Siapa sangka boria, sebuah hiburan tradisional yang bercorak nyanyian, tarian dan lawak sinis dari Pulau Pinang diadaptasikan pula dalam bentuk drama komedi mencuit hati yang menampilkan pelakon Mamat Sepah, Arin Raja Lawak, John Raja Lawak, Mamu Maidin, Mak Wan Latah, Is Anak Wayang, Zul Handy Black, Hamdan Senario dan Man Belon.
Mengisi slot Cindai mulai 31 Mac depan, setiap Isnin hingga Kamis, pukul 3.05 petang di TV1, drama rantaian bertajuk “Saudagar Boria” ini pastinya lebih menarik lagi dan dekat di hati penonton yang ingin mengetahui bagaimanakah persembahan dan apakah kekuatan boria itu sebenarnya yang menjadi kebanggaan golongan jawi peranakan di Pulau Pinang.
Komedi Boria Mamu Mami di Pekan Georgetown Penang Dalam Slot Cindai Di TV1
[dropcap]K[/dropcap]isah komedi 13 episod ini mengetengahkan perjalanan kisa menampilkan golongan jawi peranakan di Pekan Georgetown Penang ( Mamu mami ). Sedang mamu dan mami Georgetown sibuk dengan perniagaan mereka, tiba-tiba muncul tiga ahli perniagaan dari Johor yang bernama Saudagar boria.
[pullquote]Mereka ini datang ke Georgetown semata-mata untuk membuka perniagaan pasaraya ditengah-tengah pekan Georgetown itu. Situasi ini telah mengundang pelbagai konflik diantara peniaga-peniaga lain di pekan Georgetown tersebut.[/pullquote]
Maka saudagar boria dengan bijaksana dan penuh karisma ,telah melakarkan strategi psikologi untuk bermuafakat dengan peniaga-peniaga lain. Saudagar boria melakukan persembahan boria di hadapan pasaraya mereka sebagai salam perkenalan.
Peristiwa itu telah menarik ramai perhatian orang awam dan sekaligus menjadikan pasaraya mereka maju. Situasi ini telah melahirkan rasa cemburu di hati peniaga runcit bersebelahan. Maka mereka juga meniru saudagar boria dengan mengadakan persembahan boria sinisan dihadapan kedai mereka. Pekan gerogetown dah mula menjadi pekan boria.
Peristiwa negatif akhirnya menjadi positif. Persembahan boria pada asalnya untuk menunjukkan bantahan, kini menjadi persembahan khas buat setiap pelancong dan juga penduduk yang datang di pekan Georgetown itu. Pekan itu dikenali dengan pekan temasya boria.
Pelbagai karenah dan juga ragam mencuit hati peniaga-peniaga lain yang ingin mendahului saudagar boria didalam persembahan boria pasaraya. Ada yang iri hati, ada yang berhasrat dengki dan bermacam-macam lagi. Namun biar apa pun yang terjadi,persembahan boria saudagar boria dihadapan pasaraya mereka tetap mendapat sambutan pengunjung dipasaraya mereka.