in , ,

Jom Meriahkan Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2016

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 & TV9 kini kembali untuk tahun yang ketiga dengan mengetengahkan tema “Dunia Drama Sebenar”.

Masih menjurus kepada empat komponen utama, DFKL mengekalkan penyertaan pertandingan drama pendek, pitching, ujibakat lakonan dan juga bengkel. Objektif utama DFKL diadakan ialah memberi peluang kepada orang ramai mengasah bakat mereka sekaligus berpeluang menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri tanah air.

Print

Siri Jelajah DFKL 2016 Kini Bermula!

[dropcap]P[/dropcap]eserta bengkel juga berpeluang untuk mengetahui sendiri perjalanan karyawan yang akan berkongsi pengalaman dan tip berguna mengenai selok belok lakonan bagi bengkel lakonan, asas dalam penerbitan drama melalui bengkel pengarahan, kelainan teknologi dan impak dunia animasi serta ketrampilan diri yang perlu dititik beratkan untuk menjadi seorang anak seni. Antara nama-nama besar yang bakal terlibat dalam DFKL 2016 ialah Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Ellie Suriaty, Ahmad Idham, Jinggo, Awal Ashari, Datin Sharifah Shawati dan ramai lagi.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9:

“DFKL dianjurkan untuk kali yang ketiga setelah mendapat maklum balas yang positif dua tahun penganjurannya. Penyertaan dari tiga buah Sekolah Seni Malaysia untuk menyertai pertandingan drama pendek dan juga penyertaan pitching dari para pelajar IPTA/IPTS merupakan cabang baru untuk penyertaan tahun ini.

Kami mensasarkan kepada semua golongan untuk turut sama terlibat menghasilkan sesuatu karya yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Selain penganjuran bengkel DFKL 2016 yang menghimpun 11 karyawan hebat, kami akan turut memfokuskan dengan pencarian bakat-bakat baharu dalam bidang lakonan. Lebih menarik lagi, bakat baru yang dicungkil ini akan menghiasi slot-slot drama di TV3 & TV9 sebagai muka baru yang dijangka akan mewarnai industri penyiaran.”

Makluman mengenai DFKL 2016 seperti di bawah:

TARIKH TEMPAT MASA
8 ,9, 10 Disember 2016 UiTM Shah Alam 10 pagi – 5 petang
27 Januari 2016 UiTM Lendu, Melaka 10 pagi – 5 petang
10 Februari 2016 UPM Serdang 10 pagi – 5 petang

Orang ramai juga turut berpeluang untuk menyertai kemeriahan siri jelajah DFKL 2016 dan menyertai ujibakat yang dijadualkan bakal berlangsung di tiga buah negeri seperti di bawah:

TARIKH TEMPAT MASA
16 Januari 2016 Kuala Lumpur 10 pagi – 10 malam
20 Januari 2016 Johor Bahru 10 pagi – 5 malam
6 Februari 2016 Kedah 10 pagi – 5 malam

Pencarian Bakat Baharu DFKL 2016

Orang ramai juga boleh menyertai sesi ujibakat mencari bakat-bakat baharu dalam dunia lakonan dan seterusnya mendapat peluang untuk muncul dalam drama-drama terbitan TV3 dan TV9 yang akan diadakan di siri jelajah dan juga sepanjang dua hari bengkel DFKL 2016 berlangsung nanti. Anda sudah boleh mula berlatih dari sekarang dan jangan lupa untuk membawa profil dan dua keping gambar berukuran passport dan penuh semasa menghadiri ujibakat nanti! Antara peserta yang telah dicungkil bakatnya melalui ujibakat DFKL ialah Raja Afiq yang bakal menjadi hero untuk slot Akasia berjudul Sayangku Kapten Mukriz.

Pertandingan Drama Pendek (Shorties) DFKL 2016

Bagi mereka yang ingin idea mereka dikenali dan bersiaran di TV3 dan TV9, pastikan anda menghantar penyertaan dan drama pendek hasil kreativiti anda ke laman sosial veedo iaitu www.veedo.my/dfkl bermula 15 Disember ini hingga 31 Januari 2016. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM 10,000 untuk pemenang tempat pertama, RM 5,000 bagi tempat kedua dan RM 3,000 untuk tempat ketiga. Menariknya tahun ini, penyertaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu peringkat Sekolah (Sekolah Seni Malaysia) dan Orang Awam. Ini dapat memberi peluang dan membuka ruang buat adik-adik yang mempunyai potensi dalam bidang penerbitan untuk mengetengahkan idea dan bakat mereka, selain menggilap bakat mereka dari usia yang muda lagi.

Pembentangan Idea (Pitching)

Anda mempunyai idea dan mahu idea anda direalisasikan? Hantarkan penyertaan anda ke [email protected] dan jika idea anda mempunyai potensi untuk dijadikan drama ataupun telefilem, anda akan dijemput untuk hadir ke sesi saringan di bengkel DFKL 2016 untuk membuat pembentangan idea anda secara terperinci dihadapan penerbit drama. Sesi pembentangan idea ini turut dibuka penyertaannya kepada kolej-kolej terpilih, dimana pemenang akan menerima sijil dan juga trofi. Jika idea anda berjaya memikat hati pihak produksi, anda akan turut menerima wang tunai RM500 dan idea anda akan turut diterbitkan menjadi telefilem!.

Untitled

Untuk maklumat lanjut mengenai dan pembelian tiket bengkel DFKL 2016 sila layari laman web rasmi www.dfkl.com.my. Layari juga laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai DFKL 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s Tukar Lokasi

Animasia Studio Umum Tiga Perjanjian Di ATF 2015