in ,

Drama Dalam Setiap Sujud Episod Akhir

Persoalan tentang siapakah di antara Fareez dan Hendra yang akan menjadi pilihan Jannah akan terlerai dalam episod akhir Dalam Setiap Sujud yang menjadi pilihan ramai penonton bagi slot Ratu di TV9 pada 25 Februari ini.

Dalam episod akhir ini, Jannah telah membawa hatinya yang luka untuk ke Yogjakarta bagi merawat hatinya kerana kecewa dengan Fareez bagai memberi harapan buat Hendra untuk memiliki Jannah. Fareez mula menyedari hakikat yang dia takut untuk kehilangan Jannah mula risau jika benar tiada lagi ruang untuknya di hati Jannah. Sepanjang pemergian Jannah, Fareez mulai terasa kehilangan dan rindu terhadap Jannah. Zulaikha pula masih tidak berputus asa mendapatkan Fareez sehingga nekad untuk mengambil pil tidur dan terpaksa ditahan di hospital. Jannah pula mula menyukai keikhlasan dan peribadi Hendra yang setia menanti kehadirannya walau mereka jauh terpisah. Siapakah pilihan Jannah akhirnya? Fareez, suami yang mula cintakannya ataupun Hendra?

Bagi peminat setia drama Dalam Setiap Sujud lakonan Nur Fathia, Azlee Khairi, Keith Foo, Elfaeza Ulhaq, Rozie Othman, Watie Sadali dan ramai lagi jangan lupa saksikan episod akhir drama ini pada 25 Februari ini di slot Ratu jam 8.30 malam di TV9.

Kerana Lelaki Itu, sebuah drama baru bagi slot Ratu akan menggantikan drama Dalam Setiap Sujud yang berakhir pada 25 Februari ini. Drama Kerana Lelaki Itu penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam dan Syukri bersama Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana.

Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalah menjadi kecurigaan kepada para media.

Apakah kesudahan kepada kedua rumahtangga ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? Semuanya akan terjawab dalam slot Ratu, ‘Kerana Lelaki Itu’ yang bakal menemui penonton pada 26 Februari ini. Drama 14 episod terbitan Radius One Sdn Bhd ini akan menampilkan barisan pelakon seperti Zarina Zainoordin, Fikhree Bakar, Riz Amin, Siti Elizad, Ana Dahlia, Tunku Anis dan Noryanti Taib.

DSC_8922

DSC_9504

DSC_9700

DSC_9700

DSC_9295

DSC_9305

DSC_9664

DSC_9817

DSC_0193

DEX_4036

azlee khairi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Sebab Mengapa Perlu Beli Rumah Di Ken Rimba

Rahsia Terbongkar Tunang Fizz Fairuz Sebenarnya Isteri Orang