in ,

Drama Best of the East Slot On Air di 8TV

Tarikh Siaran: 27 February 2009 – 9 April 2009
Hari / Masa: Isnin – Jumaat / 8.30pm – 9.30pm
Dibintangi oleh: Lee Beom-Soo, Kim Ha-Neul, Park Yong-Ha & Song Yoon-Ah

Saluran kegemaran ramai 8TV kembali dengan sebuah lagi drama bersiri Korea – On Air yang bakal memenuhi slot ‘Best Of The East’. Drama bersiri ini akan disiarkan bermula 27 Januari 2009 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam.

 “Ini merupakan sebuah lagi drama terbaik dari Korea. On Air pernah memenangi beberapa anugerah sejak mula disiarkan. Saya percaya drama bersiri ini akan mendapat sambutan hangat di Malaysia!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

On Air mengisahkan mengenai kehidupan pelakon terkenal Oh Seung-Ah (Kim Ha-Neul) enggan menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik kerana terpaksa berkongsi anugerah itu dengan seorang lagi pelakon wanita yang tidak kurang hebatnya. Sewaktu menerima anugerah, Seung-Ah mempersendakan Seo Young-Eun (Song Yoon-Ah) yang berada di situ sebagai penyampai anugerah.  

Seo Young-Eun merupakan seorang penulis skrip drama yang cukup terkenal dengan cerita-cerita cinta yang romantis dan dan drama-drama beliau selalunya mendapat sambutan hangat dari penonton. Untuk skrip yang baru ditulisnya, beliau bercadang untuk membuat sedikit kelainan dan cuba untuk menulis sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup. Young-Eun bercadang untuk menulis drama ini berkisarkan tentang apa yang berlaku di sekitar sebuah hospital sakit jiwa.

Bagi mendapatkan idea sebenar untuk menulis skrip drama ini, Young-Eun telah melawat sebuah hospital sakit jiwa bagi melihat sendiri persekitaran dan aktiviti harian di hospital itu.

Young-Eun kemudiannya menghantar skrip drama itu sewaktu pertemuannya dengan sebuah tenaga produksi namun idea dan skripnya ditolak mentah-mentah. Young-Eun begitu kecewa kerana majikannya masih mengharapkan beliau menulis kisah cinta romantik yang klise. Beliau bertambah berang apabila mengetahui pelakon utama untuk drama terbarunya ialah Oh Seung-Ah.

Seung-Ah pula merasakan begitu sukar untuk menjadi seorang pelakon yang benar-benar berkualiti kerana syarikatnya lebih mementingkan keuntungan. Dengan pertolongan dari seorang teman yang juga seorang penerbit Jang Gi-Jun (Lee Beom Su), Seung-Ah mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat naungannya dan menyertai sebuah syarikat penerbitan Gi-Jun walaupun mengetahui syarikat itu hampir bankrap. 

Young-Eun pula terpaksa bertemu dengan Seung-Ah untuk berbincang tentang skrip terbarunya. Dalam pertemuan itu mereka mula mengkritik sesama sendiri dan bertikam lidah.

Namun nasib mereka berdua bertukar apabila Young-Eun terserempak dengan seorang pengarah muda Lee Gyeong-Min (Park Yong-Ha) dan beliau bersetuju untuk bersama-sama menghasilkan drama yang ditulis oleh Young-Eun. Selepas berbincang, Seung-Ah bersetuju untuk bersama-sama dengan mereka bagi menjayakan drama ini.

Berjayakah mereka untuk menjadikan drama itu sebagai salah satu drama yang hit? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa menyaksikan On Air setiap Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari 2009 jam 8.30 malam. Anda juga dapat menonton siaran 8TV melalui saluran 708 di Astro.

Kini anda dapat menonton program-program kegemaran anda menerusi telefon bimbit dengan melayari www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aril Adik Izwan Pilus Calon Pelajar AF7

Amim Akademi Fantasia 7