[dropcap]T[/dropcap]ugasan seorang pendidik bukan semudah disangka apabila bukan sahaja terpaksa berdepan dengan anak-anak murid sebaliknya turut menghadapi cabaran daripada persekitaran dan juga rakan sekerja seperti juga orang lain.
Namun tugas ini dianggap mulia semua pihak dan dalam menyatakan penghargaan kepada kalangan pendidik ini, tanggal 16 Mei saban tahun disambut sebagai Hari Guru. Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut sama menyatakan penghargaan kepada para guru seluruh negara dengan menyiarkan dua telemovie khas bertajuk “Cikgu Imah Salimah” pada 18 Mei 2013, jam 3.05 petang di TV1 dan drama “Penggulungan” pada 21 Mei 2013, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.
[pullquote align=”right”]Dua Drama Khas Hari Guru Di RTM : Cikgu Imah Salimah dan Penggulungan, Kongsi Kisah Cabaran Seorang Pendidik di RTM[/pullquote]
Pun begitu, watak seorang pendidik berketurunan Orang Asli tersebut nampaknya berjaya dihayati oleh pelakon Almy Nadia yang memegang karektor Cikgu Imah Salimah dalam sebuah drama menarik yang bakal ditayangkan sempena Tahun Baru Cina bertajuk Cikgu Imah Salimah.
Kisahnya bermula bila Cikgu Imah Salimah yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti tempatan dan telah ditugaskan mengajar disebuah sekolah di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Berita tentang tugasan sangat mengujakan Cikgu Imah Salimah namun dia terpaksa berdepan cabaran ketidakserasian pendapat dengan ibu bapa pelajar ingin membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Namun sebaliknya Cikgu Imah Salimah pula sibuk untuk mengadakan kelas tambahan demi memantapkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajarnya.
Cabaran berikutnya pula pula adalah apabila Cikgu Imah Salimah terpaksa berdeoan dengan konflik serta masalah yang dihadapi salah seorang muridnya, Akmal. Akmal yang kematian ibu dan hidup dengan serba kesusahan bersama masalah bapanya yang hanya berniaga gerai. Bapa Akmal dibelasah hingga cacat akibat hutang lama oleh kaki pukul.
Situasi ini memaksa Cikgu Imah Salimah mengambil tanggungjawab menjaga keluarga ini demi kemajuan pendidikan Akmal. Selain Amy Nadia, drama Cikgu Imah Salimah ini turut dibintangi oleh Syed Aiman, Kuna, Delimawati, Normah Damanhuri.
Seterusnya saksikan drama “Penggulungan” mengisahkan Pengetua Sekolah Menengah Pelita Jaya Cikgu Farouk, risau kerana guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3 yang sepatutnya melapor diri mengajar di sekolah mereka telah kemalangan dan perlu menerima rawatan selama tiga bulan.
Sekolah akhirnya mendapat khidmat guru ganti iaitu Cikgu Suratman 60 tahun bekas pesara guru yang telah 10 tahun pencen dari jawatan guru. Cikgu Suratman ditugas khusus untuk mengajar topik Kesan Penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu dan sekaligus membentuk pasukan pembahas yang akan mengambil bahagian dalam Pembahasan sempena Hari Guru dengan tajuk Penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu: Kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Mereka di pihak pembangkang yang akan membangkang tajuk tersebut.
Cikgu Husna, guru pembimbing bagi pasukan bahas. Kelas Matahari 3 tidak dapat menerima cara dan kaedah pembelajaran yang dibawa oleh Cikgu Suratman dan dia dianggap masih bermimpi dengan zaman kegemilangan pembelajaran sejarah 30 tahun lalu.
Dia masih menggunakan kaedah lama iaitu rotan dan denda pada pelajar yang lemah dan nakal. Lagipun Cikgu Suratman dianggap ganjil kerana menghadiahkan mereka setiap seorang sebuah cermin bila mengajar mata pelajaran sejarah.
Shamsul, Albert, Fatihah dan Manikum, masing-masing 15 tahun, telah dipilih sebagai pembahas yang akan mewakili sekolah. Mereka merasakan sudah kalah kerana tajuk tersebut dianggap tidak memihak kepada sekolah mereka.
Shamsul telah menarik diri bila Cikgu Suratman merotannya kerana membuat bising di dalam kelas. Akhirnya Shamsul berjaya dipujuk setelah di cabar oleh Cikgu Suratman, jika mereka menang dia akan berhenti sebagai guru ganti sejarah. Shamsul menyahut cabaran tersebut dan bersetuju mewakili sekolah.
Ketika perbahasan berlangsung markah kedua belah pihak hampir sama dan hanya bergantung kepada penggulungan oleh Shamsul. Shamsul telah menggunakan cermin sebagaiperbandingan betapa sejarah itu penting kepada sesuatu bangsa. Seperti sebuah kereta yang memerlukan cermin sisi untuk melihat belakang begitu jugalah sejarah. Sesuatu bangsa yang sentiasa belajar dari sejarah tidak akan melakukan kesilapan bagi kali kedua.