[dropcap]T[/dropcap]anggal 6 Mac lalu, kemeriahan dunia drama Malaysia disemarakan dengan pelancaran sebuah lagu drama bermutu. Dalam lambakkan drama bersiri yang ditayangkan di pelbagai saluran televisyen masa kini, TV9 nampaknya tak mahu ketinggalan untuk menyajikan drama terhebat, tergempak dan segala macam ter lagi untuk disajikan kepada penonton-penonton setia.
Kemunculan sebuah drama 26 episod berjudul Cinta Jangan Pergi (CJP) seakan ditunggu-tunggu peminat sejak tahun lepas di mana Tiz Zaqyah memperlihatkan beberapa gambar menarik behind the scene di Eropah untuk teaser peminatnya. Drama arahan pengarah hebat Khabir Bhatia ini pastinya akan jadi satu fenomena luar biasa di TV9, kita tengoklah nanti macamana.
Budiey difahamkan drama ini adalah drama paling mahal yang pernah diterbitkan stesen tersebut. Siapa tidak kenal dengan pengarah hebat, Kabir Bhatia yang mula menjadi sebutan setelah drama bersiri arahannya ‘Nur Kasih’ yang ditayangkan pada 2011 berjaya mencuit hati penontonnya.
KLIK VIDEO: Sekitar Malam Prebiu Bersama Pelakon Cinta Jangan Pergi
KLIK VIDEO: Sidang Media Drama Cinta Jangan Pergi TV9
Pengurus Besar TV9, Zurina Othman pada satu sidang media selepas sesi pratonton drama berkenaan di e@curve, Damansara:
“Tidak dinafikan, drama ini antara yang paling mahal yang pernah pihak kami terbitkan. Agak lumayan perbelanjaan pembikinannya. Tapi hasilnya berbaloi. Kita tampilkan pelakon-pelakon yang hebat dan jalan cerita CJP itu sendiri cukup menarik. Ini juga merupakan sesuatu yang baru daripada kami untuk para penonton. Pihak produksi, Filmscape, datang kepada kami dan membentangkan idea dan jalan cerita drama ini kepada kami. Lalu kita berbincang dengan pihak Filmscape dan mengeluarkan bajet.”
Nyata keupayaannya dalam menghasilkan drama Nur Kasih dapat memberi impak yang mendalam dan tidak hairanlah drama ini dinobatkan antara drama yang memiliki jumlah penonton yang tertinggi pada tahun itu. Mungkinkah drama CJP juga akan difilemkan? Itu pun jika anda yang bikin CJP satu fenomena.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin pula, drama ini adalah hadiah ganjaran untuk penonton TV9 yang setia menyokong.
“Cinta Jangan Pergi adalah satu ganjaran istimewa untuk penonton setia TV9 atas sokongan mereka selama ini. Drama ini ada latar belakang yang cantik dan menarik sekitar Eropah ditambah pula dengan garapan indah dari Mira Mustaffa selaku penulis skrip. Gandingan pelakon juga hebat-hebat.
Drama terbaru sentuhan Khabir berjudul ‘Cinta Jangan Pergi’ ini boleh tahan jugak sebab sepanjang pra tonton untuk dua episod, Budiey tak rasa drama ini membosankan. Jalan ceritanya sangat lancar dari satu babak ke satu babak. Manakala, penonton pula akan mudah memahami semua karakter yang ada dalam drama ini.
Nama-nama besar sudah pasti menjadi daya tarikan, apatah lagi mereka ada cerita tersendiri dalam dunia sebenar mereka. Memilih gandingan pelakon utama yang sama dalam Nur Kasih iaitu Remy Ishak (Khalil) dan Tiz Zaqyah (Lea Soraya), drama bersiri 26 episod ini turut dijayakan oleh beberapa pelakon hebat yang lain seperti Nadiya Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob.
KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Tiz Zaqyah – Cinta Jangan Pergi
KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Nadiya Nisaa – Cinta Jangan Pergi
KLIK VIDEO: Temubual Bersama Josiah Hogan – Cinta Jangan Pergi TV9
Cinta Jangan Pergi yang bakal bersiaran mulai 6 April ini di saluran TV9 mengisahkan perjanjian manis sepasang kekasih, Lea dan Khalil sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal mengubah segalanya.
Apa yang buat drama ini punya kos melebihi kos pembikinan filem? Yes, CJP telah menjalani penggambaran selama empat bulan termasuk 10 hari di Kota London. Zurina bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar kos pembikinan drama ini kepada pihak media. Tapi yang anda perlu tahu, drama ini memang setara dengan kos dua tiga buah filem ye.
[pullquote align=”right”]Cinta Jangan Pergi bakal menemui penonton pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula 6 April 2013.[/pullquote]
Meneruskan keserasian sepertima yang pernah ditunjukkan dalam drama dan filem fenomena Nur Kasi), sekali lagi Khabir Bhatia memberi kepercayaan kepada Remy Ishak dan Tiz Zaqyah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelakon utama Cinta Jangan Pergi.
Bagi Remy Ishak, dia mengakui agak sukar untuk lari dari watak Adam dalam Nur Kasih. Namun setelah melalui proses perbincangan dengan pasangan heroinnya, Tiz Zaqyah, dengan sendiri karakter Kalil ahir dalam dirinya.
Menyentuh mengenai gandingan bersama bekas kekasihnya, Remy memberitahu dia tidak memiliki masalah dan kekok malah seronok berlakon bersama. “Drama ini adalah cerita yang sangat menarik dengan kisah-kisah cinta yang manis. Jadi saya tidak mahu ketinggalan dan membuang masa melayani perasaan.
Pelakon Lelaki Terbaik Filem ASK 2011 inI berkata:
“Susah juga mula-mula tu. Tapi kami berdua banyak berbincang untuk mencari keserasian dan kelainan. Dan mujur juga karakter Kalil itu sendiri berbeza dengan Adam dari segi gaya penampilan dan latar belakang serta skripnya juga berbeza. Secara keseluruhannya, saya memang sukakan watak dan jalan cerita yang ditampilkan dalam drama ini. Bila pertama kali ditawarkan watak Khalil, saya tidak sabar untuk menjayakannya,”
Remy turut memberitahu dia dan Tiz bersikap profesional dan tiada masalah berlakon bersama walaupun mereka pernah dihimpit kontroversi dan telah putus cinta.
“Saya tolak tepi hal peribadi. Tak nak layan sangat perasaan. Tapi tak dinafi untuk bagi feel lagi, saya ada campur sikit dengan perasaan sebenar. Tapi sikit saja lah. Cerita ini sangat sweet, jadi saya enjoy dengan skrip dan jalan ceritanya. Tidak ada benda yang menjengkelkan yang kami berdua rasai sepanjang penggambaran. Sebaliknya kami seronok dapat terlibat dalam drama ini.”
“Lebih baik saya menikmati dan fokus terhadap lakonan saya. Gandingan saya dan Tiz dalam drama ini adalah atas dasar profesional kami sebagai pelakon. Lagi pun kami memang tidak ada masalah dan masih berkawan.”
Seperti pelakon lain, Remy juga mengakui cabaran berlakon di lokasi yang sejuk sangat mencabar.
“Saya memang tidak nafikan berlakon bersamanya selepas kami berpisah sedikit sebanyak beri cabaran buat saya. Tapi atas dasar kerja kami perlu lebih profesional untuk memastikan drama ini dihasilkan dengan baik. Saya akui inilah cabaran besar buat diri saya dalam menjayakan watak ini selain terpaksa bertahan dengan cuaca yang sejuk ketika menjalani penggambaran di Eropah.”
Sementara berbeza dengan Tiz yang berkata, ada ketika timbul juga rasa kekok dan janggal terutamanya pada babak romantis bersama Remy. Namun semuanya berjalan lancar dan mereka berdua bersikap profesional.
“Ada sikit lah rasa kekok dan janggal. Tapi kami okay. Kami tiada masalah untuk bekerjasama.” – Tiz Zaqyah
Penampilan pelakon berkarakter penuh ekspresi yang serba boleh, Nadiya Nisaa juga menjadi daya tarikan di mana Budiey rasa sikit banyak menjadi pemanis atau penyeri dalam drama ini. Watak kawan kepada Lea Soraya bernama Elyna, sahabat baik dan berkawan rapat juga dengan Jaydee lakonan Bil Azali.
Nadiya rasa wataknya tidak over shadow watak utama kerana sub plot cerita Elyna bercinta dengan Jaydee. Beliau akui chemistry bersama pelakon lain penting. Seronok dengan semua pelakon dan beliau merasakan skrip drama ini sangat spontan dan yakin penonton akan suka dengan drama ini.
Budiey ucapkan syabas kepada penulis skrip ini iaitu isteri kepada Khabir Bhatia, Mira Mustaffa yang sekali lagi menggarap sebuah naskah yang selesa untuk ditonton kerana drama ini memang sebati dengan semua orang yang pernah merasai cinta pandang pertama. Tahniah juga buat pengarah sinematografi iaitu Labu yang Budiey rasa beliau berjaya membawa pulang keindahan visual di Eropah yang menarik dan sangat indah di layar TV.
Sinopsis Drama Cinta Jangan Pergi
Cinta Jangan Pergi berkisar perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya dan Kalil, dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalinkan cinta sejak bertembung dalam perjaanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.
Tetapi Lea akhirnya membenarkan Kalil menjelajah bersama-samanya dan sejak itulah bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil. Apakah kesudahan janji cinta di antara Lea Soraya dan Kalil?
Turut dijayakan pelakon seperti Nadiya Nisaa, Bil Azali, Josiah Hogan, Ramona Zamzam dan Kartina Ayob, Cinta Jangan Pergi bakal menemui penonton pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula 6 April 2013.
Josiah Hogan yang menjadi orang ketiga
Lea Soraya (Tiz Zaqyah) bersama ayahnya lakonan Esma Daniel
Faradhiya pun ada, dia bawa watak kawan baik kepada Shireen (Ramona Zam Zam)
Aleza Shadan sebagai ibu kepada Lea Soraya
Pengarah Fotografi & Sinematografi Nurhanisham Mohd (Labu)
Labu di samping pengarah terhebat Nur Kasih & CJP Khabir Bhatia
Salah satu adegan romantik di mana Remy Ishak sebagai Kalil belanja Lea Soraya empat kuntum bunga tulips. Romantiknyeeee!