Drama bersiri sepanjang 49 episod, SURI KATRIANA merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre melodrama berat terbitan pihak Astro Prima dengan kerjasama syarikat produksi MIG Production Sdn Bhd, arahan sutradara Mohd Fazli Yahya atau lebih dikenali dengan Pali Yahya.Â
Drama ‘Suri Katriana’ ini akan berdurasi selama 60 minit setiap episod dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 30 Oktober 2019 menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Untuk pilihan yang fleksibel, drama ini juga turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan ‘on demand’
“Seperti yang kita lihat, trend penerbitan drama sering berubah mengikut peredaran masa. Kita pernah melalui fasa yang mana naskhah-naskhah berat sering menjadi pilihan di kalangan khalayak penonton suatu ketika dahulu. Kini, kecenderungan selera penonton beralih pula kepada kandungan hiburan yang lebih ringan dan bersifat santai untuk dinikmati.
Biarpun trend tersebut terbukti menjadi kegilaan ramai sehingga mencetuskan fenomena luar biasa, namun masih ada segelintir penonton yang mahukan keseimbangan pada pola penerbitan drama Melayu tempatan.
Selaku stesen televisyen berbayar, Astro harus pantas dalam menyusun strategi bijak kerana kami mempunyai tanggungjawab sosial untuk terus menghasilkan pengisian hiburan secara kreatif dan seimbang khusus buat para pelanggan yang semakin bijak dan selektif dalam memilih kandungan yang mahu ditonton.
Kebelakangan ini, Astro Prima sering menerbitkan kandungan drama yang mengetengahkan format adaptasi kerana fenomena tersebut terbukti mendapat sambutan memberangsangkan.
Namun begitu, kami merasakan naskhah asal juga memiliki kekuatan tersendiri daripada segi penceritaan bagi memberi kelainan dan variasi kepada penonton.
Kami juga cukup teruja untuk bekerjasama dengan MIG Production dan penerbit, Mejar (K) David Teo dalam penghasilan naskhah ini kerana ia merupakan salah satu karya asal bersiri panjang yang dihasilkan rumah produksi ini.
Seperti ramai sedia maklum, kekuatan MIG juga turut terletak pada karya-karya adaptasi justeru penghasilan ‘Suri Katriana’ ini sudah tentu akan mencetuskan kelainan.
Semoga kerjasama yang terjalin di antara Astro Prima dan MIG Production ini berjaya mencetuskan kelainan dan mampu meletakkan ‘Suri Katriana’ sebagai sebuah drama yang paling ditunggu-tunggu oleh penggemar dan peminat drama Melayu sekaligus mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri.â€
– Norzeha Salleh – Pengurus Saluran Astro Warna, Prima & In Trend
TRIVIA DRAMA ‘SURI KATRIANA’
- Sesi penggambaran telah dimulakan pada bulan September lalu dan masih berlangsung, yang mana dijangka akan berakhir pada November ini. ‘Suri Katriana’ bakal bersiaran mulai 30 Oktober ini di Astro Prima dan Prima HD.
- Lokasi pengambaran rata-rata telah diadakan di sekitar Selangor (Kuang, Kundang, Kuala Selangor, Rawang, Sepang dan Hulu Langat), serta di Kuala Lumpur dan beberapa lokasi utama di Thailand.
- Drama ini menggandingkan ramai pelakon-pelakon hebat dari pelbagai latar – pelakon baharu, berpengalaman dan ada di antara mereka yang sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca TV atau layar perak.
- ‘Suri Katriana’ merupakan kemunculan pertama penyanyi popular, Ernie Zakri, dalam dunia lakonan. Diberi kepercayaan memegang watak utama, ‘Suri’, Ernie menganggap dunia lakonan lebih mencabar berbanding nyanyian.
- Pihak produksi juga turut membuat sedikit pengolahan pada watak yang dijayakan Ernie (sebagai seorang penari bernama Suri) bagi memastikan lebih kesesuaian kepada beliau. Namun begitu, setelah menjayakan beberapa babak awal dan dengan bantuan rakan-rakan produksi serta pelakon lain di set, Ernie dilihat lebih berkeyakinan dan watak beliau dapat dijayakan dengan baik sekali.
- Walaupun ini merupakan gandingan sulung mereka, kedua-dua tonggak utama, Ernie Zakri dan Ummi Nazeera berjaya mencetuskan satu keserasian di antara mereka. Mereka perlu menjiwai watak seorang individu yang sama bernama ‘Suri Katriana’, seorang penari yang berperwatakan lembut kemudiannya bertukar menjadi seorang yang pendendam dan kadang-kala mengalami momen gangguan mental kerana begitu ingin mengetahui perkara yang berlaku di sebalik kematian ibunya.
- Memandangkan ini merupakan ini merupakan salah satu karya asal bersiri panjang yang pernah dihasilkan MIG Production, panel produksi MIG, Astro, pengarah dan penulis skrip mengambil masa yang agak lama untuk mengolah bagi memantapkan lagi naratif penceritaan agar produk akhir dapat disempurnakan dengan baik.
- Salah satu aspek utama ‘Suri Katriana’ adalah tarian, justeru bagi memastikan pelakon utama mampu menjiwai karakter yang diberikan dengan baik, pihak produksi telah mengupah tenaga jurutari profesional untuk mengajar rentak tarian yang betul dan bersesuaian untuk watak-watak yang dijayakan.
- Antara cabaran besar sepanjang penghasilan drama ‘Suri Katriana’ termasuklah berhadapan denganjadual penggambaran yang padat bagi memastikan hasil akhir dapat disempurnakan dalam satu garis masa yang telah dipersetujui semua pihak.
- Untuk memastikan penggambaran dijalankan dalam suasanan yang cukup efisyen, rata-rata-rata sesi ‘shooting’ diadakan pada waktu siang dan hanya beberapa babak penting sahaja dilakukan pada waktu malam. Salah satu babak penting yang melibatkan sebuah bangsal dibakar memerlukan pelakon yang terlibat berada di set sehingga jam 4.00 pagi.
- Untuk adegan-adegan yang melibatkan lokasi kampung, lebih enam kawasan kampung yang berbeza-beza digunakan di sekitar Selangor sebagai latar belakang set. Ia bagi memastikan ada kepelbagaian dari segi suasana kampung yang ditonjolkan dalam drama bersiri ini.
- Selain itu, aspek pengolahan skrip dan pembentukan karakter barisan pelakon juga amat dititik beratkan bagi memastikan keberkesanan kualiti lakonan dapat disampaikan dengan baik dalam apa jua watak yang dipegang.
- Malah, kesemua barisan pelakon yang dipilih untuk menjayakan drama ini juga adalah berdasarkan kesesuaian watak untuk memastikan lakonan yang berkesan.
- Selain dari menggalas watak utama, Ernie Zakri turut diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu runut bunyi khas (OST) untuk ‘Suri Katriana’. Lagu yang berjudul ‘Sinar Mata Hati’ ini dicipta oleh komposer terkemuka, Helen Yap bersama Slen Fadzil selaku penulis lirik.
BARISAN PELAKON ‘SURI KATRIANA’
Ernie Zakri sebagai Suri
Ummi Nazeera sebagai Katriana
Aishah Azman sebagai Yasmin
Nadiya Nisaa sebagai Saerah
Ezzaty Abdullah sebagai Edora
Zul Huzaimy Marzuki sebagai Faizal
Nazim Othman sebagai Daniel
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
Datin Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
Eleena Sui sebagai Amanda
Ryzal Jaafar sebagai Rizal
Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)
SINOPSIS DRAMA ‘SURI KATRIANA’
‘Suri Katriana’, mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.
Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).
Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.
#SuriKatriana