Selepas kemunculan drama bersiri yang hebat seperti Nur Kasih, kini TV3 bakal mempersembahkan sebuah lagi nukilan terbaru, â€GEMILANG†terbitan Filmscape yang akan mula ditayangkan 24 Januari 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam.
Ada desas desus mengatakan mutu penceritaan dan skrip serta jalan cerita drama ini akan memberi saingan kepada pencapaian dan kejayaan yang pernah dicipta oleh Nur Kasih. Namun, berjayakah drama ini memecah rekod rating drama lain di TV3? Segalanya masih tak pasti dan Budiey sendiri tak dapat memberi ulasan lanjut tentang drama ini. Yang pasti, drama Gemilang sememangnya membariskan pelakon yang hebat.
Adakah lagu Gemilang dari Ella akan dijadikan lagu tema?
GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.
GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.