in

Drama Bersiri Cina Pianissimo di ntv7

Sukar membayangkan apakah yang bakal alami jika tidak dapat mendengar atau berkata-kata. Pasti lebih mencabar jika hidup ditinggalkan ibu kandung sendiri serta didera oleh lelaki yang bergelar ayah yang sepatutnya bersifat membela. Namun bila takdir menentukan hanya jiwa yang tabah bakal berjaya mengharungi segala dugaan. Itu antara kandungan cerita yang bakal dipaparkan di dalam drama bersiri terbaru ntv7 – Pianissimo – yang mengisahkan kehidupan seorang gadis bisu dan pekak yang mengalami zaman kanak-kanak yang bermasalah dan kini berhadapan dengan hubungan cinta tiga segi yang merumitkan.

[pullquote align=”right”] Drama Bersiri Cina Tempatan Terbaru ntv7, PIANISSIMO. Mampukah cinta mengatasi dendam?[/pullquote]

Terima kasih kepada Thomson yang sering menyokong drama tempatan, kali ini ntv7 membawakan drama romantik yang juga penuh dengan kejutan membariskan pelakon mantap seperti Jojo Goh, Huang Qi Ming, Seah Song Fan, Wayne Chua, Jordan Voon, Seck Fu Ru dan Candy Lin. Drama bersiri 25 episod ini akan mula bersiaran pada 18 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam di ntv7. Bagi memastikan penonton terus melekat ke kaca tv, Pianissimo bakal membeawakan pelbagai elemen seperti cinta dan aksi serta mengangkat tema kekeluargaan, kesetiaan dan nilai persahabatan.

Kali ini pelakon utamanya, Jojo Goh yang sebelum ini pernah membintangi filem 29 Februari bersama pelakon tampan Remy Ishak bakal mencabar dirinya apabila menerima tawaran watak sebagai gadis pekak dan bisu. Jojo Goh memainkan watak sebagai “Ke Min” melengkapkan dirinya dengan menyertai kursus bahasa isyarat selama dua bulan. Ke Min merupakan seorang gadis yang mengalami pelbagai masalah keluarga dari kecil yang menjadikannya sebagai insan yang cekal setelah dewasa. Malah kisah cintanya juga bukan semudah yang disangkakan kerana cintanya yang mendalam terhadap “Zheng Nan” (lakonan Huang Qi Ming) yang juga digilai “Fang Ru Yan” (Wayne Chua). Dalam masa yang sama kisah cinta itu menjadi runmit apabila dalam masa yang sama Ke Min menaruh perasaan terhadap “An Dong Zhe” (lakonan Seah Song Fan)

Watak “Zheng Nan” merupakan seorang peguam namunsetelah kematian kedua ibu bapanya, Zheng Nan terperangkap di dalam dunia jenayah di mana dia dilatih untuk menjadi pembunuh. Huang Qi Ming yang memainkan watak itu mengaku mengambil kelas seni mempertahankan diri dan memastikan ketegapan badannya untuk mempersiapkan dirinya di dalam beberapa babak lagak ngeri. Namun cabaran terbesarnya adalah untuk berkomunikasi dengan jojo Goh menggunakan bahasa isyarat sepanjang penggambaran drama bersiri tersebut. Huang Qi Ming juga pada mulanya kekok kerana tidak boleh bersuara tiap kali berkomunikasi untuk watak mereka namun tetap menjadi pengalaman bermakna buat pelakon itu.

Bagi Wayne Chua pula, wataknya sebagai “Fang Ru Yan” memerlukannya untuk menjadi gadis yang kasar dan garang serta dingin selain memiliki sifat penyayang dan obses bagi melengkapkan wataknya itu. Fang Ru Yan amat mencintai Zheng Nan meskipun mengetahui bahawa hanya Ke Min yang bertakhta di dalam hati lelaki itu. Namun dia tidak akan mengalah dan bakal mempertaruhkan hidupnya demi memiliki cinta Zheng Nan.

Seah Song Fan yang memainkan watak “An Dong Zhe” juga menjadi di antara teraju utama drama ini yang berperwatakan seorang lelaki budiman yang jujur dan ikhlas dan dalam masa yang sama mempunyai perasaan intimewa terhadap Ke Min. Namun mengetahui perasaan Ke Min terhadap Zheng Nan pastinya menghancurkan hatinya. Terlibat dengan drama ini juga memaksa pelakon tampan ini untuk belajar berinteraksi menggunakan bahasa isyarat serta mengambil kelas tinju Thai bagi memantapkan watak lakonannya.

Mengimbas kisah ini bermula, para penonton akan diperkenalkan oleh watak gadis pekak dan bisu bernama Ke Min yang kemudiannya berpindah ke rumah ayah tirinya bersama ibu kandungnya ketika berumur 10 tahun namun hanya membawa musibah kepada kehidupannya. Ibunya yang merupakan seorang pelacur gagal mempertahankan Ke Min walaupun mengasihani anaknya itu. Lantas Ke Min dijadikan bahan gurauana serta dibuli sejak kecil lagi.

Lai Zheng Nan merupakan anak yatim yang dilatih menjadi sebahagian daripada geng jenayah. Pada usia 18 tahun, dia pernah diburu polis akibat kes jenayah dan tercedera. Namun berjaya melepaskan diri dan membwa pertemuannya bersama Ke Min. Ibu Ke Min yang mengasihaninya membenarkan Zheng Nan berteduh di rumahnya.

Namun apabila ayah tiri Ke Min mengetahui Zheng Nan bersembunyi di rumahnya, sebuah pertengkaran besar menyebbakan ibunya terbunuh. Di dalam kekalutan keluarga itu, Ke Min berjaya diselamatkan Zheng Nan.

Sejak dari itu Ke Min sentiasa bersama zheng Nan yang bagi pertama kalinya dia rasa begitu selamat disisi orang lain. Namun Zheng Nan terpaksa meninggalkan Ke Min demi keselamatannya apabila sekumpulan gangster berjaya menemui Zheng Nan.

Berpisah ketika itu, Ke Min menemui lelaki berusia 17 tahun di mana watak An Dong Zhe diperkenalkan. Takdir membuktikan Ke Min diterima baik oleh keluarga Dong Zhe. Malah dia dilayan seperti keluarga mereka sendiri. Ke Min sukar menolak kebaikan Dong Zhe yang akhirnya berjaya menawan hatinya walaupun dia tetap mencintai Zheng Nan.

!2 tahun kemudiannya berlalu. Ke Min kini merupakan seorang guru pendidikan khas dan semakin rapat bersama An Dong Zhe. Dong Zhe berjaya menemukan Zheng Nan buat Ke Min namun Zheng Nan berpura-pura tidak mengenali Ke Min yang menyebakan Ke Min kecewa dengan pertemuan itu.

Namun Zheng Nan sebenarnya mempunyai agenda tersendiri walaupun jauh di sudut hatinya dia tetap mencintai Ke Min. Sementara itu Fang Ru Yan yang merupakan rakan niaganya menaruh perasaan cinta yang amat mendalam buat Zheng Nan. Ru Yan juga mengalami masalah keluargaa kerana ayahnya melihat dirinya sebagai penyebab kematian ibunya.

Lai Zheng Nan menukar namanya sebagai Li Wei agar dapat mendekatkan dirinya dengan keluarga An atas agendanya tersendiri. Sebenarnya ayah An Dong Zhe iaitu An Jun You (lakonan Jordan Voon) merupakan pembunuh ibu bapa Zheng Nan. Namun rancangan balas dendamnya akan terganggu kerana Ke Min.

Zheng Nan dan Ke Min yang sering bertemu kini bakal menyemarakkan semula cinta mereka dan apakah yang bakal terjadi dengan An Dhong Zhe? Siapakah yang bakal Ke Min dan bagaimanakah pembalasan dendam Zheng Nan?

Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri Pianissimo bermula 18 Disember ini setiap Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Saluran Ceria Anda, ntv7 di www.ntv7.com.my. Saksikan kandungan ulangan di www.tonton.com.my dan perkembangan terkini menerusi Facebook dengan pencarian kata kunci ntv7chinese, dan ntv7localdrama.

Pianissimo PC 02

Pianissimo PC 03

Pianissimo PC 04

L- Candy Lin, Song Fan, Jojo Goh, Qi Ming, Wayne Chua, Jordan Voon & Seck Fu Ru (Actors)

Pianissimo PC - from Left Seah Song Fan, Jojo Goh, Huang Qi Ming & Wayne Chua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Jadi Jebat Drama Bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta

A royal welcome at the Royal Ambarrukmo Yogyakarta