Dunia mereka kejam lagi bermisteri dan saluran HISTORY™ bakal membawa penontonnya menyaksikan sebuah siri yang cukup unggul. Dengan kos produksi bernilai $40 juta dolar Amerika, siri ini memaparkan sebuah kisah yang menarik dalam sejarah.
[pullquote align=”right”]Vikings, sebuah kisah epik bakal disiarkan di saluran HISTORY™ bermula pada 29 September 2013. Pengarah terkemuka, Michael Hirst sekali lagi memberi sentuhannya dalam rancangan terbesar saluran HISTORY™ pada tahun ini[/pullquote]
Siri Vikings yang bakal disiarkan di kaca televisyen di saluran HISTORY™ bermula pada 29 September, jam 10 malam dan diulang pada setiap hari Ahad berikutnya, merupakan sebuah siri yang amat dinanti-nantikan pada tahun ini. Siri yang merujuk kembali kisah orang Norse ini menceritakan tentang kekeluargaan serta persaudaraan yang dilalui sepanjang perjalanan hidup wira Viking bernama Ragnar Lothbrok (dilakonkan oleh Travis Fimmel). Ini merupakan kisah pertama lagenda orang Norse yang kini menjadi lembaran sejarah.
Ragnar bukan sahaja seorang wira tetapi juga seorang petani yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk mengembara. Cita-citanya itu menyebabkan beliau terpaksa berdepan dengan ketua penduduk tempatan (Gabriel Byrne) yang lebih cenderung menghantar orang-orangnya ke kawasan timur yang miskin dan bukan kawasan barat yang masih belum diterokai.
Konflik tercetus apabila Ragnar bergabung tenaga dengan kawannya Floki (Gustaf Skarsgard), seorang pembina bot untuk membina sebuah kapal yang mampu menahan gelora lautan utara. Disinilah bermulanya kisah mengujakan pahlawan ini.
Pengarah terkemuka, Michael Hirst merupakan pencipta siri 9 episod ini. Beliau dikenali sebagai ketua penulis, pencipta dan penerbit eksekutif bagi siri drama The Tudors serta juga penerbit bersama siri terkenal Camelot.
Selain tema peperangan dan pertumpahan darah, Vikings turut mengetengahkan unsur kasih sayang dan cinta diantara Ragnar dan isterinya Lagertha (Katheryn Winnick), yang juga merupakan seorang pahlawan. Siri ini turut menyelitkan kisah Rollo (Clive Standen), seorang pejuang yang iri hati dan ganas; isteri kepada Earl Haraldson, Siggy (Jessalyn Gilsig), seorang wanita jelita yang mana kesetiaannya dipersoalkan; dan Athelstan (George Blagden), seorang rahib yang mendapati moral Kristiannya tidak punya tempat dalam masyarakat Viking yang jahiliah.
Vikings merupakan sebuah rancangan yang menceritakan bagaimana cita-cita dan semangat serta inovasi mampu menggugat sebuah tamadun. Ia juga menggambarkan sejauh mana setiap watak itu diuji hingga menyebabkan cara hidup mereka berubah buat selamanya.
HISTORY™ boleh didapati pada saluran Astro 555 dan 575 (HD) di Malaysia.
Sertai Peraduan Watch & Win dan anda berpeluang untuk memenangi sebuah Harley Davidson! Info lanjut, layari: https://www.facebook.com/photo.php?v=10151612466066701