in

DRAMA-DRAMA CINA HEBAT DI 8TV

CERIAKAN HARI SABTU ANDA DENGAN DRAMA-DRAMA CINA HEBAT DI 8TV
Empat filem hebat untuk empat Sabtu santai anda…

Perhatian buat peminat dan penonton. Julai ini, stesen TV paling hip di Malaysia, 8TV, membawakan anda koleksi filem-filem menarik, setiap Sabtu, khas buat santapan anda!

Love on the Rocks
TX: 5 JULY 2008
8.30pm

Dari pengarah, Naked Ambition, filem ini memaparkan mengenai kasih sayang dan rasa ingin menyintai dan dicintai di dalam hutan batu, di Hong Kong. Love on the Rocks diarahkan oleh 2 pengarah muda yang kreatif, Dante Lam dan Chan Hing Kai. Filem romantik komedi ini dibintangi oleh Louis Koo sebagai Ming, kekasih yang sangat kedekut sehingga memikirkan bunga adalah sesuatu pembaziran. Hari Kekasih, dia membawa kekasih hatinya Annie (Gigi Leung) ke sebuah restoran “hot pot” yang menghidangkan sajian memualkan. Kecewa dengan itu, Annie memutuskan perhubungan mereka. Ming yang tidak memahami situasi itu, tetapi ingin memahami bagaimana menakluk hati wanita telah pergi ke Internet dan berjumpa Crystal (Charlene Choi), 19 tahun yang tidak tahu apa-apa mengenai cinta tetapi mengakui adalah pakar cinta. Crystal menasihati Ming untuk berjumpa dengan bekas-belas kekasih lamanya untuk mengetahui apa sebenarnya yang disukai oleh wanita, dan yang paling penting memahami dirinya sendiri. Lama kelamaan, dia mula menaruh perasaan terhadap Crystal. Untuk mengetahui adakah cinta akan berputik di antara Ming dan Crystal, jangan lupa menonton 8TV pada 5 July 2008, 8.30 malam. 

Marrying the Mafia 2
TX: 12 JULY 2008
8.30pm

Didatangkan khas dari Korea, filem bertajuk Marrying the Mafia 2 ini adalah sambungan dari filem popular, Marrying the Mafia. Filem komedi ini yang diterbitkan pada tahun 2005 adalah sangat sukses pada tahun itu di Korea. Bergelak tawalah dengan filem gangster komedi ini yang diarahkan oleh Jung Young-Ki, dibintangi oleh Shin Hyun-Jun, anak sulung kebanggaan White Tiger Gang, yang diarahkan untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin. Suatu hari, dia yang telah jatuh hati dengan seorang wanita jelita dilakonkan leh Kim Jin-Kyung ( Kim Won-Hee), yang mengingatkannya kepada cinta monyetnya dulu. Malangnya, Jin-Kyung adalah ketua kepada kumpulan gangster. Mereka yang saling menaruh perasaan diantara satu sama lain lalu menjalinkan hubungan, tetapi akhirnya mengetahui rakan sekerja Jin-Kyung juga menaruh perasaan terhadapnya. Jin-Kyung yang tidak menyukainya, telah menyebabkan dia bekerjasama dengan lawan mereka, Axe Gang. Malang buatnya, anak lelaki mafia itu mempunyai rancangan-rancangan tersendiri untuk mengenakannya dan mendapat bantuan daripada abang-abangnya yang nakal. Adakah cinta akan mengatasi segala-galanya? Jangan lupa menonton Marrying the Mafia 2 pada 12 July 2008, 8.30 malam hanya di 8TV.

What a Hero!
TX: 19 JULY 2008
8.30pm

Peminat-peminat Andy Lau dan Maggie Cheung akan berasa teruja dengan filem ini yang dihasilkan pada tahun 1992. What a Hero adalah filem aksi komedi yang mengisarkan mengenai seorang pegawai polis, Wah lakonan Andy Lau yang telah ditukarkan ke Kowloon, tetapi semangat kerja berpasukannya telah dihancurkan oleh rakan sekerjanya, Yeung dilakonkan oleh Roy Cheung. Dalam masa yang sama, pasukan dibawah pimpinan Yeung mempunyai semangat berpasukan dan konfiden yang tinggi. Yeung yang sangat angkuh telah mengajak Wah menyertai pasukannya tetapi telah ditolak mentah-mentah atas nama menjaga egonya, disebabkan itu mereka menjadi musuh. Semasa operasi mengejar dan menangkap penjahat bersenjata, Yeung telah membahayakan dirinya…..Ingin mengetahui adakah Wah akan mengenepikan egonya lalu menyelamatkan nyawa Yeung? Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku, jangan lupa temujanji anda dengan 8TV pada 19 Julai, pukul 8.30 malam.

Marry a Rich Man
TX: 26 JULY 2008
8.30pm

Marry a Rich Man adalah filem romantik komedi yang diarahkan oleh Vincent Kok. yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon disegani ramai, Sammi Cheng dan Richie Ren. Sammi yang memegang watak sebagai Mi yang menjalani kehidupan sederhana, adalah pembantu kepada ayahnya dalam menghantar tong-tong gas. Malang baginya, bekas rakan sekelasnya telah muncul dan berlagak dengan suami mereka yang kaya-raya. Suatu hari, dia telah dianugerahkan dengan dengan sebuah buku bertajuk Glass Slipper, petunjuk bagaimana mencari lelaki yang kaya. Salah satu caranya, adalah terbang kelas pertama ke sebuah lokasi romantik dan cuba untuk berkenalan dengan lelaki-lelaki kaya di dalam penerbangan. Mi berhasrat untuk mencuba cara itu dan memilih Milan, Itali sebagai destinasinya. Di dalam penerbangan, berlagak seperti wanita kaya, dia terserempak dengan Dan (Richie Ren), yang lagaknya seperti orang kaya, yang ingin bercuti ke Milan. Sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku apabila dompet mereka telah dicuri di Milan, dan akhirnya mereka menghabiskan masa bersama dalam keadaan tidak berduit. Cinta yang telah mula berputik di antara mereka, dan akhirnya membuatkan Mi mengetahui mengenai Dan yang sebenarnya hanya berlagak kaya dan Dan juga mengetahui mengenai Mi yang juga bukan wanita kaya. Perhubungan yang dijalinkan telah diputuskan oleh Dan di sebuah restoran mahal lagi romantik menyebabkan Mi pulang ke Hong Kong dengan hati yang remuk. Di sana, Mi telah berjumpa dengan seorang lelaki kaya-raya bernama Wilson, tetapi cintanya terhadap Dan tidak pernah pudar membuatkan dia asyik teringat kepada Dan. Adakah Mi memilih cinta diatas dasar wang semata-mata? Saksikan sendiri 8TV pada 26 Julai 2008 pada pukul 8.30 malam.

Jangan lupa untuk menonton filem-filem menarik yang pasti membuatkan anda tertunggu-tunggu Julai ini, hanya di 8TV bermula 5 hingga 26 Julai 2008 pada pukul 8.30 malam, setiap Sabtu. 8TV juga boleh ditonton di saluran Astro 708.

[tags]Marry a Rich Man, Naked Ambition, Vincent Kok, Andy Lau, Maggie Cheung, awek sekolah, awek syok, beego bercerai, beego fail nusyuz isteri, intan shahira, ironman, jason lo, kahwin rosma, lone ranger, telanjang, tengku zafrul biografi, angel eyes, bmw malaysia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Asmirandah Pelakon Drama Wulan

Rakaman Konsert Raya Pop Yeh Yeh RTM