in ,

Drama Gadis Kosmo Rabecca Nur Al-Islam, Adriefaiz Adzlan

DRAMA BERSIRI TERBAHARU ’GADIS KOSMO’ DI RTM MULAI 15 APRIL 2009

Kecantikan sememangnya tidak hanya terletak pada kulit yang cantik berseri namun ianya datang daripada hati yang bersih dan murni. Itulah daya penarik yang bakal ditonjolkan dalam plot drama bersiri terbaharu, Gadis Kosmo yang bakal disiarkan mulai 15 April 2009, setiap hari Rabu, jam 10.00 malam di TV2. 

Gadis Kosmo yang dibawakan dengan berkesan watak-wataknya oleh Rabecca Nur Al-Islam, Ang Pei Chern, Adriefaiz Adzlan, Esma Danial dan Ziema Din ini berkisar tentang persahabatan dua orang penulis bebas ruangan kecantikan, Karisma dan Cleo mengharungi kerjaya dan juga percintaan mereka.

Plot menarik Gadis Kosmo bermula apabila kolum ’Urban Chic Manual’ semakin mendapat tempat di hati para pembaca majalah yang sekaligus membuatkan nama penulisnya, Celina Ng dikenali ramai. Walaupun gembira dengan situasi itu namun Celina yang pemalu tidak suka menonjolkan diri.

Kejayaan kolum itu membuatkan Ridwan, Editor Kanan di Ajensi Mode mengeluarkan satu lagi kolum hampir sama dengan ’Urban Chic Manual’ dalam versi Bahasa Malaysia. Ketika itulah Karisma telah terpilih untuk menjadi penulis kolum yang diberi nama ’Manual Gadis Kosmo’ itu.

Peluang itu tidak dilepaskan oleh Karisma yang terdahulu berjaya menarik pengikut setia penulisannya melalui blog ’Dunia Karisma’ dengan menjadi penulis bebas untuk Ajensi Mode. Kekerapan mereka bekerjasama membuatkan hubungan antara kedua anak gadis ini semakin akrab dan mesra. 

Walaupun pada dasarnya mereka adalah saingan antara satu sama lain, namun persaingan kerjaya mereka telah membawa mereka melalui pelbagai pengalaman suka duka di dalam menyesuaikan diri di kota metropolitan Kuala Lumpur dan seterusnya membuahkan satu persahabatan yang kukuh.

Mereka sama-sama mengupas tentang perspektif kecantikan dari kacamata rakyat Asia yang berjaya menambahkan kepercayaan Ridwan bahawa keduanya sememangnya serasi bekerjasama. Kemudiannya mereka sama-sama berusaha pula untuk mendalami erti kecantikan dengan menemuramah bekas model terkenal, Nik Marini yang berpegang kenyataan keyakinan diri yang mantap adalah kecantikan seseorang dan bukan dari segi fizikal semata-mata.
 
Hasilnya, Karisma dan Cleo saling bergandingan di dalam menghasilkan penulisan yang mantap dan berkesan. Malah sebagai individu, mereka turut berkembang dan mampu menangani masalah serta rintangan dengan berbekalkan keyakinan diri yang tinggi serta persahabatan yang utuh. 

Namun pada masa sama, dua sahabat baik ini berdepan dengan persoalan peribadi dan hubungan percintaan masing-masing dengan pemuda pilihan hati mereka. Pertemuan semula Karisma dengan teman baiknya sejak kecil, Azril tanpa diduga membenihkan perasaan cinta antara mereka. Tetapi kedua-duanya malu untuk berterus-terang.

Begitu juga hubungan Celina dengan pemuda sebangsanya bernama Kelvin yang sememangnya saling meminati antara satu sama lain. Hubungan itu direstui teman-teman di sekeliling mereka termasuk Karisma yang kemudiannya tidak jemu-jemu untuk menyatukan keduanya. Kemunculan Haikal kenalan Celine sejak kecil membuatkan Kelvin rasa tergugat.

Lalu bagaimanakah kesudahan kisah cinta dan persahabatan Karisma dan Celina? Berjayakah mereka melalui hari-hari yang mendatang sebagai penulis yang dikenali dan pada masa sama melakukan kebajikan membantu insan-insan yang memerlukan?

Gadis Kosmo dalam 13 episod diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd dan ditaja oleh P & G.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Pentas Anugerah Bintang Popular 2008