in

Drama Bersiri Violet Sukasih Lakonan Zizan Nin

[dropcap]D[/dropcap]rama bersiri islamik Cinta Adam dan Hawa lakonan Norman Hakim, Wan Nor Azlin dan Shasha Saidin yang sedang bersiaran mengisi slot Bidadari di TV1 bakal menemui episod akhir pada 13 Jun depan dan sebagai mengisi slot sama mulai 17 Jun depan, penonton diajak menyaksikan drama terbaharu bertajuk “Violet Sukasih”.

Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, drama menampilkan pelakon Zizan Nin, Ika Nabila, Shaharudin Thamby, Anita Baharom, Hardy Tahir, Kay Maria, Wan Maimunah dan Abu Bakar Omar ini tidak kurang menariknya berkongsi plot kisah dua wanita yang kontra budaya hidup dan pandangan, punya dua laras hidup bertentangan, bertemu di dunia korporat tekstil terkenal Sutera Mode yang akan melalui perubahan silang kejutan budaya di dalam mereka perlu berhadapan dengan resam dunia perniagaan lelaki, godaan kemewahan dunia, ujian sikap di kala kuasa di dalam tangan.

[pullquote align=”right”]Drama Bersiri “Violet Sukasih” Kisah Tanggang Moden Versi Wanita Di TV1[/pullquote]

Silang kisah dua wanita ini, akhirnya apabila mereka bertemu nilai murni yang sebenarnya sudah lama ada dalam diri masing-masing sebagai asal jatidiri dan keteguhan iman, satu fenomena hebat akan berlaku di dunia mega tekstil tanah air. Sebelum kejayaan hebat itu berlaku, sepanjang episod kisah ini, kita akan merasai gelora, pancaroba, jatuh bangun mereka untuk menjadikan diri mereka lebih kuat akhirnya, sekuat perniagaan yang menjadi kecintaan mereka di Sutera Mode.

26 episod “Violet Sukasih” mengangkat latar kisah hidup Violet, Pengurus Besar syarikat Sutera Mode yang sudah berpengalaman bekerja di situ selama 7 tahun. Violet, anak saudara pemilik Sutera Mode yang begitu berdedikasi terhadap kerja, tegas, serius dan mempunyai prinsip kesempurnaan harus ada pada semua perkara. Hidup mewah, masih bujang, anak sulung yang mempunyai seorang adik ini, pantang dicabar terutama oleh generasi baru.

Drama Bersiri Violet Sukasih Lakonan Zizan Nin

Seorang lagi wanita dominan kisah ini ialah Sukasih, lulusan cemerlang seni reka dan juga bidang pemasaran. Asal dari sebuah perkampungan persisiran pantai di mana di sana ibu dan ayahnya bekerja di kilang membuat kain batik sarung. Impiannya ingin mendaki Sutera Mode sudah lama tersemat dalam diri. Sehingga akhirnya, impiannya itu tercapai apabila dia diterima bekerja di ibu pejabat Sutera Mode terbesar di Malaysia. Dia sebagai jurujual saja pada mulanya. Namun dia begitu bersyukur, redha dan amat gembira.

Sukasih bekerja dan sambil itu belajar sendiri sendiri dan melalui pergaulan baiknya dengan pekerja di Sutera Mode. Dalam masa yang sama, dia sering memerhatikan dengan kagum dari jauh, diri Violet. Impian Sukasih mahu menjadi seperti Violet suatu hari nanti.

Sepupu Violet iaitu Qadri Syah, jurufoto bebas yang hasil seni fotonya lebih bersifat kemanusiaan, pulang ke tanah air setelah dia mengembara ke benua Asia, berkarya dengan gambar. Ini menambahkan konflik, mendekatkan kaitan untuk Violet sedar kehadiran Sukasih.

Violet yang sebenarnya menaruh hati dengan Qadri, cemburu apabila takdir menarik perasaan Qadri kepada Sukasih yang mempunyai kelembutan dan kecantikan tersendiri. Sehinggakan Qadri mencadangkan, mengambil Sukasih menjadi wajah baru model Sutera Mode. Sukasih yang sangka ianya rezeki untuk berkembang, menerima tawaran dengan hati terbuka dan mencari peluang menunjukkan bakat sebenarnya, berkarya dengan rekaan corak baru buat kain sutera syarikat. Walaupun hasil Sukasih memang bagus, Violet tidak akan memudahkan impian Sukasih tercapai.

Lebih membuatkan Violet rasa tercabar apabila sebenarnya dia melihat diri dia di dalam Sukasih. Dalam usia Sukasih yang sama semasa Violet bertapak di Sutera Mode dan bersungguh meyakinkan bapa saudaranya yang amat cerewet dan sukar untuk dikagumkan, Violet tidak mahu kedudukannya bakal goyang apabila Sukasih semakin disenangi bapa saudara dan juga lelaki idamannya Qadri, beralih ke Sukasih pula.

Violet berjuang pertahankan kedudukannya sehingga perasaannya itu mengaburi pertimbangan sendiri. Qadri yang menyedari obsesi Violet itu, menyedarkan Violet akan nilai sebenar yang sepatutnya Violet pegang. Qadri berterus terang betapa dia sebenarnya juga mencintai Violet selama ini. Dengan pengakuan itu, Violet berubah, belajar memperbetulkan sikap negatif dan mencari dirinya semula.

Manakala Sukasih yang semakin disukai, diangkat oleh orang sekeliling dan pihak media, membuatkan dia semakin lupa asal sebenar. Dia hilang dalam gelombang kemashuran. Ibu dan ayah datang mencarinya semasa sesi penggambaran dengan koleksi Sutera Mode hasil rekaan sendiri di kawasan persisiran pantai perkampungannya, telah dilayan dengan kehinaan.

Sukasih tidak mahu mengingati hidup susahnya dan malu mengakui mereka itu keluarganya. Sukasih anak tunggal yang kini menolak ibu bapa ke tepi. Sukasih dahagakan kemewahan, puji-pujian berlebihan dari masa ke semasa. Dia percaya dia aset penting Sutera Mode kini dan cakapnya berpengaruh sehinggakan dia mampu menurunkan kuasa Violet.

Begitu pun bagaimanakah pengakhiran kisah tanggang moden watak Sukasih ini? Mampukah Violet kembali meraih cinta Qadri yang telah diperangkap Sukasih untuk mengahwininya secara paksa?

Drama Bersiri Violet Sukasih Lakonan Zizan Nin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Blokbuster 2 Perkenal Anugerah Gempak Wechat

Sekitar Pelancaran Carnival Little Red Cube Nusajaya