in

Drama Cinta Irama Klasik

Kisah romantik percintaan gadis dan duda di Astro Prima!

Sebagai sebuah saluran keluarga yang menghiburkan, Astro Prima sentiasa menayangkan telemovie-telemovie terbaru yang menarik dalam slot TelePrima yang ditayangkan pada setiap malam Isnin.

Istimewa bulan Jun ini, sebuah kisah romantik percintaan gadis dan duda berjudul Cinta Irama Klasik yang bakal menemui para penonton pada 11 Jun ini jam 9.00 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Drama Cinta Irama Klasik

Pengurus Saluran Astro Prima; Encik Namanzee Harris berkata, “Menjadi salah satu saluran dalam pakej Njoi yang menawarkan perkhidmatan televisyen satelit secara percuma, pihak Astro Prima amat mementingkan kualiti setiap karya yang ditayangkan di saluran ini demi memastikan kelompok pelanggan dan penonton yang semakin besar agar mendapat kepuasan menonton yang maksima setiap kali berada di hadapan televisyen.

Selepas kejayaan beberapa telemovie komedi romantik seperti Halimah Jongang, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bujang Sepah Silalalitampom, kami membuat rumusan bahawa para penonton lebih cenderung untuk terus menonton telemovie yang mempunyai jalan cerita yang mudah tetapi padat dengan mesej-mesej tersirat yang menghiburkan. Oleh itu, kami yakin telemovie terbaru taruhan Astro Prima berjudul Cinta Irama Klasik ini mampu menarik minat penonton.”

Telemovie Cinta Irama Klasik yang diarahkan oleh Aliff MNK yang bersiaran selama dua jam ini mengisahkan kehidupan Datuk Mahfoz lakonan Mahadi Amin, seorang duda berumur lingkungan 50an yang kesunyian dan sangat meminati lagu-lagu berirama klasik. Dia juga beberapa kali gagal untuk mencari teman hidup sejak pemergian arwah isterinya. Sahabatnya yang bergelar Datuk Midon lakonan Aman Shah melontarkan idea kepada beliau untuk bertukar tempat menjadi pemandu manakala pemandunya, Kalam lakonan Radhi Khalid menyamar sebagai Datuk Kalam.

Secara tidak sengaja mereka terserempak dengan seorang gadis bernama Amy (Intan Azura) yang memerlukan pertolongan. Pada masa yang sama Datuk Midon sedang mengaturkan temujanji untuk Marissa (Zarynn Min) dan Datuk Mahfoz. Marissa merupakan sahabat baik dan rakan sekerja kepada Amy. Marissa ke rumah Datuk Mahfoz untuk bertemu Datuk tetapi Kalam meneruskan penyamarannya sebagai Datuk dengan Marissa. Marissa yang agak agresif meminta Datuk Kalam hadir ke pejabatnya bagi tujuan mendapatkan projek daripada syarikat Datuk Kalam kerana syarikat tempat dia bekerja sedang mengalami masalah kewangan.

Apabila Datuk Mahfoz mendapat tahu yang Amy merupakan pemilik syarikat Amy Advertising & Associates, dia bersetuju untuk membantu lalu mengarahkan Kalam menjadi perantaraan diantara dia dengan Amy.

Hubungan Amy dan Mahfoz berjalan lancar sehinggalah Kamarul (Eizaz Azhar), bekas kekasih Amy muncul semula menagih cinta Amy. Kamarul mendapat tahu Amy sedang berkawan dengan Mahfoz, lalu dia memerhatikan tingkah laku Mahfoz dan bila berpeluang dia memukul Mahfoz sehingga koma. Datuk Midon mengambil peluang untuk memberitahu Amy siapa sebenarnya Datuk Mahfoz. Marissa seolah-olah tidak dapat menerima hakikat yang Kalam bukan berstatus Datuk kerana dia sudah mula menaruh harapan kepada Kalam.

Apakah kesudahannya? Jangan lepaskan peluang untuk menonton telemovie komedi romantik berjudul Cinta Irama Klasik yang bakal menemui para penonton pada hari Isnin, 11 Jun ini jam 9.00 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Drama Cinta Irama Klasik

Drama Cinta Irama Klasik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sejuta Impian Musim Kedua Tawar Insentif RM1Juta

Dior Lancar Muzik Video BABY I NEED YOU