in

Yang Menarik Tentang Drama Bersiri BAGAIKAN KELIP-KELIP

Sebuah drama terbaharu 20 episod, Bagaikan Kelip-Kelip bakal bersiaran di slot Azalea mulai 19 Julai ini. Drama terbitan OrangeTree production Sdn Bhd yang diarahkan Nizam Zakaria ini membariskan pelakon seperti Aishah Azman, Shah Jazle, Ruhainies, Nur Alis, Ben Amir, Idzham Ismail, Amyza Aznan, Razak Ahmad dan juga Esma Danial. Bagaikan Kelip-Kelip mengisahkan Salina, gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Cahaya Indahnya Hanya Sementara

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies). Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya. Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga… Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya? Ikuti perjalanan yang mendewasakan Salina dalam Bagaikan Kelip-Kelip setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea, TV9.

bEN AMIR

BKK1

BKK3

BKK5

Aishah Azman 2

Aishah Azman

Ruhainies

Shah Jaszle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem STAR TREK BEYOND

Peraduan Premiere With Budiey – THE SHALLOWS