in

Drama Bersiri Keluarga Iskandar

Hari ini, Budiey diterbangkan ke negeri Johor untuk mengikuti satu sidang media yang berlangsung di sini, di Wilayah Iskandar. Sebenarnya, ini adalah kali pertama Budiey dengar Wilayah Iskandar. Betapa jakunnya saya ya. Wilayah Iskandar pun tak kenal, padahal, Budiey pernah keluarkan berita pasal Legoland yang terletak di Wilayah Iskandar.

Gigih betul Budiey ni, sanggup terbang ke Johor Bahru semata-mata nak hadiri sidang media. Bangun jam 4 pagi… gigih!

Berbalik kepada event yang Budiey hadir pada hari ini, ia memakan masa satu hari ya di mana, pagi-pagi lagi Budiey terbang dari LCCT Sepang ke Senai International Airport untuk Sidang Media Drama KELUARGA ISKANDAR yang akan disiarkan di Astro Prima mulai 3 Julai 2012.

Keluarga Iskandar

Jam 9 pagi, Budiey bersama dengan dua orang wartawan hiburan di akhbar tempatan iaitu Kak Akmar (Harian Metro) dan Kak Jah (Utusan Malaysia) dibawa ke sebuah restoran untuk bersarapan.

Selesai sahaja makan pagi, kami menuju ke Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMC) untuk buat liputan di sidang media drama Keluarga Iskandar.

Di entri ini, Budiey ingin berikan info ringkas tentang drama ini.

Drama bersiri 15 episod ini dilakonkan oleh para pelakon hebat seperti Azhar Sulaiman, Susan Lancester, Anita Baharom, Zain Ruffedge, Hilal Azman, Kismah Johar dan ramai lagi.

Kira-kira 70 peratus pengambaran drama ini dibuat di luar studio dan dibuat di lokasi-lokasi dalam Wilayah Iskandar seperti Johor Bahru, Kota Iskandar, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Nusajaya, Danga Bay, Puteri Harbour, Horizon Hills dan Port Tanjung Pelepas.

Keluarga Iskandar

Drama Keluarga Iskandar mengisahkan tentang seorang ibu yang tegas dan penyayang bernama Mak Jah yang berusaha sedapa upaya untuk menyatukan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya yang dilanda perpecahan. Konsep drama ini agak moden dokumentari seperti Modern Family, The Office yang mendapat sambutan seluruh dunia.

Ada tiga generasi dalam cerita Keluarga Iskandar dan menyentuh tentang isu masyarakat Malaysia di mana kita dapat lihat nenek dan datuk dalam filem ni sangat moden, dah pandai guna iPhone dan bijak menggunakan internet untuk mencari anaknya di Facebook.

Sitkom ini diterbitkan oleh KL Motion Picture Company Sdn Bhd yang sebelum ini pernah menghasilkan drama-drama siri seperti Dunia Baru (idea asal KL Motion Picture tapi diterbitkan oleh Grand Brilliance) yang disiarkan di TV3, drama siri Geng Surau & Geng Mengaji yang memenangi anugerah disiarkan di Astro Oasis serta drama bersiri epik Warkah Terakhir dan Lembing & Layang yang pernah disiarkan di Astro Citra.

Dalam beberapa hari akan datang, mungkin akan ada tajuk berita di mana Iskandar Malaysia jadi tuan rumah lokasi pengambaran sitkon Keluarga Iskandar. Ya, Budiey lihat banyak sekali pihak yang turut bekerjasama menjayakan drama ini. Antaranya, pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Senai Airport, dan banyak lagi.

Ini adalah selaras dengan pelancongan filem sebagai industri global terkini di mana dengan kerjasama ini dapat memberikan galakan kepada produksi filem dan drama tempatan serta antarabangsa untuk meneroka rantau ini sebagai satu lokasi pengambaran filem yang terbaru.

Pengambaran Keluarga Iskandar masih berlangsung dan akan berakhir tak berapa lama lagi.

Kalau di New Zealand, kita dapat tengok ada lokasi untuk filem Lord of The Rings di mana menggunakan landskap cantik di sana dan di Malaysia juga, tak lama lagi akan ada lokasi pengambaran filem antarabangsa yang sama taraf dengan lokasi luar negara.

Keluarga Iskandar adalah pemacu untuk produksi tempatan dan luar negara untuk dijadikan lokasi pengambaran. Apa kurangnya landskap kat sini di mana kita juga ada Legoland Malaysia, Pusat Hiburan Keluarga Puteri Harbour, Pinewood Studios dan EduCity.

Untuk info, Pinewood Studios sekarang ni dalam peringkat pembinaan dan bakal disiapkan dalam dua tiga tahun akan datang. Dibangunkan di Nusajaya, Pinewood Studio akan menarik ramai lagi penerbit luar untuk datang Malaysia.

Di sidang media ini juga, kami ditayangkan beberapa babak menarik yang dipetik dari drama ini. Lebih kurang episod pengenalan bagi watak-watak penting dari drama ini.

Budiey suka skrip drama KELUARGA ISKANDAR ni, banyak yg sinis, berterus terang, pendek kata, sape yg makan cili dia yg rasa pedas

KELUARGA ISKANDAR mengingatkan aku tentang drama OPAH. Ada watak seorang ibu yang sangat penyayang lakonan Kismah Johar sebagai Mak Jah.

Kesemua anak Anita Baharom juga turut berlakon dalam drama ini.

Watak Azhar Sulaiman berkepala botak. Pertama kali kot dia berpenampilan macam ni.

Seperti biasa, lakonan Susan Lancester tak pernah mengecewakan. One & only kot… Susan Lancester.

Komedi komedi komedi!

Adegan dan lakonan sangat natural. Pelakon dah diminta awal-awal supayak tak perlu nak maintain ayu.

Ramai yang buat comeback untuk drama Keluarga Iskandar. Antaranya, Anita Baharom yg tak berlakon selepas beranak, Susan Lancester selepas teater Natrah.

Drama Keluarga Iskandar

Drama Keluarga Iskandar

Kismah Johar sebagai Mak Jah

Drama Keluarga Iskandar

Anita Baharom

Drama Keluarga Iskandar

Cikgu Besar

Drama Keluarga Iskandar

Hilal Azman sebagai Abang Long

Drama Keluarga Iskandar

Drama Keluarga Iskandar

Drama Keluarga Iskandar

Drama Keluarga Iskandar

Drama Keluarga Iskandar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Adira Perform di Mini Gig ROOFTOP ntv7

Aireen Omar AirAsia Berhad CEO