Kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka mengalami kerosakan sepenuhnya (total loss) selepas dilanggar oleh pemandu kereta Toyota Vios yang dipercayai dalam keadaan mabuk. Nak dijadikan cerita, ketika suasana menjadi kecoh, pemandu mabuk dan penumpangnya telah lari dari tempat kejadian.
Aepul turut mengatakan yang mereka telah pun membuat laporan polis mengenai kemalangan ini.
“Tiba-tiba, satu kereta Toyota Vios berwarna putih potong kami dengan laju di selekoh dan hampir langgar kereta yang ada Faeez, Omei dan Adib. Malangnya, kereta tu langgar kereta yang saya, Daus dan Padel bawa.”
“Lepas pelanggaran, kami pergi untuk periksa keadaan pemandu kereta tersebut dan nafasnya bau alkohol.”
– Aepul
Namun, ada sesetengah netizen menganggap kemalangan tersebut merupakan balasan dan satu musibah buat Drama Band yang sebelum ini mempersenda serta menghina orang lain ketika persembahan di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) yang lalu. Drama Band seakan trauma dengan apa yang dah berlaku.
Tidak dinafikan, persembahan Drama Band pada AJL 34 agak melampau sehingga membuatkan orang lain tersinggung, tetapi janganlah kita katakan yang bukan-bukan pula kepada mereka yang sedang ditimpa ujian. Doakan yang baik-baik sahaja.
Dah tentunya, berita kemalangan ini sepatutnya menjadi berita yang tak baik buat kumpulan ini, namun netizen nampaknya tak bersimpati dengan mereka malah ada yang cakap kemalangan ini merupakan balasan mereka sebab menghina orang dalam persembahan mereka di AJL baru-baru ini. Pulak dah?
Najib Razak Doakan Drama Band Selamat Daripada Kemalangan, Netizen Pula ‘Buka Cerita’ Parodi Final AJL
BERITA kemalangan jalan raya membabitkan ahli kumpulan Drama Band pada pagi Ahad lalu bukan sahaja mengejutkan peminat, malah turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi muat naik di Facebook, Najib berharap ahli kumpulan tersebut berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dia turut meminta orang ramai berhati-hati semasa di jalan raya dan sentiasa berwaspada.
“Harap semua okay dan tiada yang cedera. Atas jalan raya kita bukan saja perlu hati-hati memandu.
“Selalu kita kena berwaspada dengan kenderaan keliling kita. Saya doakan agar semua selamat di jalan raya,”
Bersama status tersebut, Ahli Parlimen Pekan ini turut berkongsi paparan skrin berita mengenai kemalangan membabitkan finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) ini.
Sebelum ini, nama Drama band menjadi perbualan hangat netizen gara-gara persembahan cynical parody dengan menggunakan pelbagai karakter figura terkenal di malam AJL34 pada Februari lalu.
Menerusi persembahan lagu berjudul Drama, kumpulan ini menggunakan beberapa karakter yang didakwa menyerupai figura terkenal antaranya Haqiem, Haneesya Hanee, PU Abu dan Da’i Farhan.
Drama Band yang dianggotai oleh Aepul selaku vokalis, Adib (gitar), Daus (bes) dan Faeez (dram) ini turut didakwa menampilkan watak Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
“Datuk Seri Najib masih mendoakan yang baik-baik walaupun diperlakukan begitu. Terbaik, contohi dan ambil iktibar.
– Pengguna Facebook.
“Dah kena bahan masa kat AJL pun Datuk Seri masih mendoakan yang baik-baik je… Semoga Drama Band sedar akan kesilapan lalu.
“Drama Band baik mohon maaf kepada semua yang kamu dah drama sangat kat AJL tu, moga kamu semua dipermudahkan,”