13 Episod “Budak Reben Merah†Kongsi Kisah Jejak Kehilangan Kanak-Kanak Di TV1
Kisah kehilangan Amira, kanak-kanak yang berjaya menyatukan semangat kejiranan penduduk di sebuah taman perumahan apabila semua bersatu menjejaki kehilangannya melatari drama bersiri terbaharu, Budak Riben Merah disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Bidadari di TV1.
Dibintangi oleh Amyza Adnan, Watie Elite, Kismah Johar, Fauzi Nawawi, Shahrolnizam dan Kenchana Dewi, siri menemui penonton mulai 8 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.05 pagi ini turut berkongsi memaparkan plot situasi watak Amira digelar Budak Reben Merah oleh kawan-kawan dan guru tadikanya telah dilarikan seorang wanita kurang siuman bernama Salmah. Salmah telah mengurungnya di sebuah rumah tinggal. Tindakan Salmah didorong perasaan rindu dan berasa amat kehilangan selepas kematian anak tunggalnya dalam satu kemalangan yang menyebabkan suaminya turut terbunuh.
Selepas kematian dua insane tersayang, Salmah mengalami gangguan mental dan menganggap semua kanak-kanak sebagai anaknya. Dalam diam Salmah memerhatikan Amira dan memanggilnya Budak Reben Merah. Ini kerana hanya Amira sahaja yang mahu melayannya dengan baik manakala budak lain mengejek Salmah.
Salmah menyembunyikan Amira selama dua minggu di sebuah rumah tinggal. Tetapi Amira diberi layanan istimewa dan dibelai seperti anaknya. Setiap hari Salmah datang menyediakan keprluan harian Amira termasuk menghadiahkan permainan yang dicuri Salmah dari kedai-kedai di pecan.
Salmah tinggal di kampung berdekatan taman perumahan tersebut,bersama ibunya yang sudah tua, Mak Mah. Dia mempunyai adik, Razli yang tinggal di Bandar dan hanya sesekali pulang.Razli sangat garang dan selalu berkasar dengan Salmah. Razli tidak membenarkan Salmah merayau dan menganggu orang lain.
Ibu-bapa Amira, Shukri dan Maznah pula sedang dalam proses bercerai. Puncanya, Shukri ingin berkahwin lagi lalu menceraikan Maznah. Maznah selalu tidak puas hati sikap Shukri yang sambil lewa memberi wang nafkah anak-anak dan membuat aduan ke mahkhamah. Shukri pula tidak suka tindakan Maznah, mengugut akan menuntut hak penjagaan anak-anak yang kini diperolehi Maznah.
Kehilangan Amira, dikaitkan dengan tuntutan Shukri itu. Maznah menyangka Shukri melarikan Amira. Shukri menafikan sebaliknya menuduh Maznah sengaja mereka cerita demi menghalang Shukri mengambil anak-anaknya.
Apabila Polis menyiasat, didapati kedua-duanya tiada konspirasi untuk menyembunyikan anak. Majikan, jiran dan kawan-kawan Maznah yang pelbagai bangsa, membantu mengesan di mana Amira., selain menyerahkan kepada polis. Ketua persatuan penduduk melancarkan gerakan mencari Amira di merata tempat. Kawan-kawan baik dan jiran Maznah, Mei Lin, Vimala, Norma bersama suami masing-masing berusaha membantu Maznah menjejaki Amira. Namu berjayakah usaha mereka menjejaki Amira?
Saksikan 13 episod drama bersiri menarik ini hanya di TV1.