in

Drama Bersiri Supermak Lakonan Nasha Aziz & Azhan Rani

BUKAN SEBARANG WANITA, BUKAN SEBARANG LAWAN!

Satu Identiti Unggul Di Sebalik Kelembutan Seorang Surirumah

Tampak biasa, sopan dan lemah lembut di rumah. Tugasan beliau hanyalah untuk memberikan yang terbaik untuk anak dan suami tercinta. Namun, sebuah rahsia dan kisah hebat bakal terungkai apabila petualang dan musuh tradisi menjelma! Bersedialah untuk menerima pukulan dan tamparan seorang wanita berkuasa adiwira, hero pujaan para surirumah!

Menyusuli “Juvana”, kini slot Aksi mempersembahkan drama bersiri terbaru, SUPERMAK lakonan hebat Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal, Henzy Andalas, Nelly dan Haider Harris mulai 25 Julai 2011, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.

SuperMak

Hasil arahan Prem dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd., SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah sepenuh masa, Amy Salim (Nasha Aziz) yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani.

Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil garuda. Kisah bermula apabila burung garuda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari. Setelah diselamatkan oleh Thani, burung garuda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung garuda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.

SuperMak

Nasha Aziz

Bergelar SuperMak, Amy Salim mewarisi kekuatan dan kepantasan yang mengagumkan, dan beliau merupakan salah seorang dari generasi keturunan Thani. Kini beliau telah dewasa dan mendirikan rumahtangga. Suaminya, Rees (Azhan Rani) merupakan seorang anggota polis dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris). Mereka bersama-sama menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga penyayang, ceria dan penuh komitmen antara satu sama lain.

Namun, langit tidak selamanya cerah, kemunculan Bashar (Zul Yahya), musuh tradisi dari salah satu suku keturunan Thani di Riau tiba-tiba muncul untuk menggugat ketenteraman awam termasuklah keluarga Amy. Akibat sikap tamak dan dahagakan kuasa, Bashar berjaya menguasai seluruh Kuala Lumpur dan beberapa kumpulan gangster besar untuk mengikut telunjuk perintahnya. Bashar ditakuti ramai kerana mempunyai kuasa api yang sangat kuat dan hebat.

Seorang lagi pewaris, Camelia (Zara Zya) yang mempunyai kuasa ais yang menakjubkan juga tunduk kepada kekuatan Bashar. Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy demi mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.

Selain daripada mereka bertiga, Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.

Pertarungan sengit yang membezakan baik dan jahat di antara mereka berlima bakal meletus demi mempertahankan pingat unik dan keamanan sejagat dari jatuh dan musnah di dunia kecelakaan. Lebih menarik, Bashar juga mengetahui kelemahan utama SuperMak, dan cabaran akan menjadi semakin getir dengan kehadiran seorang lelaki hebat disisi Amy, juga sebagai penjaga pingat keramat tersebut.

Apakah sebenarnya kelemahan SuperMak, dan siapakah lelaki misteri itu? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi lincah Nasha Aziz dan pelakon-pelakon hebat yang lain di dalam SUPERMAK, di slot Aksi, sebanyak 13 episod, bermula pada 25 Julai 2011, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

SuperMak

Azhan Rani sebagai Rees

SuperMak

Nasha Aziz sebagai Amy Salim

SuperMak

SuperMak

SuperMak

SuperMak

Pengarah drama Supermak – PREM

SuperMak

SuperMak

Zul Yahya sebagai Bashar yang sangat jahat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Karnival Upin & Ipin di Johor

Konsert 3 Gegaran Bersama Kumpulan May, Lefthanded & XPDC