in ,

Drama Cempaka Dahlia Lakonan Darling Ngasri, Kencana Dewi

KONFLIK PELAJAR SEKOLAH WARNAI PLOT DRAMA KHAS HARI GURU : CEMPAKA DAHLIA DI TV2

Berdepan dengan kerenah anak-anak murid umpama asam garam dalam kehidupan seseorang pendidik. Apatahlagi mereka diberikan kepercayaan oleh pihak ibu bapa dan pihak sekolah membentuk sahsiah dan jati diri dalam diri setiap anak murid mereka. Begitu pun dugaan dan cabaran dihadapi bukan semudah disangka kerana hanya kesabaran mampu mengatasi segalanya.

Golongan pendidik mesra disapa panggilan cikgu ini terpaksa mengharungi situasi suka mahupun duka yang memberikan pengalaman berharga demi memastikan anak-anak murid di bawah bimbingan mereka mencapai kejayaan seperti dicita-citakan.

Justeru khas sempena maraikan sambutan Hari Guru tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama menarik pengorbanan seorang pendidik cuba untuk Cempaka Dahlia pada 14 Mei 2010 (Jumaat), Jam 2.30 Petang di TV2 yang menyaksikan gandingan pelakonan Darling Ngasri, Kenchana Dewi dan Maimon Talib.

Kisah bermula, apabila suatu hari Puan Laila telah memanggil semua guru di sekolah bagi membincangkan prestasi kelas 6 Cempaka dan 6 Dahlia dimana kelas terbabit merupakan dua kelas yang paling corot dan bermasalah. Ditambah lagi dengan kenakalan pelajar-pelajar terbabit sehingga membuatkan tiada seorang guru pun yang dapat bertahan dalam meneraju kelas tersebut. Guru-guru yang silih berganti itu membuatkan Kelas 6 Cempaka dan 6 Dahlia bertambah bermasalah.

Guru Besar akhirnya mengambil inisiatif lain dengan menawarkan pingat “Guru Cemerlang” buat tahun itu adalah berdasarkan mereka yang dapat mengubah salah satu dari kelas C dan kelas D itu.

Lantaran itu, Cikgu Remy dan Cikgu Suzi telah berbincang dan mereka akhirnya bersepakat untuk menyahut cabaran Puan Laila tersebut. Cikgu Remy telah diberi amanah untuk meneraju kelas 6 C manakala Cikgu Suzi diberi untuk meneraju kelas D. Seperti yang dijangka, mereka terpaksa berhadapan dengan kerenah pelajar yang masing-masing kebanyakannya terdiri dari mereka yang mempunyai masalah-masalah tersendiri.

Cikgu Remy dan Cikgu Suzi sering berbincang bersama mengenai strategi untuk mengubah kelas masing-masing. Banyak halangandan dugaan yang dilalui oleh kedua guru ini sehingga membuatkan adakalanya mereka juga berputus asa dan ingin menarik diri.

Selain masalah pelajaran yang pastinya jauh merosot, mereka juga terpaksa berhadapan dengan masalah displin pelajar-pelajar terbabit. Apa yang lebih mengharukan, pelajar-pelajar di kelas 6C dan 6D turut bergabung tenaga untuk menambahkan kerunsingan Cikgu Remy dan Cikgu Suzi.

Saban hari, ada sahaja perkara yang dikenakan oleh pelajar-pelajaritu terutama Muthu dari kelas 6C dan Bun dari kelas 6D yang menjadi ketua di kelas masing-masing. Muthu dan Bunlah yang menjadi perancang utama kepada kawan-kawan yang lain bagi menimbulkan kekecohan di kelas masing-masing.

Guru-guru yang lain telah mentertawakan Cikgu Remy dan Cikgu Suzi kerana beranggapan mereka juga gagal seperti mereka namun keadaan bertukar menjadi sebaliknya apabila suatu hari, Muthu dan Bun telah bergaduh dan Cikgu Remy dan Cikgu Suzi telah cuba untuk meleraikan mereka namun menjadi sebaliknya. Cikgu Remy dan Cikgu Suzi pula yang bergaduh besar kerana cuba mempertahankan pelajar kelas mereka.

Sejak itu, hubungan akrab mereka telah bertukar menjadi sebaliknya tambahan mereka kini mula memikirkan ‘Pingat Guru Cemerlang’ yang hanya ditawarkan untuk seorang guru sahaja. Akhirnya mereka telah membawa haluan masing-masing dengan mempraktikkan cara dan strategi tersendiri. Lalu bagaimanakah kesudahan drama ini? Jangan lupa janji temu menyaksikan Cempaka Dahlia pada 14 Mei 2010 (Jumaat), jam 2.30 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Letters To Juliet

National Geographic Channel Exclusive Naked Science