinggalan menonton Payung Kasih mengisi slot Citra@2 pada 14 Mei 2009 (Khamis), jam 8.30 malam di TV2.

Payung Kasih terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd ini menyaksikan gandingan hebat pelakon Nor Albaniah, Erynne Erynna, Esma Daniel dan Watie Sadali.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Hafiz Masa Sekolah Nyanyi Lagu I Believe I Can Fly

Maxis Delivers Revolutionary BlackBerry® Storm™ in Malaysia