Drama ini bakal menemui penonton mulai 26 November lalu, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 2.00 petang di TV2 sepanjang cuti persekolahan ini.
Adiwira Versi Mat Redho Dalam Drama Bersiri Putra di TV2
Menerusi siri 13 episod ini, Mat Redho bergandingan dengan pelakon Magrina Awing George, Jalot Jeman, Fir Afandi dan Abdul Wahab Firdaus yang mengangkat kisah bertemakan penyalahgunaan formula penghasilan kuasa luar biasa manusia untuk tujuan kejahatan oleh tiga orang sahabat.
Ikuti kisah Shazman berjaya mendapatkan data sebuah syarikat seperti yang dikehendaki oleh Tuan Ibrahim. Ibrahim mengimbau kenangan lalu di mana beliau bersama dengan Syukri dan Hussin bergabung tenaga untuk mencipta ubat khas hasil daripada formula yang dihasilkan oleh Syukri. Ibrahim mencadangkan agar formula tersebut ‘dipatenkan’ bagi memastikan penat lelah mereka berbaloi dan tidak dicuri oleh pihak ketiga. Alia terus diganggu oleh Majid yang berazam untuk kembali menjadikan Alia sebagai kekasihnya.
Ibrahim dan Hussin bersetuju untuk menjual ubat ciptaan Syukri di pasaran. Hussin berbincang dengan Syurkri yang ternyata memerlukan sedikit masa lagi untuk menghabiskan kajian beliau terhadap keberkesanan ubat tersebut. Ibrahim menyuruh Syukri mengambil cuti untuk berehat. Shazman pula mendapat tugasan baru dari Ibrahim yang mengingatkannya yang tugasan tersebut adalah merbahaya. Shazman perlu membunuh Hussin.
Ketika Hussin tewas di tangan Shazman, Hussin sempat menerangkan tentang projek ‘Putra’ berkaitan hormon genetik yang dihasilkan oleh beliau, Ibrahim dan Dr. Syukri iaitu ayah Shazman. Hussin memberikan ‘pendrive’ yang mengandungi maklumat rahsia kepada Shazwan dan Shazwan berazam untuk menyiasat lanjut. Ibrahim cuba menaik taraf formula Dr. Syukri dan melakukan ujian terhadap seorang pekerjanya sambil disaksikan Majid. Tindak balas awal menunjukkan seolah-olah eksperimen tersebut berjaya menjadikannya kebal setelah diuji dengan sebilah pedang namun kemudiannya gagal apabila pekerja tersebut mati akibat tindak balas daripada formula tersebut. Alia semakin rapat dengan Shazman di mana masing-masing berkongsi kisah mereka sesama sendiri.
Ibrahim terkejut dan kecewa apabila Shazman enggan menurut kehendaknya untuk mencuba eksperimen terbaru beliau. Beliau menganggap yang Shazman lupa jasanya melatih Shazman dalam membina kekuatan. Ibrahim bertindak memadam ingatan Shazman ketika beliau di zaman kanak-kanak supaya Shazman mudah menerima arahan dari Ibrahim. Majid pula memberi amaran kepada Shazman agar menjauhkan diri dari Alia.
Sementara itu, Shazman meminta bantuan Alia untuk membuka fail PUTRA dari ‘pendrive’ yang diberi oleh Hussin. Alia memaklumkan yang fail tersebut hanya boleh dibaca dengan menggunakan sistem komputer di pejabat. Hussin yang masih dirawat di hospital bertegas untuk mencari Shazman namun beliau dinasihati Razak agar berehat dahulu.
Majid menghantar 3 orang samseng upahan untuk memukul Shazman kerana rapat dengan Alia namun cubaan mereka berjaya dipatahkan Shazman. Ibrahim menyuruh Alia memecahkan kod data satu program komputer. Alia kemudiannya meminta bantuan Shazman yang merupakan pakar komputer untuk menyiapkan tugasan tersebut. Shazman terkejut apabila melihat isi kandungan video dan maklumat selepas kod tersebut berjaya dipecahkan. Ia adalah paparan ayahnya, Dr. Syukri yang ditembak oleh Ibrahim yang bertegas mahukan formula hormon meningkat keupayaan manusia. Dr. Syukri mengamanahkan Hussin untuk menjaga Shazman yang telah disuntik dengan hormon uji kajinya sebelum beliau meninggal dunia.
Ternyata Shazman mula berdendam dengan Ibrahim setelah menyaksikan video pembunuhan ayahnya. Sementara itu, Ibrahim terus mengkaji serum hormon yang diubahsuai dan beliau menguji kepada Majid serta 3 orang samseng yang lain. Shazman berkongsi kisah tersebut dengan Alia setelah didesak Alia apabila melihat Shazman muram sejak kebelakangan ini.
PUTRA cuba mencari maklumat lanjut di pejabat tetapi beliau diserang Majid yang disertai Ibrahim dan 3 samseng yang lain. PUTRA lemah dan hampir tewas dengan kekuatan serum milik Ibrahim. Hussin dan Razak muncul serta menyelamatkan PUTRA setelah berjaya melepaskan diri. Ibrahim berang kerana berpendapat yang serumnya belum cukup kuat dan sempurna. Hussin pula menceritakan kisah 20 tahun dahulu tentang beliau, Ibrahim dan Dr. Syukri menghasilkan projek PUTRA kepada Shazman.
Hussin menerangkan segala-galanya kepada Shazman yang membuatkannya marah kepada Ibrahim. Setelah mengetahui yang serum daripada formula Dr. Syukri disuntik ke badan Shazman, Ibrahim mengarahkan Alia supaya mencari dan memujuk Shazman agar bertemu dengannya di pejabat. Alia risau dengan situasi tersebut dan cuba menghubungi Shazman tetapi gagal. Shazman perlu bersedia untuk memantapkan diri bagi bertemu dengan Ibrahim dan mula berlatih dengan Razak. Ibrahim mengarahkan Majid bersama orang-orangnya bersiap-sedia kerana dia menjangkakan yang Hussin akan datang bersama dengan Shazman untuk membalas dendam.
Alia cuba menghalang rancangan Ibrahim untuk menangkap Shazman kerana dia sudah mula sayangkan Shazman. Sebenarnya Alia merupakan anak kepada Ibrahim dan Majid mencadangkan menggunakan Alia sebagai umpan untuk mendapatkan Shazman. Ibrahim menambah serum hormon ke dalam tubuh Majid serta rakan-rakannya dan menyuruh mereka pergi menangkap Shazman. Shazman terkejut dengan kemunculan mereka dan mula bertarung. Razak pula muncul membantu Shazman dan mereka berjaya menumpaskan Majid serta rakan-rakannya. Majid sempat memaklumkan kepada Shazman bahawa Alia sedang dikurung oleh Ibrahim.
Berjayakah Ibrahim meneruskan misinya mahu mempergunakan Shazman? Bagaimana pula nasib Alia yang berdepan dengan kesukaran sama ada berpihak kepada ayah kandungnya atau memilih Shazman yang mula disukainya dalam diam.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.