in

Drama Episod SHE Stail Hebat Elegan

SINOPSIS SHE
Projek drama episode ini berjudul Stail . Hebat . Elegan (S.H.E) mengisahkan lima gadis remaja menjalani kehidupan di kota metropolitan. Kisah ini berdasarkan kisah benar kehidupan lima gadis tetapi telah dilakonkan semula. Perjalanan kerjaya dilalui adalah sama, cuma kisah kehidupan dan cinta mereka hanya rekaan untuk disesuaikan dengan drama semasa. Pengisian drama disertakan tips fesyen, kecantikan, cinta dan gaya hidup menarik. Selain itu mendidik remaja untuk mengejar impian di dalam apa jua bidang mahu diceburi. Terima kasih kepada selebriti jemputan Mizz Nina, Tasya’s Ink, majalah Eh! bersama pemenang Anugerah Stail Eh! Erra Fazira, White Studio dan semua yang terlibat dengan produksi.

SHE

Watak Perwatakan:
FARA (Watak Inspirasi Yana, Penulis Fesyen Eh!)
Seorang pelajar fesyen menjadi pelajar pelatih atau intern di majalah fesyen tersohor Eh! (S.H.E mendapat kerjasama majalah Eh! untuk merakamkan kerja-kerja di belakang tabir sesi fotografi bersama Erra Fazira sebagai pemenang Anugerah Stail Eh! 2010). Fara gadis bergaya bohemian bercita-cita menjadi fesyen guru di masa akan datang. Selain menjadi pelajar pelatih, dia juga berkerja di butik Finnz dan separuh masa membantu pereka fesyen Bon Zainal untuk tugas-tugas khas. Halangan Fara ialah menempuh persaingan dalam industry fesyen.

HANNY (Watak Inspirasi Nisa’, Pengurus Artis/Fashion Coordinator)
Hanny bertugas sebagai pembantu peribadi artis di syarikat pengurusan artis (Inspirasi Aquila Emas oleh Syarizan yang meguruskan Zizan Nin, Tony Eusoff, Yasmin Hani dan lain-lain). Dia mengejar impian untuk kenaikan pangkat oleh ketuanya sebagai Pengurus. Tetapi mendapat rintangan daripada kerenah artis diuruskannya iaitu penyanyi Hydar. Dia terpaksa menutup segala perbuatan nakal Hydar di mata media yang sering memburu berita penyanyi itu. Hanny seorang bergaya kerana sentiasa berdepan dengan client ketika ke majlis-majlis rasmi.

TYA (Watak inspirasi Nutt, Celebrity Photographer)
Seorang gadis meminati fotografi tetapi sedang keliru meminati bidang perfileman sebagai pengarah. Tya gadis rock chic yang luarannya lasak tetapi dia sebenarnya kekasih setia. Selain belajar khusus filem, dia berdepan dugaan cinta kerana punya kekasih curang. Tya bersahabat baik dengan Mia sejak kecil. Persahabatan mereka lebih meriah dengan kehadiran Fara, teman sekolej dan serumah Mia.

MIA (Watak inspirasi Daya, International Makeup Guru)
Dia pernah bertugas di kaunter solekan jenama antarabangsa, Mia kini bergerak secara freelance dan pelanggannya datang ke rumah untuk disolek. Mia gadis bergaya gothic tidak pernah percaya pada cinta lelaki.

MEEN (Watak inspirasi gadis socialite di Malaysia)
Meen semestinya anak orang berada bergaya sofistikated yang kehidupannya meriah dengan jemputan ke majlis-majlis rasmi, majlis amal dan sebagainya. Dia bertemu Hanny di majlis-majlis begini dan menjadi teman baik. Meen sentiasa ada disisi Hanny dan turut berkenalan dengan teman-teman baru Hanny iaitu Fara, Mia dan Tya.

SINOPSIS EPISODE SHE

Part 1:
Mia bakal tinggal serumah dengan kenalannya Fara, gadis pengemas yang pastinya tidak gemar melihat keadaan rumah berselerak. Oleh itu Mia meminta pertolongan sahabatnya Tya mengemas rumah berdua. Fara pula seharian sibuk—Mana hendak pindah ke rumah Mia, berlari ke studio fotografi majalah Eh! bersama Erra Fazira dan berkerja di butik. Pagi-pagi lagi dia terpaksa memungut sut Bon Zainal untuk diserahkan kepada PA artis, Hanny. Sebelum itu sempat membawa bagasi ke kediaman baru bertemu Mia dan Tya.

Part 2:
Hanny bimbang apabila penyanyi di bawah jagaannya, Hydar menghilangkan diri. Teman baiknya Meen pun gagal memujuk Hanny untuk bertenang. Selepas itu berlari bertemu Fara menghantar sut kepada untuk Hydar. Ketika sibuk ke sana ke mari, Fara terlanggar seorang lelaki di depan pintu butik. Mereka sekadar bertukar senyuman dan berlalu. Tya pula mencari teman lelakinya Afiq yang muncul di butik Fara bekerja dengan perempuan lain. Fara memerhati Afiq dan teman wanita barunya dan mengadu kepada Mia. Sayangnya mia menyembunyikan perkara itu kerana kasihan kepada Tya.

Part 3:
Perbualan singkat dengan teman lelakinya Afiq mengundang perasaan marah Tya. Dia tahu Afiq sedang berbohong. Mia cuba memujuk Tya dengan mengajak Tya menonton showcase Mizz Nina di kelab Finnz tempat Fara bekerja. Sementara itu Hanny sedang panik kerana tidak dapat mengesan artis di bawah jagaannya. Hydar menghilangkan diri sedangkan lelaki itu perlu menyarungkan sut Bon Zainal, lalu di karpet merah dan membuat persembahan di Borneo Rainforest. Akhirnya Hanny putus asa dan memulangkan sut Bon Zainal kepada Fara di Finnz untuk memohon maaf. Kebetulan pula Afiq dan teman wanitanya berada di kelab sama. Begitu juga Hydar yang sedang santai bermain pool dengan teman. Ketika ini lah Mia dan Fara cuba menyorokkan Afiq dari pandangan Tya. Manakala Mia dan Tya pula cuba menyembunyikan Hydar dari pandangan Fara dan Hanny. Ketika itu teman sekerja Fara, Neng tidak senang dengan Fara dan kawan-kawannya.

Part 4:
Bon Zainal sudah hilang sabar dan memarahi Mathni, bos Hanny kerana Hydar tidak muncul di Borneo Rainforest dengan sutnya. Hanny pula mengambil keputusan menyertai Fara dan teman-temannya menonton showcase Mizz Nina. Kehadiran Meen mencari Hanny, dia ternampak Hydar sedang melepak di meja pool. Hanny meradang dengan Hydar yang bersikap acuh tak acuh. Manakala Tya pula ternampak kelibat Afiq dan perempuan lain. Keadaan kecoh berlaku apabila Mia dituduh menjadi punca pertelingkahan semua orang. Mia menyorok Hydar dari Fara dan Hanny, Mia juga tidak berterus-terang mengenai Afiq. Fara dan Mia tidak bertegur sapa di rumah. Keadaan lebih buruk apabila Fara ternampak Afiq dan Mia berbual-bual di depan rumah lewat malam. Sementara itu Neng cuba sabotaj Fara dengan menyebarkan gambar Hydar di laman Facebook dengan harapan Bon Zainal akan memarahi Fara.

SHE

SHE

SHE

SHE

SHE

SHE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Cabaran Shell FuelSave 2011

AirAsia Order of 200 Airbus A320neo Aircraft